Oleh. Huzera Ben
Plastine. Sorakan kegembiraan dunia menyambut Ambang tahun baru 2024 namun bagi warga Gaza mereka hanya menangis menitipkan doa agar roh roh yang terkorban ditempatkan dalam kelompok orang orang beriman, selain dari itu mereka juga mengharapkan agar perang Israel Hamas dan sekutunya berhenti serta merta demi kesinambungan nyawa orang orang yang masih hidup dibumi Gaza terus mendapat perlindungan dari Allah swt.
Dunia kini menyaksikan setiap pusara rakyat Plastine yang dibedil tentera zionis tidak siapapun berusaha membela mereka menuntut ganti rugi dari pemerintah Zionis Israel, malah tidak masuk akal manusia Tentera Berpengalaman serta Memiliki Kecanggihan peralatan mengesan musuh namun yang dibedil adalah rakyat awam Plastine ujar pesara Tentera Timur Tengah.
Mampukah dunia menghentikan perang Israel Keatas Bumi Gaza dalam tahun 2024 ini atau Israel akan terus membunuh semua rakyat Plastine di Gaza?, satu persoalan rumit selagi bangsa bangsa bersatu gagal menghalang kuasa veto beberapa negara yang berpihak kepada zionis Israel dalam memusnahkan bumi Gaza milik Plastine.
Turut menyedihkan ialah terdapat masyarakat dinegara negara membangun cuba menyebarkan sokongan mereka terhadap Zionis Israel menerusi laman sesawang persendirian serta watsap group, golongan terlibat bagai tidak melihat rakyat awam yang bergelimpangan bukan sahaja terbunuh dengan senjata malah ada yang terkorban akibat runtuhan bangunan yang dibedil tentera Israel.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan