Khamis, 2 April 2020

En. Paranting Lipayan 
 USAHA DERMAWAN WAJAR DISOKONG
Oleh. Helary Sukiono
Tamparuli. Orang yang berkemampuan dan pemurah menghulur pelbagai sumbangan derma terhadap rakyat yang memerlukan pasti akan mendapat sokongan rakyat dikawasan mereka malah bakal mendapat ganjaran yang tidak terduga dari Tuhan maha berkuasa sepanjang golongan terlibat meniti kehidupan,  insan insan dermawan juga seharusnya dicontohi lapisan masyarakat yang memiliki kelebihan dalam kehidupan setiap hari terutama melihat golongan yang tidak berkemampuan apa tak lagi dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pasti dinanti warga kampung dipelusuk negeri ini.
Antara ulasan Encek Paranting Lipayan dalam wawancara Media Terkini di Tamparuli sebagai maklum balas golongan individu yang aktif menghulur derma pada warga desanya dalam menghadapi PKP sejak 18 March 2020 hingga kehari ini, En. Paranting Lipayan juga berbangga melihat kesungguhan dan daya usaha Mr. Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam yang mampu berusaha menghulur sumbangan peribadi berupa makanan di Kampung Minintod Inanam bersama badan NGO CSSK beberapa hari yang lalu walaupun alakadar namun amat besar makna bagi warga yang menerimanya tanpa diduga berupa satu rahmat Tuhan maha kuasa jelas beliau. 
Menjawab pertanyaan Media Terkini En. Paranting Lipayan percaya akan lebih ramai menurut langkah Mr. Ajis Dyonisius Lobinson bagi menghulur sumbangan terhadap orang orang kampung yang jauh dari bandar tanpa mengira bangsa dan agama demi meringankan bebanan sepanjang PKP berjalan tegas beliau.
Mr. Ajis Dyonisius Lobinson

Tiada ulasan:

Catat Ulasan