negara dalam jaangka panjang.
Jumaat, 2 Mei 2025
PEMETERAIN KEDUTAAN KOSOVO
negara dalam jaangka panjang.
Khamis, 1 Mei 2025
UMNO MASIH RELEVAN DISABAH
Sabah. Kerjasama antara UMNO dan PAKATAN HARAPAN bagi Sabah masih relevan jika mereka turun gerak kerja keperingkat akar umbi menyelami nadi hati rakyat negeri tersebut.
Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, PBRS, MCA dan MIC bagi Sabah perlu menggerak jentera keakar umbi bersama seiring jika mahu memulihkan undi orang Sabah kembali pada mereka, selain dari itu Pakatan Harapan yang dicadang pemberian 33 kerusi Dun Sabah juga perlu menerima dengan kesungguhan jika mahu memenangi kerusi sebanyak yang dicadangkan.
Antara suara pasukan aktivis rakyat yang kerap mendampingi semua lapisan rakyat jelata diseluruh negeri tanpa dipengaruhi oleh politik tertentu, kebanyakan rakyat jelata yang ditemui mengakui pilihan mereka masa mengundi bukan terletak pada parti semata mata sebaliknya wibawa calon yang bertanding perlu diteliti.
Menurut rakyat berdaftar sebagai pengundi, semua parti politik serupa baik namun yang mencerminkan kebaikan adalah calon bertanding itu pemurah, iklas membantu rakyat kawasan mereka masing masing tanpa pilih kasih, namun ada juga golongan tertentu mendakwa mewakili rakyat konon nya rakyat pengundi Sabah sudah nekad hanya memilih satu parti tempatan sahaja sedangkan Dun masih belum dibubarkan ujar rakyat jelata.
Sehingga berita ini ditulis rakyat pengundi yang ditemui belum memutuskan parti mana yang mereka sokong didalam pilihan raya negeri, namun jika setiap calon pilihan BN dan PH itu benar benar iklas dan prihatin membantu rakyat termiskin menjelang pilihan raya tidak mustahil golongan terlibat lebih mendapat undi ungkap mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
AKBAR HARIAN SENSASI MASA KINI
Sana sini bercakap membela nasib rakyat jika menang dalam pilihan raya sama cerita semua pemimpin parti politik terdahulu bagi negeri ini, sebaliknya semua janji yang dilontarkan sekadar pemanis kata dihadapan rakyat pengundi tanpa keiklasan membantu sebenar.
Ini didedahkan warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi betapa kecewanya mereka mendapat ungkapan kata membantu tanpa pelaksanaan nya, kebanyakan pemimpin politik yang menabur kata kata janji konon nya mahu menurun bantuan selepas mereka menang dalam pilihan raya negeri ujar mereka.
Media Terkini Harian Malaysia yang kerap bertandang kenegeri Sabah bersama kru yanh terpilih banyak menerima rungutan pengundi akibat permainan ahli parti politik, banyak menabur kata kata indah namun tidak jelas kemana sebenar bantuan yang dipohon rakyat disalurkan berikutan golongan terlibat timbul hanya 4 1/2 tahun sekali ujar pengundi.
Apakah pengundi Sabah sedia dipermainkan politik bermusim setiap pilihan raya negeri atau mereka (rakyat) bakal menguji orang politik prn ke 17, golongan pengundi Sabahan lah yang memastikan pemimpin jujur prihatin dan pemurah membantu segenap rakyat miskin tanpa menunggu menang didalam pilihan raya dahulu. Susunan Joupis Anak Lagau Sub Editor
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
ISRAEL TERIMA KEBAKARAN LUAR BIASA
Yerusalem. Perdana Menteri Israel Benjamin
Netanyahu hari
KOS BARANG MAKAN SABAH HARGA TINGGI
Isu pengambilan bantuan barang makan SARA mengguna Kad Pengenalan tertinggi di Sabah berpunca dari harga barang makan terlalu tinggi hingga kini diseluruh negeri tersebut.
Rekod pada bulan April 2025 jumlah menuntut barang makanan dapur dicatat berjumlah 84% dengan menggunakan Kad Pengenalan diseluruh Sabah, malah ianya dilaporkan paling tertinggi seluruh negara Malaysia membuktikan kos sarah hidup rakyat Sabah terlalu tinggi dan perlu lagi dinaik bantuan tersebut.
Telor dalam Sabah sangat tinggi harganya sehingga RM22.00 bagi 1 tray dan jika dalam keluarga mempunyai 9 orang mampu kah Sarah Kad Pengenalan RM100.00 mampu membantu, semua ini harus dikaji oleh kerajaan Madani Pusat agar ditambah bantuan Sara berkenaan didalam Kad Penganalan individu penerima bagi seluruh negeri Sabah.
Antara rungutan penduduk Sabah berhubung bantuan makanan tersebut yang jelas kos barang makan dinegeri ini terlalu tinggi bagi orang miskin, warga miskin negeri tersebut mengharapkan penambahan jumlah bantuan tersebut agar benar benar meringankan bebanan hidup semua warga ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
MISTERI SANTIT NUSANTARA
Malindo. Dalam arus dunia kemodenan masih ada lagi warga yang mengguna
kan khidmat
Perbuatan mereka menggunakan ilmu sihir dan ada juga menanam jampi serapah darah dalam botol dijalanan orang yang dikenakan mereka, jika kurang ketakwaan meminta perlindungan dari Allah swt pastinya meninggal dunia atau lumpuh orang yang dikenakan dengan ilmu tersebut.
Ini didedahkan oleh beberapa pakar ilmuan dalam negara negara serantau berhubung perbuatan ilmu Santit golongan dengki dan tamak haloba harta benda, malah golongan terlibat juga sanggup bergadai wang ringgit demi memburu ilmu santit semata mata memusnahkan pihak yang mereka dengki dan khianati tanpa salah ujar mereka.
Sehingga masa kini masih wujud lagi golongan pemburu Santit serta menanam darah jampi dijalanan orang yang dikenakan pemburu ilmu berkenaan, setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama perlu menjauhi sikap tamak haloba agar tidak terjebak memburu Santit mahupun ilmu sihir jampi darah ditanam pada jalanan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
PENDUDUK PEGALUNGAN TERKURUNG
Sook. Penduduk Pegalungan terkejut dengan jalan raya mereka yang runtuh antara Sepulut dan Pegalungan sejak semalam ujar penduduk setempat.
Jalan Sepuluh Pegalungan dilaporkan tidak mempunyai sebarang jalan alternatif yang lain menyebabkan warga setempat terkurung sehingga jalan raya mereka dibaiki, dalam tragedi seumpama kerajaan Sabah perlu membina jalan raya lain bagi laluan kedua jika berlaku tanah runtuh seumpama pada masa akan datang agar mereka tidak terkurung lagi.
Kg. Pegalungan dilaporkan memiliki lebih 296 orang penduduk masa kini dan mereka keluar membeli belah antara Sook atau Tenom, namun dalam situasi jalan raya mereka runtuh penduduk tidak pasti sampai bila mereka terkurung tanpa keluar membeli belah jelas mereka.
Hanya kerajaan Sabah sahaja yang mampu memberi pengumuman tarikh jalan raya runtuh berkenaan disiapkan, menanti itu satu penyeksaan bagi semua penduduk Kg. Pegalungan yang memendam perasaan menunggu pembaikan jalan raya mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang








