Jumaat, 8 Mei 2020

 GERAK KERJA TAWAN DUN INANAM
Oleh. Gason Dumiri/Jasly Dollah
Sabah. Jentera ahli ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu bergerak bagi memperkasa kerja sebagai satu perjuangan
 diperingkat akar umbi yang dipertahan sejak tahun 1985 dahulu
sebagaimana yang diperjuangkan asal oleh Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mantan Presiden PBS dimana ketaatan sebilangan pemimpin sayap beliau tetap teguh bertahan sehingga kehari ini malah semangat kepimpinan beliau Huguan Siou mampu mendorong semangat seluruh rakyat jelata bersatu bermaufakat menerusi satu misi perjuangan mahu menawan kerusi kerusi PBS yang ditawan parti pihak lawan, namun dalam perjuangan tidak muda jika kita tidak berkerja bersatu bermaufakat sampai keakar umbi khususnya rakyat jelata yang menjadi benteng kita bagi mempertahankan PBS agar tidak bertukar keparti lain dimana cabaran nya cukup besar sebagai mempertahankan umpama rumah kita bina yang bakal diroboh bagi mengganti rumah lain menjadikan kita tidak memiliki rumah kediaman sendiri sebaik dikuasai oleh tuan rumah orang lain walaupun dikampung kita sendiri tentu sekali satu kerja yang sukar jika kita tidak bersatu dan bermaufakat setiap masa.
Sepanjang tempoh perjuangan kita bersama Parti Bersatu Sabah kita semua telah menempuh pelbagai cabaran suka dan duka disamping pahit manis sehingga lah kehari ini banyak pemimpin muda mudi yang berkelayakan tanpa kita sedari dipelusuk negeri ini sebagai pelapis bila mana pemimpin tertinggi sering bertukar ganti namun pelapis kena meneruskan perjuangan bersama ahli ahli yang terus setia diperingkat cawangan, selain dari itu peranan seluruh ahli juga harus memberi keyakinan pada rakyat betapa perlunya ada kesetiaan kejujuran dan semangat berkerjasama diantara satu sama lain agar parti yang kita perjuangkan terus releven dimata rakyat jelata tanpa berlaku kepincangan dikalangan ahli ahli sesama sendiri apa tak lagi saling bertukar rumah tanpa pendirian yang teguh dan diyakini seluruh lapisan masyarakat.
Hari ini ramai ahli ahli parti kita cuba dipecahbelahkan dengan pelbagai pengaruh pihak parti politik lawan agar kita hilang keyakinan perjuangan kendiri demi memberi kekuatan parti lawan sedangkan kubu kita telah pun ditawan pihak musuh politik, oleh yang demikian jangan sesekali kita dipengaruhi dengan sebarang janji manis mahupun tawaran bintang dan bulan demi semangat bersatu bermaufakat demi masa depan tanah air dan Parti Bersatu Sabah.
Pemimpin PBS masa kini juga telah berusaha menambah baik perjuangan Parti Bersatu Sabah sejajar dengan peredaran masa disamping berusaha menambah keahlian baru sebagai pemimpin pelapis dimasa akan datang, oleh itu mari berkerjasama seluruh ahli ahli diperingkat akar umbi memberi sokongan kuat terhadap Fredoline Totin Bangon merangkap Ketua Bahagian supaya kita sama sama berusaha menawan kerusi N. 18 Inanam pada PRU ke 15 akan datang.
Perutusan En. Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2  Parti  Bersatu Sabah (PBS)  N. 18 Inanam dalam satu perjumpaan dengan KRU Media Terkini dikediaman nya dekat sini, dengan meneruskan mandat Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dua pemimpin hari ini Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus J. Ongkili Presiden PBS dan Fredoline Totin Bangon Ketua Bahagian N. 18 Inanam serta seluruh Ketua Bahagian dalam Sabah disamping seluruh pemimpin tertinggi PBS amnya ahli ahli parti bagi mengembalikan kekuatan kita bersama kearah menghadapi PRU ke 15 akan datang tegas beliau.

BERSAMBUNG SIRI DUA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan