Ahad, 10 Mei 2020

 SEMANGAT PBS DIZAHIR PERMAUFAKATAN
Oleh. Gason Dumiri
(SIRI KELUARAN KEDUA) 
Inanam. Sejajar dengan imbauan kepimpinan Parti Bersatu Sabah era
 1985 sehingga lah pertengahan era tahun 2000 penuh kekuatan
kini kita seluruh ahli ahli parti PBS wajar memulihkan kekuatan bukan sahaja di N. 18 Inanam malah memperkasa kekuatan diseluruh Sabah demi tanah air kita bersama Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Parti Bersatu Sabah N. 18 Inanam menjelaskan penuh semangat.
Ajis menambah, sungguhpun Ketua Bahagian PBS Inanam Fredoline Totin Bangon sebok mengatur langkah memperkasa perjuangan PBS bahagin Inanam demi seluruh rakyat setempat namun bukan bermakna beliau kurang mendampingi rakyat namun terlalu padat program beliau setiap hari, demi membantu perjuangan kepimpinan PBS bahagian Inanam seluruh ahli parti serta rakyat jelata setempat yang masih menyokong PBS ayoh bangkit bersama dengan laungan bergema BERSATU.. ..BERSATU.... BERSATU tanpa tunduk dengan pelbagai propaganda pemimpin parti lawan demi memecahbelahkan kekuatan parti PBS kita ujar beliau.
Kepimpinan Fredoline Totin Bangon selaku Ketua Bahagian PBS N. 18 Inanam mempunyai AJK yang bersemangat juang disamping sayap pemuda dan wanita bersama sama dengan seluruh ahli yang terus setia tanpa memburu sebarang jawatan, tidak dinafikan kekuatan PBS Inanam sentiasa dibantu rakan rakan parti gabungan yang seperjuangan agenda matlamat asal PBS tanpa lari dari perjuangan asal demi mempertahankan hak hak orang asal dan bumi Sabah dibawah bayu terang Ajis Dyonisius Lobinson meyakinkan rakyat tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan