Sabtu, 4 Januari 2020

 SOROTAN PENAMAAN CALON PRK KIMANIS
Oleh. Jopis Anak Lagau
Pelbagai bahan menarik sebelum penamaan calon ditutup sama kuat sama hebat kedua dua penyokong  dimana
 tidak terlepas dengan provokasi antara penyokomg Warisan dan Umno BN  sehingga
dileraikan oleh pasukan keselamatan.
Ada rakyat Kimanis pakai
baju parti pemerintah mungkin dari rumah mereka namun membawa bandera pembangkang diluar penamaan calon terus menjadi tanda tanya siapa mereka beri undian sokongan pada masa pengundian 18 Januari 2020.
Pelbagai kata kata kurang manis dilemparkan oleh penyokong parti memerintah dengan dibalas pedas juga para penyokong BN.
Sangat menarik rakyat penyokong BN memakai baju membantah dan menolak PSS yang dijangka perlaksanaan nya pada Jun 2020 pertengahan tahun ini.
Ada dua jenis baju rakyat jelata yang hadir pada penamaan calon hari ini menyedarkan seluruh anak negeri Sabah dasar perjuangan hitam putih mereka dimana tidak berganjak menolak program PSS yang diterajui kerajaan negeri masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan