Isnin, 26 Ogos 2019

SABAH DIAMBANG MERDEKA?
Oleh. Huzera Ben
Menjelang 31 Ogos 2019 warna warni jalur gemilang dan bandera Sabah dikibar pelbagai cara sama ada didalam bandar mahupun diperkampungan terpencil mengikut kedudukan individu atau berkumpulan yang menyambutnya, terbaru sekumpulan pendaki HAIKENG sempat merentang bandera Malaysia dan Sabah di Bukit Gonipis Telipok seolah olah mereka sedang menyambut Hari Kemerdekaan pada masa yang sama agenda utama mereka adalah BERHAIKENG menurut sumber pengelola pusat haikeng terlibat.
Sehingga berita ini ditulis belum ada program khas mahupun ucapan rasmi hari kemerdekaan dikemukan kepada jawatankuasa siaran hari kemerdekaan yang dikemukakan oleh masyarakat negeri ini.

SEBARANG UCAPAN HARI KEMERDEKAAN BOLEH HUBUNGI TALIAN 01138554026 WAKTU PEJABAT SAHAJA SEBELUM 30 OGOS 2019

Ahad, 25 Ogos 2019

KANAK KANAK DILARIKAN PALSU
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sarawak. Timbalan Ketua Polis Sarawak Datuk Dev Kumar menafikan kanak kanak dilarikan sebuah van putih
sebaliknya mereka didera menyebabkan kedua dua kanak kanak tersebut nekad melarikan diri kerumah rakan mereka, kanak kanak berkenaan tinggal dirumah kakak mereka sebelum mula didera dimana selepas kedua kanak kanak terlibat mela
rikan diri kakak mereka membuat laporan bahawa kedua budak terlibat telah dilarikan sebuah Van putih yang tidak sempat diambil nombor pendaftaran Van terbilat namun selepas disiasat terperinci pengakuan awal kakak mereka mengakui didera oleh mak ciknya.
Sehingga kini kedua dua perempuan 17 tahun dam 10 tahun dalam keadaan selamat manakala kaka mereka yang disyaki mendera masih dalam siasatan pihak polis sehingga masa kini.

MAMPUKAH PBS KEMBALI BERKUASA DALAM PRU 15
Oleh. Bujie Tukarang
Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS)  bergerak aktif mangadakan mesyuarat disetiap cawangan dan bahagian masa masa kini walaupun tidak memaklumkan kepada pihak akbar yang sentiasa membantu jika dimaklumkan, namun individu tertentu dalam ahli parti diperingkat cawangan mahupun bahagian sentiasa menyalurkan maklumat apa juga gerakan parti tersebut setiap minggu mahupun setiap bulan sebagai hebahan ringkas.
PBS juga dilaporkan banyak ditinggalkan oleh ahli ahli parti bagi menyertai beberapa rakan dalam Pakatan Harapan antara PKR dan WARISAN tidak termasuk menyertai BERSATU DAN DAP, terlalu sukar mengesan mana mana ahli PBS yang bertindak meninggalkan parti secara diam dan dan bersembunyi dari pengetahuan golongan akbar disamping sebilangan juga enggan menyambut wakil akbar menghubungi ujar beberapa orang ditemui.
Kenali Bahasa Asli Sabah
1. Menari Ertinya Mongigol (Rungus) 2. Kelihatan Ertinya Noimatan (Rungus) 3. Dia Ertinya Yalloh(Rungus) 4. Dimana Ertinya Songgoh (Rungus) 5. Kalau Ertinya Koduung (Rungus) 6. Terbalik Ertinya Nasambalik (Dusun) 7. Duduk Ertinya Ogom (Rungus) 8. Mahal Ertinya Apagon (Rungus) 9. Jauh Ertinya Tiooh (Samah) 10. Jalan Ertinya Mugar (Murut)
Disusun oleh Norzaitie Kirwan
Pertanyaan dan penyertaan 01138554026 Waktu Pejabat Sahaja.
DURIAN RUNTUH BEBERAPA DAERAH SABAH.
Oleh. Williem Anak Lagau
Jelajah beberapa daerah dalam negeri ini memb
 uktikan berlaku
 durian runtuh pelbagai jenis dari harga yang murah hingga kepada harga yang tinggi
walaupun tidak jauh perbezaan warna kulit namun isi dan perasanya dilaporkan sangat berbeza mengikut daerah tertentu jelas beberapa pakar durian yang ditemui.
Pada tahun ini juga lambakan durian membanjiri setiap tamu dan pasar malam namun terus menjadi rebutan pemakan durian adalah kawasan ZON TELIPOK DARAT walau berasal dari luar daerah Kota Kinabalu dan Tuaran sampai juga mencari demi memuaskan selera pemakan durian tegas beberapa pembeli durian yang ditemui.
 Ringkasan Berita
Buah NONA dari Batu Niah Miri menjadi buruan penggemar buah tersebut bukan sahaja dinegeri Sarawak malah pelancong dari luar negara juga pasti pasti akan singgah mencari buah tersebut. Oleh. Williem Anak Lagau

KALIMANTAN TIMUR. Lebih cepat pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan pasti mampu menguntung bumi kenyalang berikutan perlaksanaan Relwey Kereta Api mampu menembusi bandar Kuching jika dapat membentuk permaufakatan bersama demi pengguna kereta api perhubungan masyarakat luar bandar.
Presiden Joko Widodo sebelum ini membayangkan bakal memindah Jakarta ke kawasan Kalimantan  Pulau Borneo seawal tahun 2024. Oleh Huzera Ben
 KANAK KANAK PEREMPUAN DILARIKAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Padawan. Polis Padawan telah memulakan ops tutup sebaik menerima laporan dua kanak kanak
perempuan dilaporkan telah dilarikan satu van ditepi jalan FC Matang dekat sini, kanak kanak perempuan berusia 17 tahun dan 10 tahun sedang dicari masa kini melibatkan seluruh Padawan disamping makluman Polis Kuching, Lundu, Bau dan Serian agar sama sama mengesan kedua dua kanak kanak tersebut agar tidak terlepas keluar negeri Sarawak.