ORANG ASAL HARUS PILIH RUMAH BESAR
Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Dalam konteks melangkah kancah politik orang asal negeri ini perlu memilih rumah besar dan utuh terbukti bertahan
lama tanpa mampu diserang anai anai perosak dalam apa juga keadaan memandangkan kancah politik panas hanya lima tahun sekali, jika rumah besar yang utuh terbiar lima tahun sekalipun ia tidak akan diserang anai anai perosak sebaliknya rumah pondok pondok kecil yang terbina tanpa pemilihan set yang terbaik pasti tidak mampu menghindari anai anai perosak walaupun indah dipandang mata namun tidak mampu bersaing dengan rumah besar yang utuh terpilih dan teruji pembinaan nya.
Sebagai aktivis masyarakat yang sayangkan perpecahan bangsa orang asal Sabah ada lah dinasihatkan seluruh rakyat negeri ini bijak berfikir bersatu dan bermaufakat dalam satu parti berkuasa besar seperti Sarawak Bumi Kenyalang demi menghalang parti lawan memecahbelahkan orang asal negeri ini, selain dari itu langkah mewujudkan puluhan parti parti baru selepas pru ke 14 sekadar memberi keuntungan parti parti lawan apa tak lagi parti parti wujud baru ini majoriti mewakili orang asal Sabah bagaikan memecah undi dalam masa pilihan raya jika mereka bertanding sesama sendiri pada pilihan raya ke lima belas akan datang.
Pendedahan aktivis masyarakat En. Donius Bulangou dari Bundu Tuhan Kundasang Ranau bagi mengingatkan seluruh rakyat Dusun, Kadazan, Samah, Tatana, Lotud, Murut, Sungoi, Rungus, Brunei dan beberapa etnik kecil asli Sabah boleh memilih hanya satu parti politik maufakat besar jika mahu kejayaan seperti Sarawak tanpa digugat parti parti lawan yang berusaha ingin berkuasa sebagai kerajaan negeri menggantikan Gabungan Parti Sarawak yang dipertahan orang asal Sarawak jelas beliau.
Apapun terserah semua orang asal Sabah bersatu dalam satu parti politik seperti Sarawak tanpa berlawan sesama sendiri agar Sabah bakal mencapai kesepakatan politik satu rumah besar yang benar benar membantu seluruh rakyat miskin penuh keiklasan dan bukan sekadar menjadi wakil rakyat bergaji dan berpencen sedangkan rakyat menemui sebilangan mereka dijawab tiada duit bah aku ungkap orang asal Sabah berkaitan senario politik dalam negeri masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan