Ahad, 3 Julai 2022

KUASA OUTONOMI UMNO SABAH ADA KELEBIHAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Penampang. Perjuangan UMNO 

didalam KONVENSYEN BN Sabah hari ini cukup menyuntik semangat sebaik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno  menyebut Umno  
 Sabah memiliki satu kelebihan didalam Outonomi sebagai penggerak perjuangan mengembalikan kekuatan Barisan Nasional sehingga keakar umbi menjelang pru kali ke 15 yang diramal sampai keakhir tahun ini.

Datuk Seri Mohammad Hassan Timbalan Presiden Umno cukup menyuntik semangat para pemimpin Umno dan BN Sabah amnya bagi memelihara kedaulatan dan hak hak yang ada jika memiliki kuasa dalam menuntut hak hak negeri seperti yang termaktub didalam perjanjian dalam tahun 1963 dahulu.

Sejurus Konvensyen BN berakhir, semua misi dan visi terletak ditangan pemimpin UMNO dan BN Sabah bagi turun padang menemui seluruh rakyat jelata tanpa ada yang tersisih bagi memberi penerangan seluruh agenda BN sebagai mengembalikan kekuatan sokongan parti tersebut sehingga menjelang pilihan raya Parlimen kali ke 15.

Rakyat berbilang bangsa dan agama yang berdaftar sebagai pemilih terus menunggu penerangan misi dan visi yang diungkapkan sepanjang konvensyen BN oleh semua pemimpin tertinggi UMNO dan BN lebih dekat lagi terutama diperkampungan terpencil serta jauh dari bandar dan pekan bagi menghayati masa depan tanah air tersebut.

Umno dan BN Sabah perlu menggerak jentera mereka tanpa menunggu saat akhir pengumuman pilihan raya bagi menyampaikan mesej yang telah diterima sepanjang konvensyen tersebut agar lebih awal sampai kepengetahuan rakyat yang berdaftar sebagai pemilih.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Sabtu, 2 Julai 2022

AYOH UMNO SABAH BANGKIT 

Oleh. Basron Kirwan

Konvensyen UMNO Sabah bukan sekadar sembang mendengar amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sebaliknya merumus segala amanat yang didengar dan melangkah gah turun kegelanggang mendepani seluruh rakyat yang telah berpaling tadah agar mereka memahami perjuangan dan kembali kepada segala daya usaha UMNO BN terkini demi memelihara negara sejagat.

Seandainya kehadiran anda ke Konvensyen UMNO hari ini sekadar mengangguk tanpa membawa amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kepada seluruh rakyat Sabah yang sudah ke Parti lawan maka kehadiran anda tidak akan sampai kepada pemahaman seluruh rakyat Sabah untuk bangkit mengembalikan kemenangan UMNO akan datang.

Amanat yang diungkap Presiden dan Timbalan Presiden UMNO cukup besar dan sangat bermakna untuk disalur kepada seluruh rakyat Sabah demi mengembalikan sokongan mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang. 

Mengimbau kehadiran orang ramai dalam konvensyen UMNO hari ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan  Datuk Sri Mohammad Hassan Timbalan Presiden IMNO mampu bernafas lega jika semua ahli UMNO mampu menyampaikan mesej yang diperolehi terhadap seluruh penduduk disetiap kampung yang mereka wakili sehingga tarikh pilihan raya ke 15 berjalan kelak. 

Sebaliknya jika semua ahli dan penyokong UMNO dan BN hari ini sekadar menjadi penonton tanpa menjalankan tanggongjawab menyalurkan segala amanat dalam konvensyen UMNO hari ini, semua yang didengar akan menjadi sia sia tanpa usaha semua ahli dan penyokong UMNO diperingkat akar umbi rakyat jelata bagi mendepani semua parti lawan pada pru kali ke 15 akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Jumaat, 1 Julai 2022

PEMBERITAHUAN 

Pelanggan Indonesia, Singapore, Brunei dan Malaysia.

Mahu Menyertai Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Ini Setiap Hari. Jangan Risau boleh hubungi Pejabat Pengiklanan dan Penyiaran Kami MEDIA TERKINI PRESS MALAYSIA TEL. 0194827829 dan 01138554026 masa pejabat sahaja 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

SIASAT MAINAN PENIAGA 

Oleh. Basron Kirwan 

Tuaran. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta mengkaji peniaga dinegeri ini berikutan semua subsidi telah dilanjutkan khas pada ayam dan telur namun masih lagi harga ayam naik sehingga RM12.00 sekilogram sedangkan di Semananjung Malaysia RM8.70 hingga RM9.00 sahaja sekilogram.

Banyak penternak ayam dalam Sabah yang mungkin telah diberi subsidi kewangan namun ayam daging terus naik harga dan ini perlu para menteri Sabah turun padang meninjau semua kandang penternak ayam serta kedai penjual daging ayam secepat yang boleh demi kerugian rakyat Sabah.  

Ini didedahkan oleh aktivis masyarakat En. Sowlee Than penghuni perumahan seri Impian Tuaran kepada kru Media Terkini Kuala Lumpur hari ini sebagai protes isu harga ayam daging di Sabah sejak 30 June 2022 hingga hari ini.

Rata rata harga ayam daging bulat Sabah dilaporkan antara RM11.00 hingga RM12.00 sekilogram bagai Sabah bukan dalam keluarga Malaysia tegas beliau penuh kesal dengan peniaga menaik harga ayam daging dan telur masa kini. 

Media Terkini Malaysia yang berusaha menghubungi beberapa YB dan Menteri Sabah gagal dan tidak ada jawapan mesej yang ditinggalkan.

Apapun rakyat Sabah harus bijak dan berani seperti yang dilakukan aktivis masyarakat Tuaran menghubungi Media Terkini Malaysia bagi menyampai maklumat yang dihadapi setiap masa akibat mainan sebilangan penternak dan peniaga yang tidak masuk akal. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

HARGA AYAM SABAH HARI INI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kadar harga ayam daging negeri Sabah hari ini melepasi RM11.99 sen 1 KG hari ini 1 Julai 2022 berbanding RM9.30 sen dikawasan Semananjung Malaysia manakala Sarawak bermula RM9.90  hingga RM 13.00 sekilogram.
Perbezaan  ketara harga dalam kedai bagi Sabah, Sarawak dan Semananjung Malaysia bagi ayam daging bulat 1 kg  sangat jauh sedangkan slogan kata keluarga Malaysia. 
Bagi negeri Sabah harga ayam daging bulat satu kilogram bermula RM11.99 sen namun berdasarkan penggenapan setiap kadar harga semua belian tetap dengan harga RM12.00 satu kilogram.

Kerajaan pusat dan negeri Sabah harus duduk semeja bagi membincang hal ini sebelum tarikh hari raya aidiladha tahun 2022 pada 10 Julai 2022 ini agar rakyat Sarawak dan Sabah tidak terbeban menyediakan juadah hari raya aidiladha tegas warga Borneo yang menghubungi Media Terkini hari ini.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan menuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

1 JULAI 2022 BAGI SABAH 

Oleh. Tedung Selar 

Siapakah yang memberi penerangan terhadap keluhan warga miskin dinegeri Sabah berikutan pelbagai kenaikan harga barangan tanpa notis lebih awal malah harga lama masih terpapar namun jualan sudah melambung oleh peniaga bagai tak patuh harga yang tercatat. 


 Banyak perkara dilaporkan berlaku dalam konteks urusniaga hari ini 1 Julai 2022 diseluruh negeri ini sehingga ramai rakyat menuding jari salah pada kerajaan pusat sedangkan terdapat percanggahan pada penetapan harga pasaran tanpa dibaca oleh seluruh pelbagai lapisan rakyat cendikiawan seluruh negeri ini. 

1 Julai 2022 juga merupakan cabaran kerajaan pusat memberi jawapan secara berterusan hingga keakar umbi rakyat jelata betapa kerajaan pusat tidak menaik kadar harga barangan namun peniaga seluruh Sabah sudah menaik kadar harga jualan niaga mereka mendahului kerajaan pusat hari ini. 

Media Terkini Malaysia terkejut dihujani pelbagai panggilan dan kiriman gambar bahan bahan mengejutkan oleh seluruh pembaca kami dinegeri tersebut bagai tidak terungkai keluh kesah orang Sabah sepanjang hari ini, malah golongan pemimpin parti politik yang menerajui kerajaan Sabah terlalu sukar dihubungi malah segala watsap dikemukakan hari ini langsung tidak berjawab sehingga berita ini ditulis. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

BERITA SEMASA 

Oleh. Gifkir Aming 

HILANG TIMBANGRASA 

Sabah. Sebilangan pelawat asing kenegeri ini keciwa berikutan terdapat golongan hilang timbangrasa orang tempatan ditempat awam dengan menyalahkan rokok berkumpulan sehingga ramai mereda hujan melarikan diri tersedak asap tebal rokok mereka.

Yang peliknya ada juga golongan bapa merokok didepan anak perempuan sekolah mereka tanpa rasa bersalah mereka ini umpama mendidik anak perempuan mengambil rokok sebaik remaja kelak berikutan terdidik sejak sekolah tadika lagi.

Ini disuarakan pelawat asing yang menemui kru Media Terkini di Kota Kinabalu hari ini berikutan basah kuyup meredah hujan akibat tersedak asap rokok tebal disalah sebuah pondok perhentian bus mini awam yang diduduki pengisap rokok tanpa simpati orang lain yang tidak merokok tegas mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua warga Sabah amnya kerajaan negeri perlu mencari jalan agar golongan perokok diberi kawalan ketat disetiap tempat awam agar tidak menyusahkan orang yang tidak merokok sehingga tersedak dengan asap rokok golongan perokok ujar pelawat asing penuh kesal.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang