Rabu, 8 April 2020

BERSEDIA IBADAH PUASA
Oleh. Norzaitie Kirwan
Dalam cabaran negara dilanda Covid 19 umat Islam pula menghampiri saat menunaikan Ibadah Puasa sudah pasti menempuh pelbagai cabaran yang sukar diramal, malah Ibadah Puasa tahun 2020 banyak perbezaan dengan puasa sebelumnya walaupun amalan wajib serupa melainkan suasana yang berbeza sudah pasti banyak masyarakat terasa kelainan diseluruh negara masa kini.
Sungguhpun negara diserang Covid 19 masyarakat yang ditemui menegaskan ibadah puasa akan terus dilaksanakan selagi kudrat masih terdaya malah ini lah masanya mendekatkan diri pada Allah walau berjauhan dengan umat yang lain, hikmah PKP sebenarnya amat bermakna berikutan menjarak kan sesama manusia yang sebenarnya menghindari bukan sahaja penyakit Covid 19 malah mulut mata dan gerak hati dapat dikawal bersama terutama jika ada sesuatu pelan perancangan diluar dugaan pasti gagal digerak dalam situasi bersendirian adalah hikmah PKP sebenar jika dipraktikan tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan