Rabu, 7 Februari 2018

Oleh. Pena Borneo
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia tidak perlu tunduk dengan tekanan politik selagi berkhidmat telus dan berintegriti demi mengelak berlaku salah anggap dikalangan seluruh rakyat Malaysia yang berbeza beza kefahaman politik mereka.

Selasa, 6 Februari 2018

Diharap keselamatan Pantai Timur Sabah akan lebih terjamin bermula dari tahun 2018 ini, pencwrobohan warga asing dari negara jiran senang dikenal pasti oleh petugas anak jati Sabah jika diberi perhatian tugas berganda setiap saat dimana juga berada.
Pelik tapi benar Pelajar IPTA atau Kolej dibeberapa tempat dalam Semananjung Malaysia sanggup menjual DAUN KETUM tanpa rasa bersalah merosak diri generasi muda mudi mereka.
Oleh. Noor Abdullah

Isnin, 5 Februari 2018

Warna Warni politik Sabah tahun 2018. Gambar kiriman pembaca media terkini  dimana seseorang bersantai mengikuti dua parti politik berbeza antara BN dan PEMBANGKANG yakni Parti Kerjasama Anak Negeri dengan mengharap parti berkenaan memberi ruang menjadi pemimpin tertinggi kelak manakala agenda bersama para pemimpin BN agar dapat diberi pelbagai ruang projek jika parti  BN kekal memerintah selepas PRU ke 14 akan datang. PENDEDAHAN INI SEKADAR RENUNGAN SEMUA PEMBACA DISELURUH NEGERI SABAH DAN MALAYSIA AMNYA, TIDAK ADA UNSUR MENJATUHKAN IMEJ  MANA MANA PIHAK MELAINKAN MEMBERI KESEDARAN GOLONGAN PEMIMPIN MEWAKILI MANA MANA PARTI AGAR LEBIH PRIHATIN PADA RAKYAT YANG MEMERLUKAN SETIAP MASA.

Oleh. Williem Anak Lagau
TOKOH TOKOH POLITIK DUDUK BERBINCANG?
Sabah. Gempar lagi bila terserampak beberapa tokoh politik veteran duduk berjumpa bagai ada perbincangan luar biasa menjelang pilihan raya ke 14 akan datang apa tak lagi jika melibatkan perbezaan parti politik yang bertemu,  kebanyakan tokoh tokoh politik veteran dalam negeri ini sudah mulai keluar meninjau pergerakan politik sama ada parti memerintah mahupun kumpulan parti pembangkang demi mencuba pengaruh politik mereka dimata rakyat jelata mengikut kawasan masing masing.
Dalam tinjauan Media Terkini baru baru ini antara yang kelihatan mendekati rakyat ialah Mantan Wakil Rakyat Inanam Datuk Johnny Goh PBS BN manakala Terence Seen dari PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH bagaikan bahang pilihan raya ke 14  sudah kian hampir, namun kedua dua pemimpin terlibat saling mengharap impian mendapat sokongan rakyat jelata sebagai landasan mahu mempromosikan
parti mereka agar rakyat terus memberi sokongan menjelang pilihan raya ke 14 sebagai membentuk kerajaan negeri mahupun persekutuan bagi memberi peluang golongan yang menang calon pilihan raya.
Sebagai presiden sesebuah parti politik haruslah berhati hati dalam pemilihan pemimpin diperingkat bahagian supaya tidak berlaku pertikaian rakyat jelata dalam menilai pemimpin mereka bagi mengemudi ketelusan dalam perjuangan menjadi pemimpin dimasa akan datang, sikap pemimpin yang tidak menentu pendirian hanya akan merugikan rakyat jelata disetiap kerusi DUN mahupun PARLIMEN terutama pemilihan bakal calon pilihan raya tambahan pula jika melibatkan golongan yang suka mempersendahkan rakyat jelata pastinya tipis peluang untuk menang ujar rakyat yang ditemui.
DIHARAP PENDEDAHAN INI BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN PARTI POLITIK BAGI MENELITI LATARBELAKANG PEMIMPIN MEREKA DISETIAP BAHAGIAN SUPAYA DAPAT DIPERBAIKI SEBELUM MENJADI PERTIKAIAN RAKYAT SETEMPAT. 

Oleh. Jopis Anak Lagau
ISU SENAPANG BAKAKUK BUATAN SENDIRI WAJAR DIJAUH
Borneo. Pelbagai amaran dan tangkapan oleh pihak Polis berhubung SENAPANG BAKAKUK buatan sendiri tanpa lesen namun masih lagi ramai warga asli Borneo gemar membuatnya tanpa diketahui aspek tujuan mereka apa tak lagi dalam keadaan tanah air kita aman dan damai, sebaik dari itu ada juga sesetengah orang kampung mendakwa membuat BAKAKUK untuk dijual cari duit walaupun mereka pembuat BAKAKUK masih tidak tahu membuat peluru dan takut didakwa dibawah akta bahan letupan jika membuat peluru melainkan individu yang membeli BAKAKUK serta PELURU dari golongan berlesen dikawasan luar bandar atau pekebun buah buahan dan tanaman jangka pendek yang diganggu haiwan rimba.
Dalam konteks pendedahan media terkini semua saranan Pihak Keselamatan agar menjauhi pembuatan Bakakuk sangat berguna bagi mengelak terjadi tersilap menembak akibat ketiadaan latihan bagi mengendalikan senjataapi, malah sikap  kurang kesabaran dalam meneliti objek didalam kebun khususnya diwaktu malam juga merupakan faktor berlaku inseden tembakan yang didakwa binatang liar sedangkan hakikatnya rakan berburu mereka sendiri tanpa menggunakan pertimbangan sebelum melakukan tembakan.
DENGAN PENDEDAHAN INI SELURUH RAKYAT JELATA DI BORNEO MENJAUHI PEMBUATAN BAKAKUK SUPAYA TIDAK ADA LAGI YANG TERKENA TINDAKAN UNDANG UNDANG AMNYA MENJADI MANGSA PELURU SESAT.

Ahad, 4 Februari 2018


Oleh. Noor Abdullah
MENUMBUK HARI INI JADI ISU PERBUALAN
Kuala Penyu. Rakyat Menumbuk terus bertanya dimana pembangunan yang membanggakan disekeliling Pekan tersebut yang dilaporkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu lebih dari 50 tahun namun kelihatan masih ditakok jajahan sebelum MERDEKA tidak pasti dimana silapnya, dalam kancah politik PRU ke 14 ini masing masing parti politik pembangkang bertekad mahu menang dalam kerusi pilihan raya tanpa mengambil kira komited parti kompenan BN yang sebaya dengan pengaruh para pemimpin kerajaan mempertahankan kerajaan BN walaupun diramal sukar menewaskan beberapa parti pembangkang ujar penduduk setempat.
Media Terkini dimaklumkan berjuta juta projek diumum setiap tahun antara Menumbuk ke Labuan namun sukar dikesan kemana projek tersebut dilaksanakan terutama bangunan Kedai sebagai pusat perniagaan penduduk setempat demi menambah sumber ekonomi warga tempatan, berdasarkan pandangan orang ramai kawasan Menumbuk berharap Pemimpin  BN sedia ada supaya mampu menewaskan parti pembangkang dalam menyambut pertarungan satu lawan satu yang terkuat sedia ada walaupun pelbagai parti politik pembangkang berhasrat mahu menewaskan Calon BN pada PRU ke 14 jelas penduduk setempat.
RAKYAT JELATA MENUMBUK  JUGA BERHARAP PEMBANGUNAN DIKAWASAN MEREKA DIPERTINGKATKAN SETIAP TAHUN AGAR TIDAK JAUH KETINGGALAN DENGAN KEMAJUAN BUMI SABAH.

Jumaat, 2 Februari 2018

Peminta Sedekah orang asing tiap hari membanjiri bandaraya Kota Kinabalu sangat merimaskan orang ramai, apa tak lagi mereka memperalatkan anak anak kecil yang bertangisan sebagai senjata minta simpati terhadap masyarakat yang lalu lalang depan mereka. HARAP PIHAK BERKUASA DAPAT MENGGERAK PASUKAN MEMBENTERAS PEMINTA SEDEKAH DIKALANGAN WARGA ASING YANG BAGAI DIKAWAL JAUH RAKAN SENEGARA MEREKA TIAP HARI.




Mampukah perjuangan pemimpin Parti Warisan Sabah menawan Parlimen Sepanggar, Dun Kerambunai dan Dun Inanam terserah pada pengundi pada PRU ke 14 akan datang. Gerakan kempen Parti Warisan Parlimen Sepanggar hampir tiap hari menemui rakyat dengan pelbagai cara mendakwa perjuangan mereka terbaik dan kempen mereka dikawasan tersebut bersih tidak mahu gunakan wang sebagai bahan politik kepada penyokong mereka. ORANG DISEPANGGAR KATA JIKA KITA KERJA TIADA GAJI ALAMAT BERJALAN KAKI TIDAK MAMPU ISI MINYAK KERETA, PULANG RUMAH NANTI TANGAN KOSONG KERJA BERKEMPEN LANGSUNG TIDAK ADA SAGUHATI.