Ahad, 25 Ogos 2024

UCAPAN KHAS JIMAT CERMAT

 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Hari Sabah Pada 31 Ogos 2024.

        Kepada. 

                      Seluruh Lapisan Masyarakat Tanpa Mengira Bangsa Dan Agama, Khususnya Kawasan Dun Inanam  Dan Parlimen Sepanggar Serta Seluruh Sabah Amnya. 

                     Semoga Kita Sama Sama Bermaufakat  Dalam Apa Juga Daya Usaha Yang Dilaksanakan  Bersama Sepanjang  Masa Demi Mencapai Kejayaan  Dimasa Akan  Datang. 

           Daripada.

Roger  Yapp

                                        Ketua Pergerakan 

                                        Pemuda MCA Parlimen

                                         171 Sepanggar 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

KKM LARANG JUALAN PEJUANG

Oleh. Mat Qeyyim Hezemi Hamid

Kuala Lumpur. Berapa ramai rakyat Malaysia mengetahui produk minuman Pejuang  telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia beberapa hari yang lepas?. 

          Malah adakah setiap agent penjualan nya sudah menutup jualan produk tersebut diseluruh negara masa kini?, ini lah persoalan yang masyarakat seluruh negara ketahui demi mematuhi arahan dari pihak kerajaan Malaysia demi keselamatan bersama. 

       Kopi Pejuang memiliki  TADALAFIL sejenis ubat kepada pesakit Mati Pucuk dan penggunaannya perlu kawalan doktor pakar agar tidak disalah guna setiap para pengguna tiap hari.

         Selain dari itu Kopi Pejuang juga dilaporkan tidak memiliki alamat lengkap, pengilang, pembungkus, pengedar, empunya hak untuk mengilang dan pengimport. 

          Semua produk yang seumpama boleh dikenakan tindakan undang undang  seksyen 13  dengan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.

          Semua warga yang  terserampak dengan KOPI PEJUANG berkaitan lebih baik elak kan demi keselamatan keluarga bersama dalam jangka masa panjang.  






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Sabtu, 24 Ogos 2024

TENTERA ISRAEL BAKAR ALQURAN

Oleh Huzera Ben

Gaza.  Isu tentera Israel memasuki Masjid dan membakar Alquran adalah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan oleh seluruh umat Islam sedunia tanpa mengira bangsa dan agama.

         Perbuatan seumpana perlu  dipandang sirius oleh umat Islam seluruh dunia tanpa sebarang kompromi demi mempertahankan agama Islam, ini disuarakan oleh penduduk Plastine yang dibunuh oleh tentera zionis setiap hari dengan pelbagai helah memburu pejuang Hamas, Hizbollah, AlQassam serta Houthi jelas mereka. 

             Setiap rakyat Plastine yang dibunuh tentera zionis Israel melibatkan kanak kanak kecil dan wanita tidak  ada langsung kaitan dengan kumpulan pejuang, namun pemimpin Israel terus berhelah mempertahankan tentera nya memburu setiap pejuang  yang entah dimana mereka berada tanpa ditemui.

           Isu membakar Alquran langsung tidak boleh diterima oleh manusia berakal sempurna memandangkan umat Islam tidak pernah merosak sebarang  kefahaman agama lain, ini wajar disiasat serta diambil tindakan oleh para pemimpin berkuasa seluruh dunia demi mempertahankan imej  agama Islam dipersada antara bangsa tegas penduduk Plastine.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

MAMPUKAH BN DITERIMA RAKYAT?



Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kuala Lumpur.  Semua jentera parti kompenen BN khususnya UMNO PERLU menyahut seruan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno, 
 agar menggerak jentera 

diperingkat akar umbi menemui semua rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik demi memulihkan sokongan keatas Barisan Nasional. 

         Gandingan mantap kepimpinan 

tertinggi UMNO  seperti Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani Naib Presiden Umno dipercayai mampu memulihkan kekuatan UMNO BN jika  seiring berger
ak diperingkat akar umbi mendampingi rakyat jelata. 

          Bagi negeri Sabah, Datuk Bung Mokthar Radin Pengurusi Umno Sabah, juga wajar menggalas amanat Presiden Umno bagi bergerak menemui seluruh rakyat Sabah bermula lebih awal.

              Umno yang mempunyai gabungan seperti, MCA, MIC dan PBRS kini mula menarik perhatian sebilangan rakyat sejak kebelakangan ini berdasarkan kerja kuat sebilangan pemimpin bawahan mereka dimulakan.

           Semua ahli Umno serta BN amnya wajar seiring turun padang bersama menenui segenap lapisan rakyat demi memulihkan sokongan rakyat, malah segala dakyah pemimpin parti lawan juga perlu bijak menepis sebagai penjelasan terhadap rakyat jelata apa tak lagi melibatkan isu politik setempat. 

         Berdasarkan amanat semua pemimpin tertinggi UMNO dan BN amnya jika direalisasikan oleh seluruh ahli diperingkat bawahan, satu perkara mustahil segenap lapisan rakyat tidak mampu menerimanya apa tak lagi jika  pemimpin pihak parti lawan memiliki isu yang kerap menyinggung hati rakyat jelas pemerhati politik tempatan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

MANA TINGGI HARGA RN9.00 ATAU RM4.50 ?

Oleh. Basron Kirwan  

Kuala Lumpur. Antara harga getah sekilogram dahulu RM9.80 dan kini dilaporkan RM4.50 sekilogram tentunya rakyat penoreh mampu membezakan nilai ketinggian harganya.  

        Pengumuman harga getah RM4.50 sekilogram masa kini 2024 masih jauh lebih murah berbanding  dengan tahun 2010 hingga tahun 2014 penoreh getah perolehi RM10.00 sekilogram ujar penoreh getah yang ditemui.

   Ada juga laman sesawang mendedahkan pernah berlaku harga getah antara RM14.00 hingga RM15.00 sekilogram  era 2010 hingga 2014.

     Menurut penoreh getah yang sempat ditemui, jika harga getah masa kini  dinaik pada RM8.00  sekilogram pun seimbang dengan kenaikan gaji penjawat awam. 

           Impian penoreh  getah masa kini adalah mengharapkan kenaikan harga getah antara RM7.00 hingga RM10.00 sekilogram ujar mereka.  

         Sehingga berita ini ditulis hanya Sabah sahaja yang belum ada maklumat  berhubung harga getah  masa kini ada kah sama dengan harga di Semananjung Malaysia.







Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

           



 

Jumaat, 23 Ogos 2024

TARUMT INISIATIF UNTUK WARGA SABAH

Terletak  dalam negeri dibawa bayu, cawangan TARUMT Sabah adalah satu satu nya Cawangan TARUMT di Malaysia Timur. 
 
      Kampus ini dibina  pada tanah seluas 6 ekar dalam kawasan Alammesra yang terletak hanya 15 minit sahaja dari bandar Kota Kinabalu. 

           TARUMT adalah sebuah  Institusi Pengajian Tinggi  yang ditubuhkan Oleh MCA sejak tahun 1969 dan dibawa masuk ke Sabah pada tahun 2002.

            Kampus yang dibina khas ini mampu menampung sehingga 3000 pelajar, memiliki kelengkapan kemudahan yang moden, makmal komputer, ruang pembelajaran yang kondusif. 

          TARUMT Sabah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dua blok tutorial, satu blok pentadbiran dan satu blok kafeteria  serta pusat aktiviti pelajar.

         Kemudahan sukan juga lengkap antaranya ialah gelanggang  Bola Keranjang, Futsal, Badminton, Gimnasium yang lengkap serta Kolam Renang. 

         Sebagai menyokong  pendidikan tinggi yang berkualiti, tanpa mengira bangsa dan agama mahupun latarbelakang, TARUMT telah mewujudkan satu skim Biasiswa Percuma khusus untuk bumiputera Sabah yang  berhasrat dan layak untuk melanjutkan pengajian di Universiti ini. 

        Setiap tahun sebanyak 15 pelajar akan dipilih dibawah status B 40, untuk menerima biasiswa ini yang memberikan peluang kepada pelajar Bumiputera Sabah.

         Sebagai melanjutkan pelajaran warga Sabah, rebutlah peluang seumpama dalam negeri ini menerusi talian dan maklumat lanjut kami di 088348080 dan 01110825619 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor  
Bil 01

APA PANDANGAN MAKANAN TERBUKA SEUMPAMA?

Oleh. Basron Kirwan 

Negara kita mengamalkan pem-
 makanan  yang be-

raih  dalam ertikata tertutup rapi bagi menjamin kesihatan para pelanggan yang memakan nya.

        Sebaliknya jika para penjual makanan termasak sentiasa terbuka tanpa penutup sepanjang hari diluar bangunan kedai, bagaimanakah status kebersihan  permakanan terlibat apa tak lagi dalam konteks halalnya bagi umat Islam sudah pasti ramai orang tidak sedar isu tersebut. 

      Ini adalah antara suara orang awam yang dihantar pembaca akbar ini sejak beberapa bulan yang lepas diseluruh  negara sehingga Sarawak dan Sabah.

         Ada juga pembaca Media Terkini hairan mengapa peniaga makanan  terbuka sepanjang hari bebas tanpa ditegur pihak berkuasa sehingga tidak disedari oleh sebilangan orang Sabah sampai membelinya setiap hari.

         Kebanyakan Kes kes seumpama adalah dilorong lorong laluan golongan pejalan kaki secara terbuka seluruh Sabah, namun ramai pembeli dilaporkan tidak kisah makanan terbuka seumpama dalam Sabah asalkan berpakaian ala ala Melayu penjualnya. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, g anpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor