Ahad, 27 Julai 2025

DAYA USAHA DEMI KEFAHAMAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Lenny Noor Abdullah @ George

Sabah. Jentera para pemimpin UMNO dan BN seluruh Malaysia dilapor telah menyusun jen 

tera membantu BN dalam pilihan raya negeri Sabah kali ke 17 tahun 2025 ini. 

     Nasib bagi Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bakal dibantu jentera dari kepimpin Umno Negeri Sembilan dan Melaka bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya negeri kelak. 

      Dalam konteks ini, setiap jentera Umno dan Barisan Nasional dalam kawasan tersebut harus memberi laporan sebenar segala suara rakyat setempat yang berdaftar sebagai pengundi, kawasan tersebut mempunyai parti kompenan BN dari Umno, Parti Bersatu Rakyat Sabah, MCA dan MIC yang dipimpin semuanya orang Sabahan setempat.

       Ramai pemerhati politik tempatan yakin dengan kehadiran  Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Timbalan Presiden Umno merangkap Menteri Luar Malaysia, menggalas jentera serta Umno dan BN setempat telah mendekati rakyat setempat selama 5 tahun lepas tidak mustahil pengundi tidak terbuka hati kembali dalam kerajaan BN Sabah. 

       Pokok pangkal nya adalah kerjaya dan jentera BN setempat sepanjang 5 tahun lepas adakah mereka benar benar telah melaksanakan tugas mendamping semua rakyat tanpa keciciran, pemahaman dan penerapan perjuangan tidak mungkin terlupa oleh pengundi setempat jika dikekalkan sepanjang 5 tahun lepas menerusi kaedah yang dibuat pemimpin pusat. 

      Apapun hanya pengundi setempat yang disebutkan boleh memberi jawapan sejauh manakah pendekatan jentera BN setempat selama 5 tahun lepas bagi merungkai sokongan dan kesetiaan mereka terhadap BN, jika jelas semua jentera telah diterima pengundi gerak kerja yang diberi oleh pemimpin BN setempat tidak mungkin calon yang diketengahkan tidak menang dalam pengundian kelak ujar para pemerhati politik tempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Sabtu, 26 Julai 2025

JENAMA RAKYAT SERING DIGUNA POLITIK

Oleh. Norshan  Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Kuasa menurunkan seseorang Perdana Menteri adalah menerusi Dewan Parlimen disamping proses Pilihan Raya Parlimen setiap lima tahun sekali.
Setakat 18,000 orang berhimpun dijalanan belum mewakili lebih tiga puluh juta rakyat Malaysia untuk bersuara bagi menurunkan seseorang Perdana Menteri didalam negara Malaysia. 

       Apa juga yang dibuat menunjuk perasaan secara aman dijalanan sekadar mengalihkan perhatian sokongan rakyat keatas parti parti yang mereka wakili, disamping meninggalkan sebilangan Sampah ditempat msreka berkumpul untuk berarak menambah kerjaya pihak berkuasa pembersihan namun tidak langsung boleh menggugat Perdana Menteri.

      Antara pandangan pakar perundangan dalam negara ini sebagai tatapan umum lebih tiga puluh juta rakyat Malaysia masa kini terutama sekali masyarakat diluar bandar, sebaliknya rakyat Malaysia perlu faham bahawa menilai orang orang parti politik adalah daya usaha mereka turun padang menemui dan membantu rakyat keseluruhan nya. 

      Dalam konteks ini kerajaan Madani pimpinan gandingan Perdana Menteri dan dua Timbalan Perdana Menteri serta para kabenit kerajaan masa kini masih terbaik didalam pembelaan keatas rakyat miskin, jika hendak menukar kerajaan Malaysia sekalipun puluhan juta rakyat seluruh negara harus menunggu dalam proses pilihan raya parlimen akan datang menerusi undi demokrasi.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang



 

AKBAR HARIAN BERANI DINAMIK BERWAWASAN

Salam pena bersama 
para warga serantau mahupun luar negara, kita bertemu semula dipena nota ini walau sekali sekali kita keruangan ini namun sangat memedai saluran pertemuan kita sebagai menitip bicara minda warga sejagat.

         Media Terkini Harian adalah salah satu akbar yang bermula dalam kontaks dwi mingguan sebelum bersiaran semula didalam keluaran Mingguan, sebaliknya saban hari ramai pembaca mencadangkan dinaik taraf sebelum melangkah kemusim keluaran setiap hari musim tahun 2016 sebagai langkah mula mencuba keluaran harian didalam penyiaran. 

       Dalam pelbagai pembaharuan akbar Media Terkini ada juga golongan tertentu yang bercakap lain dimulut namun naluri hati lain bisikan nya, ini lah sebilangan asam garam meniti kesinambungan akbar harian ini dipersada persaingan penyiaran antara bangsa walau dianggap kerdil golongan tertentu.

        Ketabahan para kru penyiaran dan pengiklanan Akbar Harian sampai bertahan sehingga hari ini tahun 2025 menjadi kebanggaan seluruh pelanggan kami didalam dan luar negara, jenama Media Terkini, Media Misteri dan Mingguan Misteri masih terpahat dalam jiwa para pelanggan walau dimana juga berada apa tak lagi sesekali kita paparkan jenama tersebut.

        Buat warga pembaca Media Terkini didalam dan luar negara khususnya warga yang berhasrat mahu mengiklanan pelbagai perniagaan tidak perlu mendengan komen negitif golongan tertentu, sebaliknya kemahuan dan daya usaha amat penting bagi mencapai sesuatu kejayaan dalam industri perniagaan diseluruh negara mahupun sehingga ke persada antara bangsa tanpa berbelah bahagi. Penolong Pengarang






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Sub Editor 


 

PEDOMAN MINDA WARGA MEMBANGUN

Oleh Helary Sukiono

Kemboja. Peperangan Kemboja dan Thailand dilapor
kan menjadi satu pedoman minda dikalangan negara membangun khususnya persempadanan dan kekuatan per
tahanan negara, selain dari itu kestabilan politik serta kesedarhanaan ekonomi rakyat sangat penting untuk diperkasakan 
demi tahap kehidupan rakyat yang sempurna.

       Dalam kes perang sempadan Kemboja dan Thailand masa kini ramai warga negara membangun dilaporkan sekadar suka menonton tanpa rasa perlunya mereka memiliki kearah politik dan ekonomi stabil, golongan terlibat kurang peka jika persempadanan tanah air mereka kurang pengawasan dalam aspek pertahanan malah ekonomi rakyat negara membangun juga harus stabil.

       Media Terkini  Nusantara yang kerap mengikuti situasi perkembangan Kemboja dan Thailand dimaklumkan pertikaian mereka dilaporkan berpunca dari persempadanan yang belum dimeterai bersama, malah ada juga yang mengaitkan peperangan juga adalah perebutan KUIL PURBA yang terletak persekitaran persempadanan kedua dua negara sehingga orang awam yang kerap menjadi mangsa dalam situasi perang. 

        Sungguhpun Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu memberi nasihat agar Kemboja dan Thailand mengadakan rundingan damai dan menghentikan perang disempadan mereka, namun bukan muda bagi mereka melakukan gencatan senjata dalam isu perebutan sempadan yang belum diwartakan bersama apa tak lagi melibatkan hak milik megara masing masing.  

         Permusuhan antara Kemboja dan Thailand harus dipandang sirius oleh warga setiap negara membangun agar melakukan muhassabah diri memperkasa ekonomi dan fakta keselamatan sejagat, hindari perbelahan sesama warga dalam satu negara apa tak lagi berpuak puak didalam kancah perbedaan parti politik mahupun perbezaan kepercayaan beragama agar terlindung dari sengketa peperangan.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Jumaat, 25 Julai 2025

PENGIKTIRAFAN NEGARA PALESTIN

Oleh. Huzera Ben 

Gaza. Pejuang Hamas menyambut baik pengiktirafan Emmanuel Macron Presiden Perancis bahawa Palestin sebuah negara berdaulat. 
          Malah pejuang Hamas yakin jika seluruh pimpinan negara negara maju tekad sebulat suara menyokong pengiktirafan pemimpin Perancis, sudah pasti hasrat warga Palestin merdeka pasti tercapai agar terkeluar dari ancaman zionis Israel yang jelas menindas negara negara Islam sejagat ujar mereka.
            Keangkuhan zionis Israel terus memuncak sebaik Presiden Perancis mengumumkan pengiktirafan negara Palestin mereda dengan menggandakan serangan di Gaza, Israel juga memperkukuhkan penguasaan disepanjang persempadanan dan pembangunan kawasan Tebing Barat demi menentang usul Emmanuel Macron tegas pimpinan Hamas.
          Hamas yang mempunyai rangkaian baik dengan AlQassam dan Hizbollah terus mendapat bantuan dari Pejuang Houti setiap kali diserang zionis Israel, kekuatan dan kemahiran serta kelengkapan alat perang Pejuang Houti dilaporkan menjadi kebimbangan pimpinan zionis Israel dan Amerika Syarikat amnya jelas Hamas.
         Apapun permasaalahan serta derita yang ditanggong oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza dan Rafah masa kini perlu diberi perhatian sirius oleh para pemimpin negara negara maju, tekanan keatas Israel dan Amerika Syarikat perlu dipergandakan oleh para pemimpin negara negara kuasa maju agar usul mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka mampu dilaksanakan dalam jangkamasa akan datang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

MENGENALI RAMUAN HERBA YANG HENDAK DITEMPAH

Mari bersama membaca mengenali semua jenis herba yang berkhasiat tinggi dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

       Semua ramuan yang telah diadunkan secara teratur dan berkualiti tinggi mampu membentuk kesihatan seisi keluarga yang menggunakan nya. 
Kini jenama Coslo terkenal bukan sahaja dalam Malaysia malah telah pun sampai ke Indonesia sejak beberapa tahu  yang lalu.

       Produk Coslo boleh diperolehi disetiap Pejabat Perhubungan Pengiklanan dan Pemberitaan Akbar Media Terkini Harian Malaysia setiap masa pejabat ditalian 01138554026 dan 0194827829 menerusi Basron Kirwan, Norsham Haji Tukirin, Jusupi Anak Kurdi, Lenny Noor Abdullah @ George dan Gifkir Aming










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengarah penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

MAMPUKAH GENCATAN SENJATA DILAKSANAKAN?

Oleh. Helary Sukiono

Asia. Hasrat kedua dua negara melakukan gencatan senjata 

sebaik memulakan perang beberapa hari lepas masih samar, malah rasa dendam antara Thailand dan Kemboja mungkin sukar di
basmikan dalam tempoh yang singkat. 

     Perang antara Thailand dan Kem

boja dilaporkan telah melibat kematian dan kecederaan akibat  mangsa perang mereka walaupun dalam masa yang singkat, kes kedua dua pasukan ketenteraan mereka dilaporkan rumit menempuh cabaran melaksanakan gencatan senjata secara mendadak namun itu lah harapan pemerintah negara jiran mereka. 

     Kru Media Terkini Nusantara dimaklumkan satu keperluan dalam perang Thailand dan Kemboja ialah penyiasatan antara punca tercetusnya perang kedua dua negara terlibat, apapun gencatan senjata dilaksanakan jika perancang peperangan tersebut tidak disiasat pastinya tidak mungkin mampu mengekalkan keamanan jangka panjang kedua buah negara tersebut.

      Kebanyakan pihak pemerintah negara jiran Kemboja dan Thailand mencadangkan pemerintah kedua dua negara yang berperang mengadakan perbincangan bersama secepat yang boleh, semua masaalah yang berlaku pasti boleh diperbaiki secara aman jika kedua dua negara bergolak mampu duduk berbincang bagi menjayakan keamanan menang menang pada persempadanan mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang