Isnin, 26 Mei 2025

KEPAKARAN GONG DAN BUDAYA ETNIK LIWAN

Oleh. Gifkir Aming dan Jusupi Anak Kurdi

Keningau.  Kepak
 aran membunyikan pelbagai jenis paluan Gong asli tradisional etnik Dusun Liwan me

ngharumkan nama kaum mereka diseluruh negara Malaysia dan Sabah amnya. 
        Muzik  tradisional yang diwarisi turun 

  temurun mereka      sudah ramai ti

dak mewarisi pembelajaran nya.

       Tidak hairan lah sebilangan muda mudi jika menyertai alat muzik tradisional kadangkala boleh sumbang suara jelas wargatua yang ditemui.

       Kru Media Terkini dimaklumkan kawasan Keningau masih terus mempelajari pelbagai rentak muzik tradisional sampai hari ini, ianya melibatkan muda mudi remaja antara lelaki dan wanita yang dilatih warga veteran agar warisan tradisi moyang mereka tidak pupus ditelan zaman.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

CABARAN DAN KEHIDUPAN

(Gambar siatan sekadar  hiasan) Oleh. Koijul Hairol

Kota Kinabalu. Peniaga kecil kecilan terkilan berikutan warga mereka sendiri lebih membantu peniaga asing tanpa melihat kaum sendiri.

      Ramai peniaga  etnik tempatan sekadar dipandang dari jauh berbanding peniaga asing dilanggani setiap hari.

      Ini didedahkan peniaga veteran Sabahan yang kerap melihat warga tempatan lebih memberi sokongan peniaga asing berbanding etnik mereka sendiri, tidak hairan lah sampai masa kini dilaporkan terlalu ramai peniaga asing dalam daerah Kota Kinabalu berbanding peniaga bumiputera Sabahan ujar mereka. 

      Sehingga berita ini ditulis rungutan warga tempatan terus kedengaran namun etnik mereka masih ramai memberi sokongan dan bantuan peniaga asing, ianya melibatkan pekerja, tanak tapak perniagaan dan menjadi sebahagian dari pelanggan tetap semua urusniaga orang asing sekeliling mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

       
 

RAKYAT JELATA SABAH BEBAS MEMILIH PARTI

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Penduduk yang berdaftar sebagai pemilih dalam negeri Sabah bebas memilih mana mana parti politik yang bertanding dalam PRN ke 17 akan datang, semua parti politik yang bertanding dalam PRN ke 17 adalah dipimpin serta memilih setiap calon bertanding anak watan Sabah sendiri tanpa melibatkan warga Malaya.

     Antara ungkapan kata pemerhati parti politik veteran anak jati Sabah sebagai pertikaian sebilangan pemimpin parti politik Sabah yang menentang parti Malaya bertanding dalam PRN ke 17.

      Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Perikatan Nasional adalah parti Malaya yang bercawangan dalam Sabah namun semua dipimpin oleh pemimpin politik orang Sabahan sendiri, malah tidak ada seorang pun orang Malaya yang menjadi pemimpin dan calon dalam pilihan raya negeri Sabah selama ini dan dilihat seluruh pengundi orang orang Sabah.

       Pemerhati politik veteran Sabah juga mendedahkan PH, BN dan PN Sabah semua dipimpin oleh anak watan Sabahan sendiri jauh sekali warga Malaya menjadi calon dalam PRN Sabah, ini penting dihayati oleh pengundi Sabahan serupa juga dengan semua parti politik Sabahan yang dipimpin oleh penduduk Sabahan sendiri sejak sekian lama dan sehingga masa kini. 

      Dalam konteks dizaman moden ini semua warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi harus tahu erti kebebasan memilih parti politik dikaca mata mereka mana yang terbaik, tidak perlu terpengaruh dengan sengketa kebencian parti politik lain selagi dipimpin serta calon dipilih adalah anak watan Sabah sendiri setiap kali pilihan raya dijalankan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Ahad, 25 Mei 2025

MAMPUKAH MEMUPUK BUDAYA SEPANJANG MASA?

Oleh. Gifkir Aming

      Isu memperkasa budaya pelbagai etnik asli Sabahan mampu
 kah diwarisi oleh

generasi muda mudi tanpa daya usaha memperkasa pengenalan nya secara berterusan. 
   Sabah yang memiliki pelbagai budaya dari berbilang etnik bakal bercampur aduk jika tidak ada pengawalan ketat dalam jangkamasa panjang, ianya akan berlaku keatas kanak kanak yang berusia 5 tahun kebawah masa kini jika ibu bapa mereka tidak menitikberatkan keaslian budaya suku etnik mereka.
       Antara pendedahan pemegang taruh  pelbagai budaya golongan veteran masa kini yang melihat tidak ada lagi penyiaran  tulen kebudayaan Sabah mengikut etnik mereka, dalam pelbagai etnik Sabahan yang ada pada masa kini majoriti warga kota sudah mula bercampur aduk kebudayaan etnik mereka akibat pengaruh jiran tetangga kaum etnik lain.
        Hanya generasi pemegang taruh  budaya etnik veteran masing masing yang boleh memperkasakan budaya asli kekal untuk turun temurun mereka, selain dari itu kerjasama dengan semua unit penyiaran berdaftar amat penting jika mereka mahu mengekalkan keaslian budaya dan adat mereka dimasa akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


MAMPUKAH HIMPUNAN MENUKAR KERAJAAN?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur.  Warga Malaysia hairan adakah tunjuk perasaan secara aman yang berlaku diseluruh negara mampu menukar kerajaan masa kini?.

     Sejak kebelakangan ini terlalu banyak menganjur himpunan cara aman dengan pelbagai tujuan masing  masing  bagi merealisasikan setiap perjuangan mereka didalam negara ini. 

      Himpunan aman ini masing masing dengan visi dan misi tersendiri bagi meluahkan pandangan sudut hati masing masing, sehingga ramai yang leka kerajaan hanya boleh dipilih menerusi proses pilihan raya setiap lima tahun tanpa mampu diputuskan dengan tunjuk perasaan.

       Proses pemilihan kerajaan Malaysia mahupun setiap kerajaan negeri hanya menerusi proses pilihan raya sahaja tanpa mengguna pakai tunjuk perasaan aman, mereka hanya boleh menang dalam pilihan raya jika berjuang mendekati segenap lapisan rakyat berdaftar sebagai pengundi demi mendapat undi yang besar pada pilihan raya negeri.

       Bagi warga yang hanya mengenali sebilangan kecil pengundi dalam kawasan Dun masing masing elok lah memulakan langkah kanan masa kini menemui rakyat jelata, jangan sudah bubar Dun Setiap negeri baru lah keluar menemui rakyat jelata bagi meraih simpati undi rakyat jelata yang telah bersama dengan parti parti yang hendak bertanding.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        
 

KENALI BAHASA ASLI SABAH

Bil 512 / 2025

1.   Temban Dembila Suang  (Samah) Ertinya Tertinggal Seberang Sungai  
 2.    Dong Tei  Mapi (Samah) Ertinya Jangan Pasang Api  
3.    Pinggo Kam Temban (Samah) Ertinya Dimana  Kamu Tinggal  
4.     Sembiren  Kam Luman (Samah) Ertinya Bila Kamu Berjalan
5.     Pedih Bana Empon  Peranak Tu (Samah) Ertinya Sakit Benar Gigi Budak Tu 
6.      Jomoh Tu Pedagang Deing  (Samah) Ertinya Orang Tu Penjual Ikan 

7.      Jomoh Samah Tei Dondo Tu (Samah) Ertinya Orang Samah Perempuan Tu  
8.      Hombo Ka Kampung Disioh Dii (Dusun Bundu) Ertinya Dimana Kampung Dia Tuu 
9.      Pluah Laah Urung Jomoh  Langah  Tuu (Samah) Ertinya Darah Keluar Dari Hidung Orang Tinggi Tu
10.     Wonsoion  Nogi  Dau  Eh Silap Diri (Dusun Liwan) Ertinya Pondok Tu Baru Dia Buatkan




Disusun oleh Lenny Noor Abdullah ditalian 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.













Nota. Dilarang  membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

WASPADA BUAL BICARA TAK SERUPA BUAT

Setiap warga perlu berwaspada dengan sebilangan masyarakat yang banyak cakap namun tidak serupa buat kehendak naluri rakyat jelata. 

      Kebanyakan kes seumpama berlaku didalam  negeri Sabah yang kerap memilih warga terdekat untuk didampingi warga orang politik, malah ada juga individu yang cuba didekati bagi  mempromosikan penyiaran ini oleh kru akbar ini namun bagai tidak memberi sokongan.

        Terlalu banyak yang mengaku orang politiking membela setiap rakyat didalam kawasan  tanggongjawab Dun masing  masing nak menang, namun hampir sebilangan warga dalam tempat masing masing sekadar dilawati setahun sekali jelas orang awam sebagai menjawab isu  tersebut. 

       Ada juga golongan  tertentu yang berpura pura tidak  mengenali Akbar Media Terkini Kuala Lumpur setiap hari mendepani setiap kru akbar ini, namun ramai sangat yang merayu meminta bantuan bagi memperolehi langkah menghubungi mana mana saluran memohon bantuan kepentingan peribadi mereka.

       Trend ini menjadi amalan sebilangan warga di Sabah bagai memburu kepentingan peribadi golongan tertentu tanpa memberi kerjasama pada urusniaga orang lain, tidak hairan lah jika ramai yang ditemui kru akbar ini dalam Sabah lebih merayu meminta perhubungan meraih dana sumbangan berbanding memberi kerjasama dalam penyiaran. Joupis Anak Lagau (Sub Editor) 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang