Rabu, 3 April 2024

PENGUNDI DUN INANAM MAHU POLITIK BERWIBAWA

"Rakyat Dun Inanam Tidak Terpengaruh Politik Sempit, Apa Tak Lagi Janji Kosong Demi Meraih Undi Menjadi Wakil Rakyat" 

Oleh. Gifkir Aming

Sepanggar. Penduduk dalam Kerusi dewan undangan negeri N.18 Inanam mengingatkan pemacu politik agar menghentikan permainan politik sempit dan bercakap kosong dalam mempengaruhi warga desa setiap masa kearah menyokong mereka, jika politik anda hanya menabur janji manis tanpa iklas menolong rakyat yang mahu memberi sokongan politik anda baik anda lupakan sebab rakyat desa tak akan bersama.

Pendedahan Mr. Eddy pengundi Dun Inanam yang kerap mendengar permainan pemimpin parti politik banyak bercakap tapi jumpa rakyat miskin semuanya tunggu tanpa penghujung, malah ada yang cuba meminta undi dalam PRN akan datang namun tiada langsung idea idea kearah membantu rakyat diluar bandar sampai lah kehari ini tegas beliau.

Mr. Eddy juga mendedahkan pelbagai parti kecil Sabahan yang lama dan baharu kini masing masing cuba memasuki kampung dengan pelbagai janji manis mengajak rakyat menyokong mereka, semua janji diungkap manis jika mereka menang dodalam PRN akan datang sebaliknya warga desa sudah lebih memahaminya tanpa menunggu golongan terlibat memenangi PRN kelak.

Menurut Mr. Eddy lagi, pemimpin parti politik yang hanya menabur kata kata kosong serta bercakap tidak direalisasikan daya usaha membantu warga desa pasti bakal dipulau dalam pilihan raya, bayangkan baru mula mempromosi parti politik dan dasar perjuangan parti bagi Dun Inanam amnya Sabah sudah banyak helah ditabur inikan pula jika diundi rakyat pasti sukar ditemui selepas pilihan raya katanya.

Kru Media Terkini yang cuba menghubungi parti berkenaan gagal berikutan jurucakap parti menjelaskan parti mereka tidak perlu kehadiran Akbar dalam perjuangan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan