Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Dalam perkembangan terbaru dengan beberapa parti yang telah diluluskan mula membayangkan akan bertanding penuh dalam PRN akan datang dengan harapan idea idea peribadi mereka diterima rakyat jelata Sabah.
Sabah yang kini memiliki 73 kerusi Dewan Undangan Negeri masa kini dijangka bersaing lebih 10 calon disetiap DUN pada pilihan raya negeri yang dijangka hujung tahun 2024 atau pertengahan tahun 2025.
Kru Media Terkini Malaysia yang menjelajah negeri Sabah dimaklumkan oleh para penyokong parti tempatan akan berlaku pertembungan sengit jika agihan kerusi tidak memuaskan kepada ketua ketua parti dinegeri tersebut.
Selain dari itu ada juga rakyat yang mendedahkan terdapat parti politik yang mahu rakyat berkhidmat dalam parti mereka secara sukarela tanpa bersuara soal imbuhan atau gaji berkhidmat, ini jelas menggelikan rakyat Sabah jika dilantik berkhidmat dalam parti biar secara sukarela tanpa sebarang gaji atau elaun lebih baik berkerja dikilang swasta ujar mereka.
Menurut perkiraan penduduk Sabah, jika parti yang menolak gaji setiap petugas didalam parti mereka sehingga PRN akan datang pasti akan ditolak tanpa undi dari rakyat jelata, untuk rekod setiap lantikan parti bertugas disetiap kawasan pasti memerlukan gaji menjalankan tugas jentera parti mentadbir serta menjenguk rakyat didalam tanggongjawab mereka.
Apapun hanya rakyat Sabah yang mampu menilai perjuangan parti mana yang mereka impikan dalam membantu kehidupan mereka didalam jangkamasa panjang agar tidak terbeban bersama parti yang mahu kerja petugas namun biar tidak bergaji.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan