JANANG GAYOH MASIH UNGUL DALAM PARTI BERSATU
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mampu memberi kekuatan Parti Peribumi Bersatu Malaysia yang telah melebarkan sayapnya dalam negeri Sabah menurut para penyokong beliau yang hadir di Majlis Pelancaran parti tersebut di ITCC Penampang hari ini, gandingan beliau bersama bekas bekas pemimpin UMNO negeri Sabah mampu menyatupadukan seluruh rakyat jika benar benar diusahakan berterusan mendekati serta melakukan pembelaan dalam aspek pembangunan, pendidikan, sistem perniagaan berterusan bagi bumiputera demi mempertingkatkan taraf ekonomi bagi Sabah dan Sarawak ujar mereka.
Dalam situasi politik masa kini Sabah tidak mampu bertahan seperti keteguhan politik Sarawak bumi kenyalang yang sukar digugat kearah menyertai parti lain jelas beberapa ahli parti politik veteran yang ditemui.
Apa yang diharapkan dalam penyatuan PPBM Sabah boleh diterima semua lapisan rakyat berbilang kaum tanpa mengira bangsa dan agama menerusi jangkamasa panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan