Ahad, 3 Disember 2023

MINYAK SUBSIDI SABAH DIJUAL TINGGI

Minyak Pek Subsidi Dijual RM4.00 Di Setiap Tamu Mingguan

Oleh.  Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Benarkah penduduk negeri ini tidak ada yang melihat perbuatan orang mengaut keuntungan berganda Minyak Pek Plastik berharga RM2.50 orang diragui kerakyatan menjual nya dengan RM4.00 keatas sekitar TAMU MINGGUAN dan Kedai Runcit luar bandar.

Ini sangat mendukacitakan langsung tidak seorangpun mampu bersuara kejadian seumpama walaupun dihadapan meta mereka namun selamba sahaja warga sekeliling memandang nya tanpa ada yamg buka mulut dengan kejadian serupa. 

Ini didedahkan sekumpulan pembaca Media Terkini Harian di Kota Kinabalu berikutan ramai menjual Minyak Masak Pek Plastik disetiap Tamu Mingguan dipercayai tidak mendapat kelulusan menjual bersubsidi sehingga dijual RM4.00 dan keatas jelas mereka. 

Pembaca Media Terkini Harian kawasan Kota Kinabalu terkilan mengapa sesuka hati penjualan minyak masak bersubsidi ditamu mingguan sehingga harga RM4.00 keatas sedangkan ianya hanya boleh dijual RM2.50 sebungkus namun pemantau tamu mingguan umpama tidak nampak kes seumpama.

Semua warga Sabah perlu bersatu hati bagi membenteras perbuatan orang menjual minyak masak bersubsidi dengan harga berganda dengan mengambil gambar penjual serta minyak masak bersubsidi  yang berdagang ditamu mingguan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan