TUGAS POLIS BERI KEBEBASAN
Oleh. Tedung Kepala Tujuh
Kuala Lumpur. Ahli ahli politik yang menerajui kepimpinan negara perlu memberi kebebasan kepada Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan terhadap sesiapa juga yang disyaki terlibat menyokong, memberi dana, mengedar risalah pejuang keganasan tanpa mengira kaum termasuklah mereka yang dikaitkan kumpulan LTTE dari Sri Langka menggunakan simbol Harimau dan diharamkan sebanyak 32 negara termasuklah Amerika Syarikat masa kini, sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi kepercayaan terhadap Polis menjalankan tugas siasatan mereka berhubung ancaman keselamatan sebaik mungkin demi mengelak ia merebak membesar dimana berkemungkinan sampai kepada sukar dikawal dan bakal mengganggu tugas tugas para pemimpin negara kelak terutama jika tidak ditangani bermula dari sekarang.
Luahan rakyat berdaftar sebagai pemilih Malaysia berserta sekumpulan bekas Tentera dan bekas Polis yang ditemui bagi merungkai masaalah sokongan padu terhadap pengganas sehingga ada orang parti politik marah dengan tangkapan dan penahansn pihak pemberontak ujar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan