Sabtu, 4 November 2023

WANITA BERGETAH UMPAN JUDI GELAP 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Taukeh judi gelap memperalat wanita bergetah duduk depan kedai lorong pejalan kaki bagi menjual pelbagai permainan  judi atau kawasan gerai tamu dan pasar malam setiap hari bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tempatan.

Wanita wanita ini dengan suara lembut menyapa semua orang melintasi depan mereka bagi mempromosi kertas perjudian nombor gelap digelar tanpa segan menjadi tontonan  orang ramai.

Penggemar perjudian gelap semua sudah tahu dimana wanita bergetah duduk tanpa bertanya dengan sesiapa demi memperolehi kertas judi gelap, ini kelebihan umpan judi gelap yang dimain kan oleh taukeh tauke mereka agar penggemar judi gelap sentiasa melanggani perjudian tersebut tanpa berhenti. 

RAMAI SANGAT MENGUTIP DERMA 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Gerakan mengutip derma ditempat awam menggunakan badan keagamaan perlu siasatan terperinci bagi mengelak sesuatu perkara tidak diingini terjadi sehingga menjejaskan nama pertubuhan berkenaan.

Dalam aduan orang ramai sejak beberapa minggu lepas, ramai warga berpakaian ala keagamaan bergerak meminta derma mengguna mangkuk dengan pemukul kecil sebagai isyarat meminta derma ujar orang ramai.

Beberapa orang yang berkeliaran di Kota Kinabalu tidak memilih siapa sahaja mereka hulurkan mangkuk batu sebagai tempat meminta derma wang dengan cara mengetuknya, namun hanya orang yang tidak mengenali mereka menghulurkan wang derma walaupun tidak ada sebarang surat rasmi kelulusan mereka memperolehi derma ujar warga Sabah yang ditemui.

Sehubungan dengan paparan ini penduduk Sabah harus peka dengan semua kegiatan warga asing atau orang tertentu yang meminta derma supaya berwaspada dengan memperolehi kelulusan dengan warga yang hanya untuk kepentingan peribadi dimasa akan datang.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan