Inanam. Isu kebakaran stor lebih satu ekar yang dilapor kerugian lebih 40 juta ringgit memerlukan penyiasatan lebih terperinci puncanya dari kerajaan Sabah agar lapuran terperinci dapat diketahui masyarakat.
Menurut sumber penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri Inanam, kawasan stor tersebut mempunyai petugas keselamatan setiap siang dan malam, namun masa kejadian kebakaran tidak dapat dipastikan sama ada petugas keselamatan ada dilokasi kebakaran atau sebaliknya tanpa dapat mengesan punca kebakaran dari kecil.
Terdapat juga pandangan penduduk Inanam bahawa semua pengawal keselamatan dalam Sabah perlu dikaji lebih terperinci latar belakang mereka suku etnik dari mana, ini penting berikutan beberapa kes Pengawal Keselamatan yang tertangkap dalam operasi bersepadu diKuala Lumpur memegang Kad Pengenalan Palsu tegas mereka.
Kebanyakan pemegang Kad Pengenalan Palsu yang menjadi pengawal keselamatan di Kuala Lumpur adalah rakyat Fhilipina entah bagaimana boleh jadi pengawal Keselamatan lapor penduduk Inanam.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan