Ahad, 3 November 2024

BN BERGERAK SOLO SATU KEBERANIAN

Oleh. Basron Kirwan dan Mat Qyyem Hezemi Hamid

Sabah. Pengumuman Umno BN  berger
 

ak solo dalam PRN Sabah akan datang petanda  keberanian mereka berjuang bersama rakyat Sabah. 

           BN Sabah yang dianggotai oleh Parti MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti MIC serta UMNO sangat berani bergerak solo dalam PRN Sabah dijangka tahun 2025. 

          Sebaliknya jika BN Sabah yakin bergerak solo jentera mereka perlu bergerak seiring bermula dari sekarang menjelajah seluruh daerah demi membawa rakyat bersama mereka, PBRS, MCA, MIC dan UMNO Sabah harus seiring bergerak sama jika mahu  memperkasa sokongan pengundi seluruh 73 kerusi  Dewan Undangan  Negeri yang hendak ditandingi mereka.

        Pandangan beberapa aktivis politik veteran Sabah bagi mengulas pengumuman Datuk Seri Panglima Bung Mokthar Raden Ahli Parlimen Kinabatangan yang mahu bergerak solo dalam PRN SABAH, selaku Pengurusi Perhubungan Umno BN Sabah beliau harus sama sama bergerak dengan semua kompenen BN Sabah menemui seluruh lapisan pengundi jika komited bergerak solo bagi mendepani pilihan raya jelas mereka.

         Apapun hanya MCA, PBRS, MIC dan UMNO Sabah yang tahu apakah jentera mereka benar benar bersedia bergerak solo meraih undi dari rakyat seluruh 73 kerusi DUN  SABAH, sehingga berita ini ditulis belum ada maklumat kerja berpasukan mereka bergerak menjelajah bagi menemui seluruh rakyat disetiap daerah seluruh kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah jelas orang ramai. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan  pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        

Sabtu, 2 November 2024

KORBAN DERITA KEMUSNAHAN SAMPAI BILA

Oleh. Huzera Ben

Lubnan. Melihat segala korban, kemusnahan, derita hidup sengsara sampai bila ianya akan
 berakhir atau ke

kak sepanjang masa tragedi seumpama berlaku. 

        Malah apakah seluruh kepimpinan dunia hanya terus bercakap, mengutuk, bermesyuarat tanpa tindakan tegas dengan perang yang terus membunuh, memusnahkan harta benda, bangunan disamping mengimport segala persenjataan canggih semata mata mahu mengekalkan peperangan?.

          Suara laungan umat Islam Beirut Lubnan yang mula terasa dengan peperangan yang berlaku disekeliling mereka tanpa henti sehingga kini walaupun UNIFIL PBB berkawal dikawasan terlibat.

          Penduduk Lubnan terkilan tidak ada satu negara pun mampu menghalang pengganas Zionis Israel dari terus mengebom rumah, kedai dan rakyat jelata Beirut tanpa satu kesalahan pun terhadap Israel ujar mereka.

Kupasan Ini berterusan  tiap hari luar negara Media Terkini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang






RUANG PENGIKLANAN TERBARU

Akbar Media Terkini Harian memperkasa ruang pengiklanan berkuatkuasa 5 November 2024.

        Semua penyiaran dalam akbar ini juga akan diselaraskan bermula pada tarikh tersebut bagi seluruh negara dan luar negara.

          Penyelarasan ini dilakukan berikutan penambahbaikan semua sistem penyiaran dan pengiklanan akbar ini dalam menempuh alaf baharu persuratkhabaran semasa.

         Segala perubahan ini tidak akan menjejaskan penyiaran kami sama ada didalam dan luar negara.

            Sebarang pertanyaan boleh berhubung kepada Jusupi Anak Kurdi, Joupis Anak Lagau dan Norsham Haji Tukirin ditalian 01138554026 dan 0194827829 waktu pejabat sahaja





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

PENDUDUK ISRAEL MARAH UNIFIL DISERANG

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew 

Beirut. Ribuan rakyat Israel marah menunjuk perasaan marah 
 terhadap zionis 

Tentera Israel, pimpinan Benjamin Netanyahu yang menyerang kedudukan Penga

man UNIFIL PBB diselatan Beirut. 

       Rakyat Israel sendiri mengangkat sepanduk tanda bantahan terhad
ap tentera negara mereka yang tidak menghormati Badan Pengaman dunia  berkenaan, mereka mendedahkan tidak mahu bermusuhan dengan badan pengaman dunia yang dihantar ke Selatan Lubnan sebagai menghormati Badan tersebut.

          Tentera Zionis Israel yang digelar penduduk Lubnan sebagai pengganas melakukan beberapa tembakan provokasi keatas konvoi UNIFIL PBB yang menjalankan rondaan, ini jelas perbuatan pengganas atau militan yang tidak menghormati Badan Pengaman PBB walaupun golongan terlibat berada ditanah jajahan negara Lubnan jelas mereka. 

            Dunia dan golongan negara negara membangun wajar memerhati kekejaman zionis Israel menentang UNIFIL PBB sehingga membatal UNRWA satu badan dunia, badan tersebut merupakan badan agensi bantuan kerja bangsa bangsa bersatu untuk pelarian Plastine di Asia  Barat yang dibatalkan dalam jajahan Israel.

         Menurut warga negara negara dalam gabungan bangsa bangsa bersatu, siapa yang besar Israel atau badan PBB dunia yang meluluskan UNRWA, ini jelas tidak boleh diterima pakai oleh badan dunia berkenaan dan wajib  menggugurkan Israel dalam ahli pertubuhan PBB jelas mereka penuh kesal.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

BANDAR TERTUA DUNIA

Oleh. Helary Sukiono

Arab Saudi. Tidak ramai yang tahu bandar tertua kini terletak di 
 Qasis  dekat sini

sejak lebih 4,000 tahun dahulu.

        Kawasan ini dikenali juga sebagai Al-natah  kini boleh dilihat Oasis Arab Saudi jelas warga setempat, khazanah ini dilaporkan menjadi kawalan Arab Saudi demi kajian warisan zaman berzaman agar ianya tidak akan hilang ditelan zaman.

         Semua sejarah yang berhubung kait dengan bandar berusia lebih 4,000 tahun boleh merujuk kepada Oasis Arab Saudi atau bertandang ke Paris, namun khazanah warisan bandar tertua ini banyak tersimpan dengan Oasis Arab Saudi masa kini menurut pengkaji sejarah tersebut.

        Berdasarkan kepada khazanah sejarah tersebut sememangnya cukup indah dan cantik bandar tertua berkenaan pada 4,000 tahun dahulu, namun kini ianya sekadar khazanah sejarah peninggalan sebagai kegunaan para pengkaji sejarah khazanah lama jelas orang ramai yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Jumaat, 1 November 2024

SABAH BEBAS IKLAN TAMPAL?

Oleh. Joupis Anak Lagau

Sabah. Sebilangan warga dinegeri ini mendedahkan kebebasan IKLAN TAMPAL DINDING BANGUNAN, TIANG LETRIK, BUS STOP dan POKOK POKOK KAYU sekitar bandar mahupun pekan tumpuan orang ramai.

        Pengiklanan seumpama dilaporkan percuma dan sesuka hati apa sahaja yang ditulis bagi menarik perhatian orang ramai melanggani perniagaan mereka, tidak hairan lah syarikat syarikat pengiklanan yang dilesenkan betapa sukarnya memperolehi langganan pengiklanan akibat iklan gantung.

          Ada juga orang ramai melaporkan ada dilarang membuang sampah namun jika iklan Tampal terlibat jatuh pastinya akan menjadi  sampah juga, namun semua masyarakat membiarkan apa juga terjadi iklan Tampal berkenaan selain gemar menjadi pelanggan iklan serupa berbanding iklan Disyarikat berlesen jelas mereka.

         Apapun terpulang kepada kerajaan dan warga Sabah bagi mengkaji perbezaan Iklan dalam syarikat berlesen berbanding  iklan Tampal merata tempat, hanya orang ramai yang memastikan pilihan pengiklanan demi kesedaran agar tidak menjadi mangsa iklan yang  meragukan jangka panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

MENUNGGANG TIDAK BERHEMAH RAMAI TERBUNUH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Semua lapisan masyarakat perlu membuka mata dengan kes kemalangan dan kematian penunggang serta pembonceng motorsikal diseluruh negara setiap tahun, apa tidaknya sikap penunggang dan pembonceng laju disamping mempamerkan kepala mereka berdua tanpa HELMET (Topi Keledar) tidak kira wanita atau lelaki hampir setiap hari.

           KRU MEDIA TERKINI MALAYSIA seringkali melakukan aksi penggambaran gelagat penunggang dan pembonceng Motorsikal diseluruh negara, ianya melib-
 

takan Sarawak dan Sabah serupa sahaja  sikap mereka bagai golongan merekalah champion menunggang tanpa HELMET tanpa sedar Paparazi MT merakam aksi mereka diatas jalan raya.

           Ada juga orang ramai melaporkan laluan pejalan kaki digariskan Kuning sekalipun penunggang dan pembonceng motorsikal menengking pejalan kaki melintas jalan raya, ini lah sikap penunggang dan pembonceng Motorsikal yang kerap kemalangan jalan raya sehingga terlalu tinggi kematian setiap tahun menurut sumber laporan Polis DiRaja Malaysia masa kini.

           Mengapa ini berlaku terlalu muda rumusan yang perlu kita rungkaikan, termasuklah sebilangan sikap ibu bapa yang mengungkapkan biarkan lah,  segelintir masyarakat tidak ambil kisah berlaku dihadapan mata mereka dan banyak lagi punca punca yang lain. 

          Ramai Penunggang Motorsikal tidak memiliki Lesen Memandu namun Ibu Bapa sekadar menutup mata walaupun motorsikal milik mereka atau rakan anak anak remaja masa kini, tidak kurang juga terdapat ibu bapa yang bila anak mereka tanpa Lesen menunggang Motorsikal ditegur warga sekeliling marah melenting mendakwa  anak mereka cukup terdidik.

          Semua aspek yang dialami Paparazi MT meninjau penunggang dan pembonceng Motorsikal diseluruh negara cukup perit mendepani gelagat orang ramai seluruh negara, ada juga warga yang persoal mengapa diambil gambar penunggang dan pembonceng Motorsikal tanpa HELMET namun Paparazi mencurah senyum tanpa melayan isu seumpama.

         Memperketat kawalan rondaan serta menemui ibu bapa anak anak yang ada motorsikal dikalangan PDRM, JPJ sangat terbaik sepanjang tahun tanpa henti separuh jalan, semua daya usaha wajar dipertingkatkan jika mahu mengurangkan kemalangan jalan raya penunggang dan pembonceng motorsikal kearah sifar dalam menjelang tahun 2025.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang