Ahad, 2 Mac 2025

AWAS SYARIKAT KESELAMATAN BANYAK JANJI

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelajaran harus waspada dengan beberapa firma keselamatan tempatan Sabah yang dilaporkan terlalu banyak janji namun bila sampai masa yang dijanjikan entah kemana perginya. 

      Kebanyakan warga tempatan yang menjalankan operasi firna keselamatan suka berjanji dengan orang tertentu, sebalik nya bila ditunggu batang hidung mereka tidak sampai apa tak lagi memohon sesuatu namun segala janji yang dirancang terus dilupakan. 

     Ini didedahkan beberapa orang mangsa janji firma keselamatan orang Sabahan namun bila ditunggu individu yang berjanji langsung tidak muncul, perbuatan seumpama harus diberi perhatian oleh sekolah sekolah yang mengambil kawalan keselamatan agar tidak terjebak firma orang Sabahan jelas mereka.

  Dengan pendedahan ini semua pengguna kawalan keselamatan bagi sekolah sekolah masa kini menjadikan panduan paparan ini, jangan sesekali muda terpengaruh dengan latarbelakang baik sedangkan tingkahlaku individu yang menjaga firma terlibat cukup menyakitkan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor


 

SIAPA SERTAI JUALAN MURAH?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Berapa ramai peniaga Malaysia mampu menyertai jualan termurah sepanjang bulan Ramadhan 2025?.

      Langkah pertama ditampilkan peniaga dari Alor Setar Kedah mampu melakukan penjualan Ayam Golek  dengan harga RM1.00 sahaja, bagaimana penyertaan seluruh negara melibatkan  Sarawak dan Sabah adakah yang bermurah hati melakukan amal seumpama ungkap warga yang ditemui.

     Menurut sebilangan warga yang ditemui bukan semua mampu membuktikan keiklasan bagi beramal sekali didalam bulan Ramadhan, malah ada juga yang sanggup mengaut keuntungan mengikis wang orang miskin dengan sewa kenderaan mereka yang berkemampuan.

      Langkah peniaga di Alor Setar Kedah menjual Ayam Golek RM1.00  bagi pelanggan yang datang membuktikan ketelusan mereka membantu warga yang datang, bukan seperti sebilangan peniaga yang sanggup mengaut keuntungan tiga kali ganda dari harga sebenar walaupun orang miskin yang berhasrat mahu membeli nya.

    Anehnya kebanyakan dari golongan yang suka hati mengaut keuntungan berkali ganda ada lah berstatus orang beragama dan tahu setiap orang miskin, namun disebabkan tamak haloba golongan terlibat tidak menghiraukan orang miskin asal memperolehi keuntungan berganda setiap hari disekeliling mereka.

      Turut menyampaikan mesej adalah pembaca Media Terkini Malaysia di Sabah yang mendedakan ada berkereta dalam Sabah sanggup mengenakan sewa tinggi pada orang miskin, melihat warga berjalan kaki didesa desa terpencil akibat miskin diminta wang tinggi pula demi keuntungan mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur
 

UCAPAN KHAS

Selamat menyambut ulang tahun ke 92 Angkatan Tentera Darat DiRaja Malaysia pada 1 March 2025.

     Semoga seluruh pasukan yang bertugas didalam mahupun luar negara sentiasa dilindungi oleh Allah swt dalam tugasan seharian, bagi yang berada diperbatasan berwaspada sentiasa memandangkan musuh sentiasa berada dimana mana selagi pasukan mereka belum ditumpaskan.

Daripada.

Unit Pemberitaan Dan Pengiklanan AkbarMedia Terkini Harian Kuala Lumpur Serta Para KRU Media Terkini Diluar Negara.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

HUBUNGAN AKRAB MEDIA DAN ORANG AWAM

Oleh.  Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Hubungan akrab antara akbar dan 
 peniaga kecil ke
cilan diseluruh tanah melayu memberi sumber peningkatan pendapatan mereka sepanjang tahun. 

     Antaranya pengusaha lemang dan pengusaha nira kelapa tanpa perbezaan darjat mereka bersama Media diseluruh Tanah Melayu, namun berbeza dengan jarak  peniaga kecil kecilan di Sabah bagai jauh hubungan dengan Media kecuali ada pemimpin politik dan kerajaan negeri bersama ungkap warga setempat.

        Bayangkan pembuat Lemang serta Pembuat Air Nira Kelapa mampu bersama dengan Akbar Harian disetiap negeri seluruh tanah Melayu, sementara peniaga kecil kecilan di Sabah terus dengan FB dan watsap group amnya disamping tik tok lancar setiap hari lapor warga Sabah.

       Detik  yang menaik urusniaga pembuat Lemang dan pembuat Nira Air Kelapa adalah sebaik dipaparkan didalam akbar akbar harian di tanah Melayu, namun bagi sebilangan peniaga kecil kecilan di Sabah jauh sekali bergandingan dengan akbar akbar harian seluruh negara jika tidak ada orang politik jelas orang Sabah.

        Berdasarkan kepada paparan ini, peniaga Sabah harus mencontohi warga di Tanah Melayu agar membuat hubungan baik dengan akbar seluruh negara, jauhi sikap membelakangkan peranan  akbar akbar harian seluruh negara demi daya persaingan kemajuan urusniaga dalam dan luar negara sepanjang masa.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

BROKER POLITIK MULA BERGERAK

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kota Kinabalu. Sejak beberapa minggu lalu dilaporkan beberapa kumpulan BROKER POLITIK bergerak bagi berkempen untuk ahli ahli parti melobi menjadi pemimpin bahagian dan calon pilihan raya negeri akan datang.

      Broker politik dengan kumpulan mereka begitu berani tanpa melihat kiri kanan siapapun mendengarnya konon nya memiliki sahabat bertugas akbar tempatan Sabahan, malah kumpulan terlibat gagal mengesan kru akbar yang berpusat di Kuala Lumpur walaupun bersebelahan meja dengan restoran yang mereka duduki rancak berbicara.

         Mungkinkah Dun Inanam antara sasaran utama broker politik mahu mempromosi pemimpin bahagian dan diusul sebagai calon dalam pilihan raya negeri penghujung tahun 2025, atau mereka memiliki rangkaian diseluruh 73 kerusi Dun negeri Sabah sebagai menjalankan peranan mahu menguasai dan memenangi kerusi Dun yang mereka impikan bersama group yang dicanangkan.

       Sabah juga dilapor terlalu banyak parti politik tempatan sebagai pilihan penduduk Sabah menjadi tampuk kerajaan negeri mereka pada setiap kali pilihan raya, namun terlalu sukar direalisasikan berikutan ramai pemimpin parti mereka (tempatan) dilaporkan memilih orang yang rapat pada mereka sahaja menjadi orang kanan mereka. 

       Atas kes seumpama maka wujud lah para BROKER PARTI POLITIK bagi menukar para pemimpin bahagian yang tidak terus dan memilih bulu tertentu untuk didampingi, malah kekuatan pengaruh Broker Parti Politik dengan kumpulan mereka mampu menewaskan para pemimpin bahagian pada setiap mengadakan pemilihan pada peringkat Bahagian tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Sabtu, 1 Mac 2025

HARI HARI DIDEPAN MATA

Oleh. Basron Kirwan

Kota Kinabalu. Sebilangan warga Sabah terkilan dengan orang orang peminta sedekah ditepi jalan bagai tidak ada tindakan menghentikan mereka.

       Malah golongan terlibat dilaporkan warga Sabah entah dari mana membawa anak anak kecil sebagai pengiring meraih simpati dikalangan mereka.

        Kebanyakan peminta sedekah ini dilaporkan tidak mengerti bahasa Melayu dan tidak tahu bahasa apa yang mereka gunakan setiap hari ungkap penduduk Sabah. 

       Sebilangan penduduk Sabah yang dihubungi mendakwa, golongan peminta sedekah berkenaan tidak diketahui asal bangsa mereka berikutan tidak memahami bahasa Melayu, namun yang pelik majoriti orang Sabah hampir hari hari menghulur RM2.00 hingga RM5.00 setiap seorang tanpa syak wasangka keluh mereka. 

       Apa pun peminta sedekah Sabah perlu diteliti orang Sabah sendiri adakah mereka ini warga negara yang serba dhaif atau dirancang orang tertentu mengutip sedekah, tidak mungkin warga negara Sabah melibatkan kanak kanak kecil dibiarkan meminta sedekah bebas disetiap lorong pejalan kaki tiap hari tanpa kawalan yang tegas ujar mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

RAMADHAN MULA DISAMBUT

Seluruh umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada tanggal 2 March 2025 diseluruh negara Malaysia, Singapore, Kemboja, Thailand dan Brunei.

      Dalam permulaan ibadah ini umat Islam haruslah merujuk panduan kepada Jabatan Agama Islam setiap negara, demi memelihara akidah keagamaan yang sebenar dan bukan merujuk pada laman sosial yang meragukan apa tak lagi watsap yang tidak diketahui.

        Ramadhan 2025 juga diharapkan mampu membentuk siasah diri beriman dan bertakwa pada Allah swt, sikap memusuhi serta hasad dengki perlu ditinggalkan disamping memulakan amal membantu orang susah dan bukan menyisihkan mereka.

        Permulaan Ramadhan ini juga memberi peluang pada umat Islam menginsafi segala perbuatan lampau nya yang menyakiti hati semua atuk nenek dan keturunan nya, jika tak sempat memohon maaf masa lampau disini lah membuktikan empunya diri bertaubat memohon maaf pihak yang disakiti selagi masa masih ada.

        Terlalu banyak yang didedahkan pembaca Media Terkini seluruh negara kejadian benar berlaku dalam keluarga, namun hanya sedikit yang insaf dan merendah diri memohon maaf keatas para pesalah sehingga meninggal dunia namun lagak bukan kepalang.

       Seandainya kesalahan lampau tidak menuntut maaf pada orang yang dicemuh dihina dan dicercah berkali kali sampai usia dini hari, elok lah tak perlu menegak benang yang basah apa tak lagi menunggang agama demi menyembunyikan titik hitam didalam diri jelas orang ramai.

         Impian taubat 2025 adalah ketelusan keyakinan dan merujuk pada akidah agama dengan Jabatan Agama Islam yang ditauliahkan, bukan pada individu yan menabur watshap dan laman sosial peribadi tanpa mempelajari hukum Islam yang sebenar lapor orang ramai. Editor







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang