HULUR BANTUAN BAGI BERKEMAMPUAN
Oleh. Koijul Sukiono
Tamparuli. Tokoh tokoh parti politik
yang berkemampuan sewajarnya menghulur bantuan terhadap masyarakat berbilang kaum yang kurang berkemampuan sepanjang perlaksanaan PKP diseluruh negara mahupun dinegeri Sarawak dan Sabah amnya tanpa mengira bangsa dan agama memandangkan semua warga kota mahupun orang kampung terlibat berkurung dalam rumah tanpa sumber pencarian kewangan sudah hampir satu bulan termasuklah warga asing dalam negara ini, tekanan hidup bagi rakyat berpendapatan rendah juga perlu dibantu kehidupan setiap keluarga mereka dalam menghadapi kekangan kekurangan sumber kewangan apa tak lagi setiap mereka tidak dapat keluar rumah bagi mencari nafkah kehidupan berkeluarga setiap hari.
Tidak dinafikan ramai orang miskin merintih kehilangan sumber kewangan terutama orang orang asal dalam negara dimana digelar anak negeri bagi Sarawak dan Sabah sangat mengharap bantuan dikalangan taukeh taukeh mahupun para pemimpin parti politik sebagai khidmat masyarakat tidak ternilai, bagi pemimpin parti politik ini lah masa mereka membuktikan perjuangan prihatin membantu rakyat bukan sahaja makanan atau minuman dihulur namun mereka juga perlu berfikir keperluan masyarakat membeli ikan disamping keperluan membersihkan diri seisi keluarga berserta pakaian mereka dengan penggunaan kewangan jika termampu khususnya orang orang kampung tanpa gaji tetap bulanan.
Pandangan bernas aktivis masyarakat Juanis Tulah (Gambar Atas Sekaki) dalam wawancara kru Media Terkini kepentingan menghulur bantuan dalam situasi sebilangan rakyat menghadapi kesusahan kehilangan sumber pencarian kewangan, beliau juga sangat menghargai usaha yang ditunjuk Naib 2 Parti Bersatu Sabah Bahagian N. 13 Inanam En. Ajis Dyonisius Lobinson (Gambar Kedua Bawah) yang memberi sumbangan bersama kesatuan CSSK kepada warga sekampung di Minintod Inanam tanpa menunggu dari mana mana pihak langkah kanan memulakan sumber bantuan terhadap rakyat yang memerlukan ujar beliau.
Juanis Tulah yakin para pemimpin parti politik dimana juga berada memberi sumbangan kepada rakyat agar khidmat dan sumbangan mereka akan sentiasa dikenang rakyat sepanjang masa apa tak lagi jentera awal berbakti pada rakyat jelata, malah orang orang yang bermurah hati menderma terhadap golongan orang berkemampuan akan mendapat berkat berkali ganda tanpa ternilai dan tidak kita sedari dari Tuhan pemerintah seluruh alam tanpa mengira apa juga agama tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan