Jumaat, 23 September 2022

KEBENARAN BERPIHAK ORANG YANG TELUS 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional Malaysia dalam menghadapi empat puluh kes pertuduhan membuktikan beliau telah diaibkan namun semangat ahli ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL seluruh negara kembali bangkit sama sama didalam perjuangan.

Cabaran Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional tersebut mendepani segala pertuduhan memberi satu kekuatan dan semangat sehingga terbukti kebenaran yang beliau dibebaskan dan dilepaskan hari ini, oleh badan kehakiman yang perlu digarap seluruh ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL supaya berjuang sehingga keakar umbi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia kebenaran yang memihak kepada pemimpin nombor satu berkenaan.

Umno dan Barisan Nasional hari ini mencapai kejayaan besar berikutan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya membersihkan nama beliau dengan pelbagai pertuduhan yang ditempuhinya, ianya juga memberi satu kekuatan dalam meneruskan perjuangan meyakini rakyat jelata Malaysia betapa Umno dan Barisan Nasional terus unggul dan perlu kembali diberi peranan memerintah negara Malaysia.

Umno dan Barisan Nasional Sabah dan Labuan juga perlu turun padang membawa mesej kepada seluruh lapisan rakyat jelata bahawa kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus didokong tanpa berbelah bahagi sebaik sahaja dibebaskan serta dilepaskan oleh badan kehakiman Mahkamah hari ini.

Amat jelas sekali pemimpin nombor satu Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus berdiri memperjuangakan agenda bersama rakyat mengembalikan kekuasan kerajaan Barisan Nasional yang lebih mengutamakan seluruh rakyat jelata tanpa ada yang keciciran. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

SABAH GEMPAR LAGI 

Oleh. Tedung Selar

Kata bicara dipaparkan bergerak diatas JALAN RAYA namun tidak ramai yang memerhati apa tak lagi mengambil maklumat pengertian meluas segala yang dipaparkan pada setiap kenderaan dijalan raya.

Antara pendedahan sebilangan warga asli Sabah melihat sebuah kenderaan yang bergerak sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang mencatatkan kata kata yang menakutkan jika ditafsir dalam sudut yang lebih luas tegas mereka.

APA TAKUT MATI TANAM  tertulis dicermin kenderaan dalam kiriman orang asal Sabah beberapa hari lepas entah apa maksud tulisan tersebut dipamer pada kenderaan yang bergerak diatas jalan raya diwaktu siang hari yang menjadi tonton setiap lapisan masyarakat berusia bujang hingga dewasa.

Sama sama kita rakyat Malaysia mempamerkan akhlak yang mulia walau dimana juga berada supaya menjadi teladan baik generasi keluarga Malaysia dalam jangkamasa panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Khamis, 22 September 2022

Berita Ringkas

Oleh. Koijul Hairul 

IKLAN TAMPAL LARIS DISABAH 

Pelawat luar negara terpegun dipelusuk negeri ini laris dengan IKLAN TAMPAL serta IKLAN SISIP setiap hari walaupun banyak syarikat pengiklanan berlesen untuk pilihan namun warga Sabah lebih memilih kedua dua pengiklanan tersebut secara bebas dan percuma. 

IKLAN TAMPAL DAN IKLAN SISIP TIDAK BERMODAL melainkan gaji harian individu yang menjalankan pemasangan nya serta pengedaran nya setiap masa tanpa bersusah payah membayar syarikat pengiklanan berlesen ujar orang ramai yang ditemui.

Iklan tampal sentiasa memenuhi pokok pokok kayu ditepi tepi jalan raya seluruh negeri Sabah manakala iklan sisip memenuhi setiap pintu kenderaan, pintu pintu bangunan, pintu pintu kedai dan peti peti surat didepan rumah berhampiran jalan raya.

Ini lah sistem Iklan Tampal serta Iklan Sisipan yang menjadi pilihan oleh sebilangan orang dinegeri Sabah malah lebih 80% menjadi pilihan utama warga berbilang kaum diseluruh negeri ini tanpa berminat iklan dalam media cetak dan media eletronik sebagai rujukan utama.

Berwaspada lebih awal agar membawa kebaikan bersama tanpa sesal tak sudah dihari kemudian sebaik ada kejadian yang tidak diingini berlaku tegas penduduk yang melanggani media massa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

DUA PARTI BERGABUNG 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sarawak. Hasrat dua parti bergabung tempatan negeri ini mengharap sokongan ramai seluruh pengundi berdaftar bumi kenyalang dalam pru ke 15 akan datang.

Ini impian penggabungan kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu dan Parti Bumi Kenyalang dalam persiapan mereka  mendepani pru kali ke15 agar mampu mendapat sokongan undi dikalangan seluruh warga Sarawakvdalam pilihan raya kelak.

Kedua dua parti tersebut berada diluar konsep Gabungan Parti Sarawak dan Pakatan Harapan apa tak lagi parti gabungan tanah airku yang menginiai peluang bertanding parlimen Sarawak, semua impian mereka hanya terletak dengan sokongan rakyat bumi kenyalang khususnya pengundi umur 18 hingga 21 tahun berapa peratus menyokong mereka pada pru ke 15 akan datang. 

Siapakah berpengaruh dalam pilihan raya ke 15 dibumi kenyalang antara  semua parti Sarawak serta parti Semananjung Malaysia bagi merebut 31 kerusi parlimen?, hanya seluruh rakyat Sarawak yang dapat membuat rumusan dan pilihan pengundi bumi kenyalang demi masa depan tanah air dan politik mereka walau pelbagai pengaruh luar tegas warga Sarawak.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Rabu, 21 September 2022

ADA KETUA PARTI ENGGAN DITEMUI 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Bagaimana mahu disokong rakyat jika tidak mahu ditemui warga Malaysia walaupun memegang jawatan Ketua Parti Politik?, persoalan yang dilontarkan oleh sebilangan pebduduk Sabah dalam lawatan kerja Tem Media Press beberapa hari lepas. 

Antara jawapan diberi beberapa ketua parti politik semasa dihubungi rakyat jelata Sabah ialah, Apa Urusan? Tidak Senang, Banyak Kerja, Nanti Hubungi Semula, membuat rakyat jelata negeri ini menolak kepimpinan parti terlibat apa tak lagi menjelang pru ke 15 akan datang. 

Siapa ketua ketua parti terlibat semuanya ditangan rakyat seluruh Sabah selaku berdaftar sebagai pengundi setiap kali pilihan raya negeri dan parlimen amnya tanpa segan silu rakyat mengaku pembalasan ada pada hari pengundi ujar mereka.

Tem Media Terkini Press dalam jelajah Sabah berusaha menghubungi beberapa pemimpin parti politik Sabahan namun bunyi hampir sama mereka terlalu sibok sehingga tidak mampu bertemu dengan Tem Media Terkini walau kurang sejam dalam temu janji dibuat sangat pelik tapi itu lah kenyataan yang berlaku.

Untuk rekod dari suara rakyat Sabah, orang politik negeri ini silih berganti akibat berpindah pindah parti sebaik ditolak rakyat setiap kali pilihan raya atau pemilihan kepimpinan parti yang tewas dengan pemimpin baru berjiwa rakyat tegas mereka.

Kemana pun pemimpin parti politik  Sabah selagi sukar ditemui rakyat pengundi tidak ada kemenangan penuh diperolehi berikutan sikap anda sekalipun tidak pernah berubah walau silih berganti pemimpin parti politik terus kekal ditolak setiap kali pilihan raya. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

AWAS ADA RAKYAT RAJA BUBAR ? 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sana sini sebilangan rakyat negeri ini menyebarkan pelbagai berita berkaitan pru ke 15 tanpa merujuk kepada fakta yang sebenar, kebanyakan dengan penyebaran ini berlaku berkaitan pilihan raya ke 15 disamping situasi menyusun calon calon bertanding bagi setiap parti memerintah amnya parti parti pembangkang disetiap kerusi parlimen. 

Kumpulan terlibat lelaki yang gemar menyebarkan berita tarikh pembubaran berpindah pindah, senarai nama nama calon dan kawasan kawasan parlimen, mewakili nama nama parti dan jentera jentera yang disediakan masa pilihan raya. 

Perbuatan ini disebarkan setiap hari dalam watsap group, watsap golongan yang dikenali sehingga tersasar kepada pejabat Akbar Media Terkini sejak lebih sebulan lepas, malah golongan ahli kumpulan penyebar tidak mengenali sehingga tersasar kepada penyiaran Media Terkini Harian Malaysia. 

Sebagai masyarakat yang berakhlak sewajarnya meneliti semua laporan yang diterima sahih kah atau sebaliknya sebelum disebarkan, sedangkan isu warga asing serta peniaga ROKOK SELUDUP terus bebas didepan mata golongan terlibat namun tidak pula dihebahkan kepada penduduk seluruh warga Sabah dan Malaysia amnya. 

Golongan penyebar tulisan berkenaan juga dilaporkan suka membayangkan segala yang belum pasti berlaku sehingga tersilap menghantar segala tulisan nya, jika ini lah yang diguna pakai bahan rujukan seluruh rakyat Sabah sudah pasti segala yang mereka fikirkan untuk jangkapanjang bakal meleset tanpa kejadian.

Media Terkini harian Malsysia terpegun menerima segala tulisan yang disebarkan diseluruh negeri terlalu muda dipercayai segenap lapisan rakyat jelata,  malah golongan rakyat yang menerima tidak langsung melakukan tapisan segala rulisan yang dibaca dalam watsap harian sehingga disebarkan semula pada orang lain.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

BUAT BISING DAN BIADAP

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Pengguna pengangkutan awam Bus Mini  marah dan keciwa dengan pemandu Bus Mini (Gambar Ini) yang bukan sahaja menunggu penumpang berjam malah membunyikan hon bertalu talu bus mini nya di Inanam depan Telikom hari ini.

Pemandu Bus mini ini juga langsung tidak menghormati penumpang diperhentian bus dan dalam bus nya kebisingan hon memanjang memanggil penumpang umpama warga Sabah tidak reti membaca tulisan bus mini mereka tegas orang Inanam.

Sebilangan pemandu berlagak sombong dan biadap terhadap golongan penumpang diperhentian Bus perlu DIBOIKOT JANGAN MENAIKI BUS MINI mereka sepanjang masa supaya mereka  insaf dan memperbaiki  perilaku sebagai pemandu pengangkutan awam Sabah. 

Para pemandu Bus Mini orang asli Sabah tidak perlu takut dengan pemandu bus mini yang biadap, samseng, bongkak dan sentiasa mengugut pemandu lain jika penumpang memilih bus lain dinaiki sekitar perhentian bus yang sama, memandangkan hak memilih pengangkutan awam adalah hak penumpang itu sendiri dan bukan diugut pemandu bus menurut perundangan negara ini.

Untuk rekod, banyak aduan pemandu bus mini diugut pemandu Bus Mini lain jika mereka dipilih penumpang untuk dinaiki, ini menjadi kebimbangan para pemandu orang asli Sabah bila mana mereka lebih kerap mendapat ugutan sepanjang jalan mencari reziki jelas mereka lagi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang