Rabu, 22 Julai 2020

Berita Ringkas
Oleh. Gason Dumiri
Sabah. Kemelut laporan tawar menawar dikalangan Adun Kerajaan Sabah dari DAP dan Warisan membuatkan banyak laporan Polis telah dibuat sehingga kehari ini, rakyat jelata tertanya tanya adakah tawar menawar yang dilapor kepada Balai Polis berhampiran golongan ADUN yang membuat repot berkenaan menerima ancaman keras bersama keluarga atau sekadar tawaran sesuatu imbuhan yang tidak diketahui bak kata orang tidak jelas apakah imbuhan sebenar yang dikatakan panas panas politik masa kini.
Menurut beberapa aktivis politik veteran yang sempat ditemui lumrah dalam politik ada bahang cerita panas tawar menawar sebaliknya jika seseorang wakil rakyat itu tidak menerima tawaran yang cuba dipanaskan tidak mungkin agent membuat penawaran mampu memudaratkan wakil rakyat terlibat mahupun keluarganya dimana cerita seumpama berpuluh tahun sudah berlaku namun tidak ada kesudahan tawaran yang digembar gemburkan tegas mereka.




Nota. Dilarang mencatatkan sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit.  Editor
Ringkasan Berita
Oleh. Williem Anak Lagau
Negara India telah mengimport 4.46 juta tan sepanjang tahun 2019  minyak berasaskan sawit dari Malaysia bernilai RM 9.78 billion sebagai hubungan baik urusniaga kedua dua negara.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg mengumumkan TV Sarawak bakal keudara penghujung tahun ini selepas mendapat lesen tempoh 10 tahun dari Kementerian Multi Media Dan Komunikasi demi memberi peluang anak watan Sarawak menerokai dalam bidang industri penyiaran jelas beliau.

Negeri Sarawak dibawa kerajaan negeri GPS berjaya menyediakan 18,000 peluang
pekerjaan disamping memperuntuk kewangan RM20 billion sebagai perlaksanaan projek pembangunan dan ekonomi tempatan hasil kerjasama semua kepimpinan kerajaan negeri yang mendapat sokongan padu seluruh rakyat negeri bumi kenyalang.




Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor
Berita Ringkas
Oleh. Helary Sukiono
Kuala Lumpur. Se
bilangan peminat To'ki yang ditemui mengharapkan kejayaan bakal bersinar semula disamping hubungan kekeluargaan antara anak anak dengan seorang ayah bertaut kembali tanpa menghiraukan pelbagai tohmahan mereka yang sentiasa mengusik naluri kekeluargaan.
Malah majoriti peminat beliau yang menghubungi media terkini (terpilih sahaja) mendoakan kejayaan seni nya disamping isteri tersayangnya mendapat kesembuhan dari Allah swt seberapa segera agar memudakan To'Ki menjalankan kerjaya sebagai ketua keluarga jelas para peminat beliau diseluruh negara mahupun luar Malaysia amnya.




Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari penerbit. Editor
Kami memohon 
maaf berikutan tergendala siaran akbar kami dua hari berturut turut akibat berlaku gangguan dalam penyiaran kami dikalangan yang tidak bertanggongjawab.
Kami berharap perkara ini tidak berulang dimasa akan datang hasil kerjasama semua pihak pembaca kami. Pengarang

Selasa, 21 Julai 2020

TULAR LAMAN SESAWANG TIDAK TERKAWAL
Oleh. Gifkir Aming
Sabah. Sejak beberapa hari lalu tersebar meluas kabenit kerajaan negeri Sabah yang baharu sehingga ramai orang asal Sabah keliru dengan penyebaran tersebut, kebanyakan yang melihat penyebaran tersebut masih keliru sejauh manakah kesahihan nya berikutan bayangan kerajaan baru Sabah bergabung dengan beberapa Adun DAP dan PKR bagaikan terlalu sukar untuk difahami jelas orang ramai yang ditemui hari ini.
Apapun berita ini sehingga berita ini disiarkan belum ada kesahihan dari mana mana pihak berikutan perkembangan sebenar kepimpinan baru kerajaan Sabah.
PENGANGKUTAN AWAM SUDAH TIADA PENJARAKAN
Oleh. Gason Dumiri
Sabah. Pemandu pengangkutan awam jarak dekat dalam negeri ini perlu mematuhi penjarakan penumpang demi mengekang penularan Covid 19 yang masih menular dalam negara mahupun dunia amnya sehingga kehari ini.
Sejak beberapa minggu lalu tidak ada lagi SOP penjarakan penumpang didalam bus pengangkutan awam jarak dekat berikutan tidak sebilangan pemandu mengaut keuntungan besar tanpa melindungi nyawa penumpang mereka ujar orang ramai yang ditemui.




Nota. Tidak dibenar mencatat ulasan dalam ruangan ini tanpa kebenaran dafi penerbit.  Editor
 INDIVIDU HINA KDMR DAYAK DIMINTA SERAH DIRI
Oleh. Jasly Dollah
 Sabah. Individu yang menghina etnik KDMR khususnya orang asal Sabah dengan menggunakan nama Farrel  Ferhad serta bergambar (seorang
diri)  diminta serah diri dipejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau bagi menyelasaikan semua perbuatan yang dilakukan nya mengikut perundangan Mahkamah Anak Negeri.
Farrel  Ferhad telah diarah menghadirkan diri ke Mahkamah Anak Negeri Keningau  Selasa 21 Julai 2020 namun gagal menghadirkan diri.
Menurut makluman Mahkamah Anak Negeri Keningau Penama tersebut diminta melaporkan diri di Pejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau berikutan laporan penyebaran kata kata yang mengaibkan bangsa KDMR didalam Laman Sosial seperti laporan sekumpulan mewakili Suku Bangsa Etnik KDMR dipejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau namun tidak menghadirkan diri jelas Muhammad Ridzuan Abdullah John semasa ditemui bersama sekumpulan Wakil etnik KDMR di Mahkamah Anak Negeri Keningau hari ini.
Kru media dimaklumkan oleh Mahkamah Anak Negeri Keningau bahawa Penama Farrel Ferhad diberi masa sebanyak tiga kali tempoh panggilan sebelum tindakan tegas dibuat mengikut perundangan berdasarkan aduan wakil dari KDMR dipejabat Mahkamah baru baru ini.
Sehubungan dengan ini penama tersebut boleh menemui Pejabat Mahkamah Anak Negeri Keningau bagi mendapat maklumat lebih lanjut perkara yang direkodkan dipejabat tersebut.