Ahad, 24 Ogos 2025

MISTERI GANJIL DIMUKA BUMI

Oleh. Helary Sukiono 

Nusantara. Saban tahun ada sahaja keganjilan timbul dimuka bumi ini walau hanya sebilangan kecil warga menyedari
nya, malah ada sahaja golongan warga yang dilaporkan tidak kisah terhadap keganjilan walau dihadapan pandangan mereka. 
        Bayangkan jika sesuatu yang
ganjil muncul depan pandangan mata apa kah golongan warga  tidak kisah atau pantas cabut lari demi menyelamat
kan diri kearah sesuatu musibah yang tidak diduga, lumrah alam ada sahaja yang terduga didalam jiwa masing masing jika sesuatu kejadian misteri walau berbeza bangsa dan agama pasti nya wujud pandangan yang berbeza beza walau dimana juga berada. 
        Ramai warga dalam Nusantara percaya segala misteri dan keganjilan yang berlaku dimuka bumi ini adalah petuntuk Tuhan maha berkuasa agar segenap lapisan warga menginsafi diri masing masing, keinsafan dan beriman kepada Tuhan maha kuasa mengikut pegangan agama masing masing sangat diutamakan agar segala kejadian tidak terduga mampu berhenti dengan segala kekuasaan nya walau dimana pun berlaku.
       Lagenda kejadian misteri tidak memilih walau dimana sekalipun berada pastinya boleh menjelma jika Tuhan mempamerkan nya sebagai tontonan setiap warga, namun bagi warga kota besar dilaporkan hanya sedikit bilangan warga yang menonton penjelmaan kejadian misteri didepan mata masing masing sampai kini.
         Paparan ini sekadar renungan dan peringatan betapa semua kejadian misteri walau berbeza bangsa dan agama pastinya Tuhan hanya satu tanpa sekutunya, kesedaran golongan warga walau dimana sekalipun berada dan berbeza agama dan bangsa namun memohon keampunan serta perlindungan sepanjang hayat perlu bersama dengan Tuhan berkuasa. (Gambar Siaran Sekadar Hiasan)  





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan AkbarMedia Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Sabtu, 23 Ogos 2025

KENAIKAN HARGA TELOR SIAPA TERASA?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

     Bermula Ogos tahun ini dilaporkan harga telor mula naik harga dipasaran, siapakah golongan rakyat yang lebih merasa kepayahan membeli telor terlibat apa tak lagi Sarawak dan Sabah yang sedia tinggi harganya.

       Bandar Kuala Lumpur sahaja dilaporkan berbeza beza harga jualan telor mengikut saiz telor yang dijual, bagaimana harga telor disetiap negeri yang menjual  nya dalam pasaran apa tak lagi Sarawak dan Sabah yang sedia harga tinggi pada sebelumnya.

      Menurut laporan kadar harga di Kuala Lumpur bagi runcit gred A 30 biji harga RM13.90, gred B bagi 30 biji harga RM13.00 dan gred C bagi 30 biji harga RM12.50 , berbeza dengan pemborong yang menjual Gred A bagi 30 biji harga RM12.90, Gred B bagi 30 biji harga RM12.70 manakala Gred C bagi 30 biji harga RM11.70 bagi bulan Ogos 2025.

       Sehingga berita ini ditulis masih ramai yang diam membisu berkaitan kenaikan harga telor didalam negara ini termasuklah Sarawak dan Sabah, semua warga bebas membuat pilihan belian telor antara yang murah mahupun yang mahal mengikut kemampuan diri masingvmasing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

PENDUDUK GAZA DITONTON KELAPARAN TERUK

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew 

Gaza. Warga dunia hari ini terus menonton derita  warga Pal

estin yang mendepani kebuluran akibat pencerobohan zionis Israel di Gaza.   

     Bayangkan lah semua bantuan makanan dan perubatan yang disalurkan ke Gaza terus disekat zionis Israel yang memburu pejuang Hamas namun rakyat awam Palestin yang mati kelaparan, zionis Israel dilaporkan terus hilang radar bagi mencari dimana keberadaan Pejuang Hamas dan AlQassam bila Israel sudah berada dibumi Gaza entah bagaimana mereka hilang kesan jejak terhadap pejuang Hamas dan sekutunya.

        Bagi rakyat jelata Israel di TelAviv mereka terus berarak tunjuk perasaan bagi mendesak Israel keluar dari bumi Gaza demi kebebasan rakyat Palestin dan pembebasan tawanan pejuang Hamas, namun berikutan dengan keangkuhan bala tentera zionis Israel yang menceroboh Gaza sasaran utama mereka dilaporkan adalah orang awam warga Palestin yang kebuluran tanpa makanan akibat disekat masuk oleh mereka.

        Dalam kekejaman zionis Israel terhadap Gaza sehingga ramai terbunuh dalam serangan senjata api serta kebuluran warga dunia terus menonton penderitaan mereka tanpa ada yang berupaya menghentikan tindakan Israel, malah sebilangan penduduk Israel sangat berani berhimpun membantah Benjamin Netanyahu yang mengetuai pencerobohan Gaza dibumi Israel sendiri namun tidak dihiraukan oleh Perdana Menteri mereka sendiri.

         Satu persoalan golongan penduduk Palestin mengapa kepumpinan dunia tidak ada yang mampu memberi halangan segala tindakan kejam oleh zionis Israel sehingga kehari ini, tekad zionis Israel mahu memburu para pejuang Hamas dan pejuang AlQassam sama sekai tidak kelihatan bila mana golongan terbunuh dalam serangan dilaporkan majoriti penduduk awam Palestin di Gaza.

       Menurut penduduk Palestin di Gaza mereka langsung tidak tahu dimana para pejuang bersembunyi namun tentera Israel terus memusnahkan kediaman mereka termasuklah menembak rakyat berbaris menunggu bantuan pengagihan makanan, namun semua tindakan zionis Israel dibumi Gaza setakat menjadi laungan kemarahan para pemimpin dunia golongan negara negara maju setiap hari disambut serangan pembunuhan bersenjata zionis Israel tidak mengira kanak kanak dan wanita tegas mereka. 

      Sehingga masa kini Gaza masih diserang Zionis Israel tanpa henti sehingga rumah rumah penduduk Palestin di Gaza musnah malah para khemah khemah perlindungan juga dibedil tentera zionis Israrel, sampai bila kah perbuatan Israel ini mampu dihentikan dan berjaya kah Israel melumpuhkan Pejuang Hamas dan AlQassam sampai akhir pemusnahan dibumi Gaza atau pejuang akan bangkit lebih kuat lagi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

SELANGKAH DISABAH

IKLAN PINJAMAN DISANA SINI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Mempromosi pinjaman wang umpama jual goreng pisang bergantungan disana sini sampai setiap tiang 

penuh dengan iklan pinj

aman wang entah dari mana mereka beroperasi. 

       Anehnya syarikat iklan pinjaman wang ini seolah olah bersembunyi tanpa mempromosikan pinjaman mereka di akbar akbar atau unit penyiaran berdaftar bagi memudahkan orang ramai meyakini urusniaga  mereka. 

       Kru media terkini Borneo dimaklumkan terdapat kumpulan pemasang Iklan Gantung Pinjaman Wang disetiap daerah dalam negeri Sabah, malah pemasang iklan gantung ini sampai dijalan jalan perkampungan memasang Iklan Gantung tanpa sebarang perhatian warga Sabah dengan kesahihan iklan gantung berkenaan. 

       Satu lagi maklumat beberapa warga pelancong ke Sabah mendakwa terdapat golongan warga asing yang berlagak bongkak setiap menggunakan pengangkutan awam, golongan terlibat langsung tidak menghormati orang lain dalam menggunakan pengangkutan awam sehingga mengguris perasaan atau menyakiti orang lain tanpa memohon maaf jelas mereka.

       Antara perbuatan warga asing yang menyakiti orang lain ialah meletak barang walau terkena kaki penumpang lain langsung tidak memohon maaf, ianya jelas menjadi perangai tidak baik dikalangan pelaku dan menjadi sejarah kenangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Sabah tanpa boleh dilupakan sampai bila bila ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian i ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Jumaat, 22 Ogos 2025

SEKOLAH PANTAI TIMUR PERLU BEKAS TENTERA

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Berdasarkan kepada dua kes kematian pelajar sekolah berasrama dalam negeri ini akibat unsur kaitan buli, kini sudah menjadi keperluan mustahak Bekas Bekas Tentera diserap sebagai Warden atau Pengawal Keselamatan Sekolah terlibat secepat yang boleh. 

          Kerajaan Sabah hanya berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera cawangan Sabah bagi memperolehi khidmat dari Bekas Bekas Tentera terlatih dalam negeri Sabah.

       Kes kematian yang berkaitan Buli tidak perlu dipandang ringan oleh kerajaan Sabah demi menjamin keselamatan semua pelajar Sekolah Berasrama Penuh, malah majoriti ibu bapa yang ditemui turut bersetuju dengan rancangan penggunaan Bekas Tentera sebagai Warden atau Pengawal Keselamatan Sekolah demi anak anak mereka.  

        Selain dari itu, ibu bapa pelajar Sekolah Berasrama Penuh juga meminta kerajaan Sabah mempertimbangkan usul mereka bagi menggunakan Bekas Bekas Tentera bertugas di Sekolah, ianya sangat perlu bagi mengelak dan membasmi Pembuli didalam sekolah berasrama penuh apa tak lagi kawasan pantai timur Sabah jelas ibu bapa murid yang ditemui dekat sini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

AKBAR HARIAN TANPA SEMPADAN

Akbar harian ini bersiaran setiap hari dalam bahasa Melayu didalam dan luar negara. 

      Pelbagai ruangan disediakan untuk disertai termasuklah sukan, pelancongan, keagamaan, industri hiburan dan beberapa ruangan lain. 

       Semua ruangan hendak lah ditulis didalam Bahasa Melayu dengan terang dan jelas disamping disertakan dengan gambar gambar asli dan bukan salinan dari ruangan penyiaran lain. 

         Kami sering menerima penghantaran dari siaran saluran lain dan dikemukakan pihak tertentu menyebabkan kami menolaknya secara baik.

         Kepada semua peserta yang berhasrat mahu menjadi sebahagian dari siaran kami boleh menghubungi Media Terkini Harian Kuala Lumpur ditalian 01138554026 dan 0194827829 waktu pejabat sahaja.

Kami Tidak Akan Melayan Sebarang Pertanyaan Selepas Waktu Pejabat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 21 Ogos 2025

WASPADA PENGGUNA NAMA AKBAR MEDIA TERKINI MALAYSIA

Kami mendapat laporan dari pembaca 
Akbar Media Terkini 
Malaysia berhubung ramai laman sosial menggunakan nama Media Terkini sejak kebelakangan ini.

      Perbuatan tersebut meniru jenama kami yang bersiaran sejak 1998 dan berkekalan sampai hari ini, sejajar dengan laporan pembaca kami dimaklumkan pelanggan Media Terkini dalam Malaysia mahupun luar negara berwaspada dan tidak terpedaya dengan pengguna nama akbar kami tanpa kebenaran.

      Semua pelanggan Media Terkini dalam dan luar negara boleh merujuk talian kami 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat untuk tindakan selanjutnya, jika ada golongan yang mengaku dari Media Terkini Harian Malaysia untuk pemberitaan dan pengiklanan yang meragukan.

       Kami juga tidak bertanggongjawab dengan golongan yang menyamar dari Media Terkini Harian Malaysia, jika para pelanggan yang didatangi penyamar tidak menghubungi kami terlebih dahulu walau dimana anda berada.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang