Ahad, 1 Oktober 2023

Berita Ringkas 

KALIMANTAN PESAT MEMBANGUN 

Oleh. Helary Sukiono 

Kaltim. Setiap perkampungan bagi Kaltim dan Kalbar mula mengurak langkah membangun secara berperingkat dibawah pemerintahan Joko Widodo Presiden Indonesia masa kini. 

Kampung kampung terpencil mula dibina jalan raya sebagai laluan utama para penduduk kampung bagi mengusahakan tanah pertanian mereka didalam jangkamasa panjang. 

Majoriti penduduk luar bandar kawasan Kalimantan yakin kewibawaan Joko Widodo membangun seluruh Kalimantan Timur dan Kalimantan Barat sejak menerajui selaku Presiden Indonesia dengan peningkatan pembangunan mereka.

Apakah pembangunan tersebut mampu berterusan jika jawatan Presiden Indonesia bertukar dimasa akan datang?, harapan seluruh warga Indonesia semua penjawat Presiden Indonesia meneruskan legasi yang dirancang Joko Widodo terus dilaksanakan walau siapapun Presiden baharu ujar mereka. 


 DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN 

Oleh. Huzera Ben 

Jepun. Daya usaha bagi menambah penghasilan pada ada dimana mana bukan sahaja di sawah padi mahupun ladang padi bukit namun boleh dilaksanakan walau dimana sekalipun yang ada tanah. 

Terbaharu negara ini menjayakan penanaman padi didalam bangunan sebagai sumber mendapat penambahan penghasilan padi yang luar biasa, perusahaan ini merupakan sebahagian dari langkah sesebuah negara  menambah sumber makanan kepada rakyat mereka didalam jangkamasa panjang.

Tidak hairan lah Jepun mula menanam padi didalam bangunan bagi menampung pengeluaran beras untuk seluruh rakyat mereka terutama golongan yang miskin serta memerlukan makanan keluarga mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan