Jumaat, 6 Mac 2020

KEPIMPINAN PERLU JUJUR TELUS DAN TAAT SETIA
Oleh. Huzera Ben
Tamparuli. Berjuang dalam
sesebuah parti politik memerlukan kekuatan, kesetiaan, kejujuran, tidak mengamalkan lidah bercabang tiga serta berlaku adil dan tidak mempermainkan rakyat jelata yang berharap kejujuran utama setiap peneraju dalam parti politik yang diwakili, sesiapa juga golongan yang menyertai mana mana parti politik seharusnya tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyinggong perasaan atau menyakiti hati orang lain apa tak lagi cuba memungkiri sebarang janji rakyat jelata dikawasan mereka masing masing pasti mendapat balasan tidak baik jangka panjang.
En. Paranting Lipayan berkata demikian dalam pertemuan Media Terkini sebagai wadah perjuangan politik yang mengutamakan nama mana mana parti yang diwakili, ahli ahli parti politik juga dinasihatkan agar memelihara kesantunan bersama dengan pelbagai aliran parti politik masa kini yang semakin tidak menentu dalam situasi kerajan Sabah berbeza aliran politik dengan kerajaan pusat jelas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan