Khamis, 27 November 2025

NUSANTARA KAYA JENAMA DAN WARNA KOKO

Oleh. Rojaili Kirwan dan Helary Sukiono

Kaltim. Bukan mudah mengingati jenama dan warna nya jika tidak direkodkan dengan lebih terperinci berikutan ianya terlalu banyak.

       Di Indonesia mahupun Malaysia amnya kepelbagaian warna dan jenama pasti menarik pelabor asing untuk membuka ladang besar besaran sebagai sumber perniagaan jangkapanjang, namun berapa ramai menceburi bidang tersebut sepenuh masa demi berbudi pada tanah masing masing memandangkan ada tanah geran tidak punya jalan raya.

         Semua perlu dipandang sirius pertanian yang dibangunkan lebih awal agar tidak terkandas separuh jalan  bagi merugikan golongan pengusaha, namun sejauh manakah daya usaha golongan pemerintah bagi membantu pengusaha pertanian secara kecil kecilan ianya perlu ada hubungan baik kedua belah pihak. 

      Koko jika diusahakan secara bersama penuh pelan perancangan pasti boleh menguntungkan semua pihak, namun jika dilakukan secara sambil lewa tanpa pelan perancangan yang tepat ianya mampu merugikan setiap orang yang terlibat. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga di dalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 


 

Rabu, 26 November 2025

SEJARAH PETUGAS KEMPEN

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Jika berkempen lima tahun yang lalu berjalan kaki naik

bukit berkempen rumah orang kampung meraih undi, masa kini serupa juga ditempuhi penggerak kempen yang sampai keluar bandar masih tidak ada jalan raya. 

     Hanya calon parti yang tidak lengkap jentera Gerak Kempen mereka tidak merasai Berjalan Kaki musim hujan gerimis meraih undi orang kampung diluar bandar, ini lah sejarah jentera gerak kempen pilihan raya Sabah yang tidak diberi perhatian penduduk termasuk petugas kempen jelas orang veteran yang ditemui.

        Semua petugas kempen saling berjumpa dikemuncak bukit tanpa jalan raya mengapa orang kampung tidak bercakap hendak kempen apa lima tahun lalu serupa saja, warga veteran juga diluar bandar hairan tidak ada kemudahan yang diperolehi orang kampung masih lagi mahu minta diundi satu penggal lagi merayu rayu pada orang kampung.

         Veteran orang lama dalam parti politik yang kini duduk kampung meminta parti parti kecil Sabahan masuk kampung dulu di 73 kerusi Dun Sabah baru bercakap membela rakyat, nak bela apa pada rakyat yang masa kini ramai lagi  berjalan kaki tanpa jalan raya walau masa kini sudah era tahun 2025 namun kekal diera 2022 tegas mereka. 

        Menurut veteran politik yang kini santai dikampung masing masing, setiap lima tahun laungan kata mahu membangun kehidupan orang kampung dengan ekonomi mencapai sasaran target, namun prn ke 18 bagi Sabah yang berjalan kaki kempen bulan ini tetap mereka harungi perkara yang sama memandangkan calon calon bertanding lebih 10 calon tak nampak pejalan kaki.

       Orang Sabah fikir lah sampai bila dipengaruhi kata kata politik yang tidak berpenghujung hendak jaga Sabah bersama namun 80 meter jalan raya dikemuncak bukit tak mampu buat, ini diakui orang veteran yang tinggal dikampung masa kini sangat mengeciwakan mereka walau usia sudah ada yang hampir 70 tahun namun cerita sama tidak berubah jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)

 

ISRAEL BIJAK MERANCANG DENGAN TINDAKAN HALUS

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Gaza. Tidak ramai yang sedar kanak kanak yang bermain bebola umpama Bom Tangan Mainan akhirnya mencederakan mereka sebaik ditarik bahan peledak. 

      Ini didedahkan oleh unit pengesan bahan letupan Gaza bila mana banyak kanak kanak cedera parah masih lagi memegang kulit bahan letupan berkenaan menanggong kesakitan, namun warga Palestine yakin tipu muslihat seumpama adalah perancangan Israel bagi mengelak terlalu berat tohmahan para pemimpin negara  yang menjadi ahli PBB jelas mereka.

       Bola kerdil mirip bom tangan yang paling kecil direncanakan pemasangan awal bahan letupan pasti ibu bapa tidak sedar kejadian sebelum anak mereka menjadi mangsa, tidak hairan sehingga masa kini Unit Pemusnah Bom mengganda usaha memburu pengedarnya disamping keluarga kanak kanak yang telah memperolehi dari agent Israel sebagai pemusnah cara halus.

      Menurut warga Gaza jika pihak berkuasa Palestine lambat mengesan bahan letupan menyerupai mainan pasti banyak lagi yang menjadi korban rezim zionis Israel setiap masa, semua kilang pembekal dan pembeli secara banyak wajar diburu tanpa penghujung walau dimana pun lokasi mereka demi nyawa anak anak di Gaza yang langsung tidak faham bahan letupan. 

     Rejim zionis Israel dilaporkan terlalu pantas melakukan perancangan sebelum perancangan awal mereka mampu dipintas  dan disekat Bangsa Bangsa Bersatu, tidak hairan lah dunia bangsa yang  menyokong Kemerdekaan Negara Palestin berbanding Israel akibat dari kekejamn mereka melibatkan kanak kanak dan wanita ujar warga Palestine.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Selasa, 25 November 2025

LIKU LIKU PERJALANAN MEDIA TERKINI SEJAUH INI

Tidak terfikir pun ma
hu menceburi bidang penulisan dalam era 1998 apa tak lagi Sarawak dan Semenanjung Malaysia susah kami fikirkan.

     Sebaik sahaja terima tawaran rasmi kami memulakan tugas sebagai Wartawan mujurlah ia hanya sebulan 2 kali sebelum melangkah 3 kali sebulan, bukan muda kami memikul bebanan mencari bahan sensasi namun tekad dan usaha mampu mengekalkan kami di Akbar ini sehingga hari ini. 

       Sebaik sahaja pada tahun 2016 kami semua dimaklumkan Media Terkini berubah siaran harian dan berpusat di Borneo kami sudah menduga ianya di Sarawak atau Sabah, namun atas kemahiran seseorang akhirnya kami sepakat bernaung di Sabah sebagai Borneo dan beberapa juga cawangan dinegeri negeri Semenanjung Malaysia. 

       Hari ini tahun 2025 berkekal lah kami MEDIA TERKINI bersiaran harian dengan mendapat bantuan PRESS luar negara tiap tiap hari, malah kami juga mendapat kerjasama beberapa PRESS di Indonesia bagi memudakan pengisian berita yang disiar sebagai tatapan umum. 

      Masa kini pengarang Media Terkini dipangku oleh Jusupi Anak Kurdi sepanjang penyandang nya bercuti melakukan rawatan kesihatan moden dan kaedah perubatan Islam yang dibenarkan, bagi kami pula yang berkerja lebih memajukan Syarikat penyiaran ini terus mencari IKLAN PERNIAGAAN sebagai tambahan berita berita yang dipaparkan setiap hari tanpa mengira dalam dan luar negara.

       Untuk rekod kami orang Sarawak dalam Media Terkini 3 orang, Semananjung Malaysia 3 orang dan Sabah 3 orang, penulis dari Indonesia 2 orang manakala negara Eropah 2 orang bagi memperkasa penyiaran akbar ini setiap hari. Susunan Williem Anak Lagau






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 
 

ANTARA BENUA TAK SEIRING MINDA

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono  

Gaza. Anak anak kecil dekat sini tidak merasa 

takut walaupun sisa sisa peluru berpandu didepan mata setiap hari, itu lah rutin warga Gaza sentiasa berganding bahu dengan PRESS dunia agar didengari masaalah mereka setiap masa. 

       Namun terdapat sebilangan negara negara membangun dilaporkan kurang menggunakan PRESS entah apa sebabnya walau mereka (PRESS) sanggup terbunuh dibumi Gaza, sebaliknya dalam kalangan negara membangun ketiadaan air, jalan raya hampir putus serta langsung tidak ada pembangunan sekalipun PRESS tidak dipandang sebilangan warga serantau.

       Negara menjadi tumpuan PRESS berpanjangan bersama sama badan NGO berdaftar diseluruh dunia adalah Gaza dan negara membangun juga mungkin menonton paparan siaran tersebut, lahir sahaja anak anak Gaza dentuman peluru Israel yang mereka dengar tidak kira siang mahupun malam malah ada juga yang tidak sempat mengecapi dunia akibat sasaran peluru berpandu Israel. 

       Perjalanan PRESS dinegara bergolak seperti Gaza, Yaman dan negara negara musuh Israel tidak pasti keselamatan mereka sebelum kembali kepejabat PRESS yang mereka wakili, namun inilah perbezaan besar antara negara maju menyanjungi walau PRESS dari negata mana sekalipun berbanding sebilangan negara membangun tidak kenal PRESS. 

       PRESS di Gaza hanya disahkan selamat sebaik mereka keluar ke Mesir, Arab, Turki mahupun negara negara yang bukan sasaran Rejim Israel, semua ini menjadi tontonan dunia setiap hari melainkan kawasan negeri yang tidak ada kemudahan Radio dan TV serta talian handpone.

        Ayoh bangkit bersama sanjungi petugas PRESS  yang sanggup berkorban nyawa mereka demi merakam berita shahih dibumi Gaza, dimana negara sama ada telah maju mahupun membangun sanjungi lah PRESS dan penyiaran yang mereka wakili memandangkan ianya seiring bersama. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi) 

 

BN SABAH SEPANJANG TERAJU KERAJAAN NEGERI

Oleh. Joupis Anak Lagau

Kota Kinabalu. Semua kerja sepanjang BN menjadi kerajaan negeri yang lepas ada didalam jiwa rakyat yang kerap dilawati wakil rakyat mereka masing masing.

       Sebilangan rakyat 
Sabah mengakui apabila sampai sahaja pilihan raya negeri ke 17, majoriti calon calon parti yang layak bertanding akan menggaggalkan YB terdahulu dengan mengetengahkan mereka lah pula yang terbaik.

        Antara yang kerap menjadi sasaran parti lawan adalah mantan Adun Kerambunai Datuk Haji Yakub Khan namun warga kampung dalam Dun tersebut yang ditemui YB mereka aktif melawat rakyat luar bandar, ini lah lumrah calon bertanding pada pilihan raya yang rakyat perlu ketahui jangan lihat rombongan ramai sorakan padu bergema namun setahun lebih sebelum prn ke 17 mereka tidak kelihatan ungkap warga kampung. 

        Ada juga orang kampung jauh terpencil bertanya mengapa orang yang turun bertanding sebagai calon hari ini menyepi selama lima tahun yang lepas, adakah mereka mengenali rakyat jelata disetiap 73 kerusi Dun Sabah atau nampak "Aku Pasti Menang" namun rakyat pengundi tidak langsung dilawati sepanjang lima tahun lepas. 

        Menurut pengundi Dun Kerambunai, jika semua agenda perjuangan BN disalurkan kepada segenap orang kampung yang belum menggunakan IT secara berterusan, pasti BN mampu mengekalkan kerusi tersebut namun perlu kerja keras bagi meyakinkan rakyat pengundi dikampung kampung luar bandar demi jentera sampai hari mengundi.

       Hanya jentera BN sahaja yang mampu menyusun program mereka bersama orang orang kampung luar bandar kearah menambah sokongan rakyat, apapun rakyat warga kota sukar diramal terlalu menggunakan IT sampai dilapor terlepas destinasi yang dituju apa daya terpaksa berpusing semula ujar beberapa warga yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)
 

Ahad, 23 November 2025

PILIHAN RAYA SABAH PANAS

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Sabah. Dalam tengah rancak parti politik berkempen diseluruh kerusi yang dipertandingkan, ramai mula bercakap ada calon belum diberi peruntukan untuk berkempen oleh parti mereka entah mengapa berita hangat tersebut dihebahkan. 

       Selain dari itu jenama parti yang bertanding juga bertambah banyak pada prn ke 17 di Sabah masing masing berkeyakinan boleh menang, namun kebanyakan yang meramal yakin dengan BN dan PH dalam kombinasi kerjasama mereka manakala GRS ada kawasan boleh menang.

      Parti Warisan Sabah serta PKDM dilaporkan oleh penyokong tegar mereka boleh memperolehi kemenangan jika digandakan usaha berkempen, belum ada sebarang maklumat dari parti parti lain perkembangan kekuatan calon calon bertanding dan sejauh manakah penerimaan pengundi masing masing. 

       Prn ke 17 negeri Sabah menguji benarkah rakyat pengundi Sabah sudah terpengaruh dengan slogan Rumah Kita Kita Jaga dan Sabah Kita Jaga, bagi BN PH  pula para pemimpin gabungan tersebut yang mempertahankan kerusi dun mereka yakin rakyat akan sama sama menjaga Sabah setiap masa. 

       Menurut pemerhati politik veteran negeri ini, rakyat hanya mahukan keseimbangan harga barangan makanan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, malah tambahan bantuan seperti SARA, STR dipertingkatkan disamping dibagi percuma bayaran hospital bagi warga emas yang tidak ada lagi tempat mencari kewangan lain ujar mereka yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang (Jusupi Anak Kurdi)