ANAK SARAWAK PANGLIMA ATM BAHARU
Oleh. Williem Anak Lagau
Sarawak. Perlantikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke 21 berkuatkuasa hari ini merupakan anak bumi Kenyalang berusia 57 tahun dan cukup berpengalaman menjalankan pelbagai tugas diluar jangka, malah beliau juga memiliki pelbagai penganugerahan pingat dan jasa perkhidmatan serta serba sedikit memahani situasi apa yang berlaku dalam negeri Sarawak dan Sabah.
Menurut pandangan orang Sarawak dan Sabah kejayaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dipilih dari Sarawak bumi kenyalang memberi harapan besar kearah memerangi pencerobohan kumpulan Abu Sayyaf dan serpihan kumpulan pengganas dari kepulauan negara jiran, pengalaman beliau amat diperlukan bagi mencari langkah bagaimana membendung ancaman tersebut termasuk lah isu tali barut dalaman yang mungkin wujud tanpa disedari semua pihak sebelum ini jelas mereka yang ditemui.
Kebanggaan anak anak Sarawak menerima perlantikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang baharu terhadap General Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang (Gambar) dari Tentera Udara pada sebelumnya amat membangga warga bumi Kenyalang serta bumi dibawa Bayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan