Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Empat orang yang disyaki mencuri pasar raya sekitar Putatan dekat sini, telah dicekup pasukan Polis berasingan di Tampulan Menggatal dan Petagas semalam.
Semua suspek dilaporkan penduduk tempatan dan memiliki beberapa rekod jenayah lampau pecah masuk curi serta kes dadah, turut ditahan adalah sebuah kereta yang yang dipercayai digunakan sebagai kegiatan mereka mencuri dalam kes pecah masuk tempat mencuri.
Kegiatan mencuri merupakan kes yang digeruni oleh warga pantai barat Kota Kinabalu sejak sekian lama, kru Media Terkini yang cuba menjejaki penduduk sekitar lokasi tangkapan semalam gagal memperolehi sebarang maklumat dipercayai ramai yang tutup mulut.
Tahniah kepada pasukan polis yang berjaya memberkas pencuri dengan pelbagai kes jenayah lampau dengan akhirnya mereka tertangkap juga.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan