Selasa, 3 Disember 2019

 Oleh. Jasly Dollah
KIMANIS BOLEH TAWAN JIKA?
Papar. Maufakat Nasional boleh menawan
Parlimen Kimanis jika seluruh pemimpin parti pembangkang berganding bahu menjelaskan perjuangan mereka mahu memenangi kerusi tersebut yang hampir ditawan Calon Warisan pada pru ke 14 yang lepas, antara yang perlu bermaufakat ialah UMNO, MCA, MIC, PBRS, STAR, SAPP, PBS dan PAS demi mempertahankan kerusi tersebut tanpa mempergunakan lagi simbol BN dalam pilihan raya kecil kali ini, soal siapa calon perlu dibincang cara maufakat nasional demi mempertahankan kerusi tersebut sebagai simbol kekuatan maufakat antara seluruh rakyat anak Sabah dengan pemimpin mereka yang tidak berbelah bahagi walau dilanggar badai semudera dilautan dalam tetap teguh tanpa berpecah sama seperti tradisi Pejuang di Sarawak bumi kenyalang terus bertahan bersama rakyat sampai kehari ini ujar para pengundi setia UMNO dan bekas pemimpin BN yang kekal dalam parti mereka masing masing sebagai pembangkang masa kini.
Antara luahan rakyat dalam Parlimen Kimanis sebaik mendapat tahu sekali lagi kawasan mereka bakal mengadakan pilihan raya kecil berikutan keputusan Mahkamah menolak kemenangan Dato' Sri Anifah Aman dan terbatal serta merta dan kini Suruhanjaya Pilihan Raya bakal mengumumkan tarikh pilihan raya pada bila bila masa dalam tempoh 60 hari sejak keputusan Mahkamah berkenaan.
Kebanyakan pemimpin UMNO telah bersiap sedia dengan menghadapi pilihan raya berkenaan namun mereka (UMNO SABAH)  mengharap semua parti pembangkang Sabah boleh sama sama bermaufakat mempertahankan kerusi tersebut milik calon parti pembangkang sehingga pilihan raya kali ke 15 akan datang ujar mereka pada kru media dekat sini hari ini.
Srhingga berita ini ditulis kru media gagal menembusi perhubungan terhadap kepimpinan PH Sabah khususnya Warisan bagi mendapat ulasan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan