COVID 19 RAGUT 81,200 TERKINI
Oleh. Huzera Ben
Amerika Syarikat. Angka kematian pesakit Covid 19 seluruh dunia masa kini mencecah 81,200 bagai tidak merisaukan generasi muda mudi hari ini terutama mereka yang tinggal sekitar kota apa tak lagi penghuni rumah rumah sewa kawasan bandaraya, bayangkan lah rekod terkini pengidap Covid 19 didahului Amerika Syarikat 387,574 orang tempat kedua Sepanyol 140,618 dan ketiga Itali 135,568 orang.
Sementara Perancis 110,049 Jerman 107,591 pengidap Covid 19 sehingga kini dengan peratusan kematian yang cukup tinggi bagai terlalu sukar untuk dikawal malah tidak ada kesedaran orang ramai berdiam diri didalam rumah.
Dalam konteks dunia bergelut mengekang penularan Covid 19 melibatkan negara negara besar ada juga yang lalai masyarakat dinegara negara kecil dan ketinggalan jauh dalam aspek kemudahan canggih, bayangkan jika diabaikan perintah kawalan pergerakan dan dibebaskan masyarakat berpeleseran dalam negara kekurangan aset perubatan adakah masyarakat sanggup melihat korban melebihi puluhan ribu nyawa dalam masa 24 jam tentu sekali semua menolak ajal dari korban Covid 19.
Sejajar dengan ini masyarakat seluruh dunia bangkit tanpa mengira bangsa dan agama sayangi diri serta barisan hadapan yang berusaha menyelamatkan nyawa kita berlandaskan ajaran Tuhan yang satu agar patuhi arahan berdiam diri dalam rumah seperti yang dibuat seluruh dunia.
Elak dari ancaman kekerasan oleh pihak berkuasa jangan sampai seperti negara jiran ingkar arahan sahaja satu peluru tembus meragut nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan