Oleh. Basron Kirwan
BN TAWAN PENGUNDI SEMENYIH
Kerusi Dun Semenyih telah ditawan semula oleh Barisan Nasional dengan majoriti 1,914 undi dalam pertandingan empat penjuru dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Bebas, parti Bersatu memperolehi 17,866 undi manakala PSM mendapat 847 undi sementara Calon Bebas Uncle Kentang sekadar mendapat 725 undi yang sekadar meramal perolehi 100 undi sahaja namun siapa tahu naluri hati rakyat jelata orang susah jelas calon Bebas.
Kemenangan calon BN Dun Semenyih membuktikan seluruh pengundi menunjuk kuasa sebenar mereka
memilih wakil rakyat yang boleh mendengar menerima suara rakyat disamping mencurah khidmat bakti menyeluruh terhadap rakyat jelata berbilang kaum dan agama diseluruh kawasaan Dun Semenyih, dalam konteks seumpama amat jelas rakyat jelata lebih berkuasa dari pemimpin parti politik yang mahu mencuba menjadi wakil rakyat tanpa restu sepenuhnya dikalangan seluruh pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri mahupun kawasan Parlimen yamg hendak ditandingi seperti di Dun Semenyih dimana tidak diduga BN menang dalam kedudukan bukan kerajaan dan parti pembangkang dalam parlimen masa kini.
Mampukah BN mempertahankan kerusi Dun Rantau yang dibatalkan oleh Mahkamah kemenangan Datuk Serj Mohammad Hassan dalam pru ke 14 yang lalu apabila masa kini BN bukan lagi kerajaan Malaysia disamping negeri Sembilan juga diterajui kerajaan Pakatan harapan tentu sekali ada orang politik bakal terlepas pandang kekuatan suara rakyat jelata yang tidak berjawatan, sesiapa juga orang politik yang mahu menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya diseluruh Malaysia khususnya Dun Rantau dalam masa terdekat berhati hati terhadap minda seluruh pengundi dalam zaman it masa kini memandangkan hanya tangan tangan pengundi kawasan terlibat boleh menentu siapa wakil rakyat mereka selepas pengundian berjalan.
Seperkara lagi calon calon yang mahu bertanding dalam pilihan raya adalah mesti menjelajah kepada seluruh kawasan pengundi tanpa bergantung harap sepenuhnya dengan ketua ketua kempen diperingkat zon semata mata memandangkan pengundi lebih yakin dapat bertegur sapa dengan calon berbanding juru kempen sahaja, dengan pendedahan ini siapa juga calon yang berjaya memuaskan hati seluruh pemgundi dikawasan yang mereka tandingi tanpa membelakangkan suara para pengundi apa tak lagi bergantung harap dengan ketua ketua zon yang dilantik pasti akan dinilai para pengundi segala kemampuan calon yang bertanding berikutan mereka ini akan memimpin setempat dalam sepenggal Dun berkuasa dalam negeri terlibat dan pastinya rakyat jelata pengundi yang menanggong kualiti kerjaya wakil rakyat mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan