Sabtu, 12 Oktober 2019

 Oleh. Tedung Kepala Tujuh
Sabah. Barisan parti pembangkang seperti UMNO, SAPP,
MCA, STAR dan PBS perlu selangkah mendepani seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih jika mahu meraih sokongan undi dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang jika berhasrat mahu meraih undi menyeluruh dalam pilihan raya akan datang, namun tidak ramai pemimpin parti diperingkat bahagian dan pusat amnya mampu melakar sejarah mendampingi orang orang kampung seiring langkah tanpa mempamerkan perbezaan parti politik mereka dimata keseluruhan rakyat sebagai titik permaufakatan mereka dalam menghadapi pilihan raya ke 15 akan datang.
Selain dari itu sebilangan penjawat KETUA BAHAGIAN DAN KETUA CAWANGAN parti politik juga perlu lah melakar kepimpinan mesra seluruh rakyat tanpa angkuh dengan kelayakan diri sebagai pemimpin bahagian mahuoun cawangan didepan rakyat jelata, ini juga bakal mencatat hilang sokongan rakyat jelata lebih lebih lagi didepan para pengkritik parti politik mahupun kumpulan media massa yang menjadi tumpuan rakyat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan individu parti politik dalam bahagian dan cawangan masing masing.
Jika ini dapat diterjemahkan oleh setiap pemimpin parti politik pembabgkang di Sabah tidak ada masaalah mereka merampas semula sokongan rakyat pengundi Sabah dalam pilihan raya ke 15 akan datang, sebaliknya jika PH dan WARISAN yang memulakan dari sekarang langkah ini dimata rakyat jelata khususnya anak negeri perjuangan sebilangan pemimpin parti pembangkang diramal rakyat anak negeri akan terus kehilangan sokongan undi rakyat anak negeri seperti pru ke 14 yang melakar sejarah BN tumbang kuasa kerajaan mereka lebih 60 tahun.
Apapun senario politik semasa terserah kepada KETUA KETUA BAHAGIAN dan KETUA KETUA CAWANGAN bagi membentuk hubungan erat kepada seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi sehingga tarikh mengundi pru ke 15 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan