Jumaat, 10 April 2020

Kes Covid 19
Kuala Lumpur.
Hari ini mencatatkan 3 lagi kematian pesakit Covid 19 dimana Kuala Lumpur 2 kes manakala Hospital Quen Elizeberth Kota Kinabalu 1 kes ada hubung kait pesakit Klauster Himpunan Sri Petaling menjadikan jumlah kematian Covid 19 seluruh negara 70 orang hari ini, jumlah pesakit baru 118 dan jumlah keseluruhan sehingga kini 4,346 dimana rekod di ICU 69 manakala 40 memerlukan bantuan pernafasan.
Bagi kes yang dilaporkan sembuh berjumlah 1,830 orang diseluruh negara.
Kes kematian hari ini berusia Kota Kinabalu lelaki 62 tahun manakala di Kuala Lumpur masing masing berusia 77 tahun dan 88 tahun.
Berikutan dengan peningkatan kematian pesakit Covid 19 adalah menjadi harapan kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat yang memelihara seluruh jiwa raga keluarga mengharap langkah Penguatkuasaan PKP dipatuhi sehingga 28 April 2020 tanpa mengira darjat melainkan semua petugas barisan hadapan.
Bagi majikan yang mengarahkan kakitangan menjalankan tugas sepanjang PKP ini perlu lah menyediakan kelengkapan keselamatan bagi mengelak jangkitan virus Covid 19 sepanjang masa mereka diluar menjalankan tugas setiap hari.
Oleh. Basron Kirwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan