Khamis, 26 Mac 2020

 PERCEPAT BANTUAN RAKYAT TERJEJAS PKP
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah.  Warga kampung yang kehilangan sumber pencarian dari hasil tani sepanjang perlaksanaan PKP merayu pada kerajaan Sabah serta peringkat persekutuan agar mempercepatkan agihan bantuan kewangan utama disamping barang dapur supaya orang kampung tidak kebulur sehingga 14 April 2020, desakan ini dibuat berikutan beberapa suara yang dikeluarkan beberapa pemimpin negara memperuntuk RM500.00 one off setiap satu keluarga yang terjejas perlaksanaan PKP diseluruh negeri ini tanpa mengira bangsa mahupun agama lebih lebih lagi masyarakat petani kampung.
Demikian luahan pandangan aktivis masyarakat Gosibin Yosundang (gambar atas sekali) dari Melalap Tenom bersama Donius Bulangou (fambar bawah) juga aktivis mssyarakat dari Bundu Tuhan Kundasang demi seluruh orang Sabah tanpa memilih bangsa dan agama supaya tidak berlaku kelaparan panjang tegas mereka. Media Terkini juga menerima pelbagai suara menyokong bantuan rakyat orang kampung dengan jumlah RM500.00 kearah meringan beban hidup mereka.
ZON MERAH DICADANG PERINTAH BERKURUNG
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kerajaan perlu menimbang cadangan meletak Zon Merah kawasan wabak sirius Covid 19 sebagai perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak tersebut dalam masa terdekat meliputi seluruh kawasan yang terkait wabak zon merah,  ini disuarakan oleh Tan Sri Dato' Musa Haji Hassan dalam wawancara media masa hari ini sebagai usaha membantu mengurangkan penularan Covid 19.
Sejajar dengan cadangan tersebut majoriti rakyat yang ditemui kru media menyokong supaya ianya dilaksanakan oleh kerajaan supaya memudahkan petugas kesihatan melakukan pembasmian dan pembersihan dikawasan zon merah terpilih dalam masa terdekat ujar orang ramai.
Perintah berkurung dikawasan terpilih juga boleh menjaga semua rakyat agar tidak memasuki kekawasaan terlibat sehingga Covid 19 disahkan pesakit baru sifar sehingga 14 April 2020.
Oleh. Koijul Hairul
COVID 19 RAMAI AMBIL KESEMPATAN
Sejak penyakit Covid 19 merebak
diseluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah ramai menggunakan kesempatan mempromosi herba jualan mereka disamping meviralkan pelbagai tumbuhan mengubati penyakit tersebut, dala beberapa kes yang diterima ada produk minuman tambahan pun dikatakan penawar Covid 19 sehingga orang membeli sampai harga RM500.00 namun tidak mampu menghalang penyakit tersebut dari terus merebak sampai kehari ini jelas orang ramai yanv dihubungi.
Terbaru diviralkan pula Bunga Ketum mahupun Pokok Semambu boleh mengubati penyakit tersebut sehingga mendapat bidasan pakar pakar perubatan didalam negara ini sebagai dakwaan palsu.
Sama sama kita menghindari Viral yang tidak sahih dan bukan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurusan Laporan Covid 19
Jumlah Kes Kematian Masa Kini Jam 08.00 Ialah 23 Orang
Semua Rakyat Negara Ini Yang Terlibat Dengan Hubungan Peserta Himpunan Jalan Seri Petaling Atau Sahabat Rapat Mereka Harus Mematuhi Arahan Untuk Menjalani Saringan Kesihatan Tanpa Menunggu Covid 19 Merebak Bagai Tsunami Dalam Negara Malaysia.
Susunan Oleh.  Jopis Anak Lagau
Akbar ini akan bersiaran dari jam 08.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari sehingga kes Covid 19 berstatus sifar dikendalikan oleh Jopis Anak Lagau.
Semua persiaran hendak lah dikemukakan secara sahih dari pihak penyampai dan semua berita yang dihantar mesti lengkap nama penuh penulis dengan pelbagai data yang penting sebagai simpanan kami.
Hubungi Jopis Anak Lagau 01138554026
Pengumuman
Angka Kematian Pesakit Covid 19 meningkat ke 21 sehingga jam 4.00 petang hari ini 26 March 2020
Patuhi perlaksanaan PKP demi mencegah wabak merebak dinegara kita. Susunan Helary Sukiono
RENTETAN PKP KE APRIL
Oleh. Bujie Tuekarang
Sabah. Penyambungan PKP hingga 14 April 2020 membuatkan sesetengah orang asal negeri ini membuat persiapan  mengambil ISI UBI KAYU mereka sebagai makanan tambahan akibat kehilangan sumber pencarian yang bergantung jualan hasil tani mereka langkah akhir adalah memakan ubi kayu setelah kehabisan wang tanpa bantuan kerajaan negeri sehingga kehari ini, bermula pada 18 March 2020 hingga 14 April 2020 hampir sebulan orang kampung tidak dapat menjual hasil tani mereka
memungkinkan wang saku terus susut sedangkan makan minum tidak berhenti setiap hari tentunya gunung pun runtuh dikorek tiap hari.
Suara orang dari parlimen Tuaran yang menghantar simbolik isi UBI KAYU jika berterusan bantuan kewangan dan makanan tidak disalur kepada mereka sehingga April 2020 sedsngkan tiap hari diucap para pemimpin bantuan yang diluluskan namun tidak sampai juga kepada orang kampung,  warga parlimen Tuaran juga tidak tahu siapa sebenarnya yang menjenguk orang kampung berikutan ramai lagi yang tidak mengetahui bagaimana bantuan berkenaan disalurkan tanpa ada pegawai kerajaan dibarisan agihan bantuan masuk melihat keadaan petani kampung tegas mereka.