Selasa, 3 Mac 2020

LANGKAH MAUFAKAT PBS DUN INANAM BERSINAR
Oleh. Williem Anak Lagau
Semua ahli ahli PBS Bahagian N. 13 Inamam diseru bersatu dan bermaufakat dan bertenang dalam situasi politik kerajaam Sabah yang tidak menentu selepas Tan Sri Dato' Haji Mohyiddin Mohammad Yassin mengangkat Sumpah sebagai  Perdana Menteri ke 8 di Istana Negara beberapa hari lepas, malah seluruh ahli PBS dalam kawasan DUN Inanam harus berkerjasama dengan parti parti seperjuangan bagi menawan semula kerusi tersebut dipihak parti lawan sejajar perjuangan bersama dibawa kepimpinan En. Fredoline Totin Bangon Ketua Bahagian PBS Bahagian N. 13 Inanam dimana amat memerlu semangat ketenangan bersama setiap masa.
Ahli PBS Bahagian N. 13 Inanam juga beruntung memandangkan telah wujud permaufakatan Sabah dikalangan beberapa parti parti politik yang tidak sehaluan dengan partibkompenen Pakatan Harapan melibatkan sekutu mereka UPKO dan Warisan, perkembangan terkini juga membanggakan seluruh ahli PBS berikutan Datuk Seri Dr. Maxsimus J. Ongkili Presiden PBS mesra dengan perjuangan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Dato' Haji Mohyiddin Mohammad Yassin Perdana Menteri Malaysia ke 8 yang cukup berwibawa.
Perutusan En. Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 Parti Bersatu Sabah (PBS)  Bahagian N. 13 Inanam hari ini sebagai amanat seluruh ahli ahli PBS sebagai persediaan sebarang kemungkinan jika berlaku pilihan raya ke 15 mengejut bagi DUN Sabah, kemantapan kepimpinan Perikatan Nasional yang bukan sahaja menjadi sokongan pemimpin parti politik diseluruh negara malah disokong rakyat jelata diperingkat akar umbi selepas kerajaan Pakatan Harapan bertukar tangan kepada Perikatan Nasional yang boleh dicontohi seluruh ahli ahli PBS Dun Inanam pimpinan Fredoline Totin Bangon Sebagai Ketua Bahagian bagi N. 13 Inanam jelas beliau.
Ajis Dyonisius Lobinson mengharap seluruh ahli PBS khusuanya Dun Inanam akan mencapai kejayaan besar menawan kerusi DUN tersebut jika berlaku sebarang kemungkinan pilihan raya mengejut katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan