Ahad, 3 Mei 2020

LAGI KEMATIAN COVID 19
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Seramai 122 kes baharu pesakit Covid 19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit berjumlah 6,298 sehingga kini, 2 lagi pesakit Covid 19 meninggal dunia dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan dalam negara berjumlah 105 orang.
52 kes pesakit Covid 19 hari ini merupakan kes import manakala 70 kes lagi adalah kes jangkitan kumuniti tempatan.
Seramai 87 orang pesakit Covid 19 hari ini telah sembuh dan dicaj dari hospital menjadikan jumlah yang sembuh pesakit Covid 19 sehingga kehari ini berjumlah 4,413 orang.
Seramai 27 pesakit Covid 19 sedang dirawat dalam Unit Kawalan Rapi (ICU) manakala seramai 13 orang lagi pesakit Covid 19 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berdasarkan kepada kes kes jangkitan Covid 19 semasa seluruh lapisan Masyarakat dalam dan dari luar negara perlu mempertingkatkan pencegahan jangkitan termasuklah penjarakan diri disamping sentiasa memakai penutup hidung dan mulut disamping sentiasa membersihkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan