Sabah. Ramai pemimpin parti politik dalam negeri ini mena
Sabah. Ramai pemimpin parti politik dalam negeri ini mena
Kuala Lumpur. Kerajaan Madani perlu menegur pengurusan perbankan yang gagal mengurus wang Sara semua penerima sehingga 24 Oktober masih belum lagi diperolehi.
Bayangkan orang kampung yang tinggal lebih 15 kilometer turun memeriksa bank mereka bagi memerlukan wang bantuan namun hampa bila langsung tidak ada kemasukan, ini sangat membebankan orang kampung jika perbankan tidak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh kerajaan melibatkan Sarawak dan Sabah.
Isu wang bantuan Sara yang diumum sejak 18 Oktober 2025 masih lagi belum masuk dalam akaun penerima terutama beberapa bank sahaja berstatus swasta, ianya bukan sahaja merugikan orang kampung malah membebankan kos perbelanjaan mereka bagi membayar kos pengangkutan awam malah mengguris perasaan warga kampung tegas mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat menggesa kerajaan campurtangan bagi mempercepatkan pembayaran Sara yang telah diumumkan lebih awal, jangan sampai rakyat terus menunggu sehingga November 2025 untuk memeriksa bantuan sara mereka yang tinggal lebih 15 kilometer dari bandar kawasan perbankan tegas mereka penuh kesal.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar hatian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur.
Sabah. Warga veteran terkilan banyak muka baru berkeliaran dimerata tempat menjelang prn kali ini entah siapa dan dari mana mereka.
Ada yang meminta wang terang terangan walau badan sihat dan ada juga menyoal individu terpilih mahu kemana dan dari mana namun tidak memperkenalkan diri mereka siapa dan tugasan nya.Kejadian ini dirakam pembaca Akbar Media Terkini Borneo beberapa hari yang lepas tanpa ada yang mencurigai mereka sebenar walau kerap menemui berpindah randah tegas mereka.
Ramai juga terkilan mengapa golongan terlibat dibiarkan terus bebas melakukan kerja seumpama secara bebas berpindah randah tanpa pemantauan pihak berkuasa setiap masa, trend seumpama juga sekali lagi dilapor berlaku pada menjelang pilihan raya negeri pada 29 November 2025 bagi perebutan sebanyak 73 kerusi dun Sabah sebagai pilihan pembentuk kerajaan Sabah.
Agenda penyoal siasat tanpa dikenali orang sekeliling dan tidak nemperkenal diri siapa mereka yang sesuka hati menyoal rambang orang ditemui sangat nenakutkan, demikian juga peminta sedekah sangat berani serta menunggu orang tepi meja sehingga dibahagi orang ramai baru beredar berpindah ke meja lain ujar orang awam.
Semua warga pengundi perlu berwaspada dengan tingkah laku golongan terlibat yang dilapor ramai agar jangan membiarkan diri menjadi mangsa mereka, sebaik nya dalam berjalan sepanjang pilihan raya negeri Sabah biarlah bersama saudara mara supaya sentiasa terkawal dan menggerunkan golongan peminta sedekah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Sabah memiliki 73 kerusi Dun yang akan dipertamdingkan namun rakyat pengundi Sabah sering kali keliru pada calon calon bertanding siapa dan dari mana asal mereka, malah terlalu muda mendapat pelbagai isu soal politik Sabah dan Malaya tidak diketahui bagaimana mereka (Rakyat Sabah) terlalu mempercayainya tanpa berfikir panjang isu kerakyatan pemacu politik.
Ruangan ini akan sedaya upaya mengupas Isu Politik Sabah selagi mendapat maklumat terperinci setiap hari antara politik Sabah dan Malaya yang panas membara permainan orang politik untuk rakyat, demikian juga politik aman dan stabil bagi Sarawak bumi Kenyalang yang terus kerjasama dengan kerajaan pusat madani tanpa sengketa walau pelbagai parti Malaya dikawasan mereka.
Sesiapa yang menyertai ruangan ini boleh sediakan teks bergambar asli dan nama penuh serta belum disiarkan kepada akbar lain, hubungi Basron Kirwan, Norsham Haji Tukirin dan Joupis Anak Lagau serta Lenny Noor Abdullah @ George ditalian 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Sabah. Melangkah menjejaki golongan berda
Kebanyakan rakyat miskin luar bandar yang sentiasa diladang mereka pada sepanjang hari sering tercicir dengan kunjungan orang politik, ramai orang politik melawat dikampung sekalipun hanya berkumpul pada sesuatu tempat yang dihadiri orang yang sentiasa lapang masa berbanding pengusaha tani.
Tidak hairan lah ramai warga kampung yang miskin mengakui hanya orang politik yang meluangkan masa berkunjung kerumah mereka layak dipilih betapa mereka faham kehidupan orang miskin, ramai warga desa luar bandar mendedahkan juga kemiskinan orang Sabah sebenarnya masih tinggi jika dijejaki luar bandar namun tidak ada yang sanggup mendedahkan nya jelas mereka penuh kesal.
Ini adalah suara penduduk yang jarang sekali ditemui orang politik setiap kali menanti pilihan raya berjalan akibat kesibukan ditanah pertanian mereka, tidak hairan lah jika pertumbuhan parti politik baharu dengan para pemimpin muda langsung tidak memahami situasi serupa sekadar berjalan senyap dipekan dan bandar menemui rakyat.
Ada juga orang parti politik lebih menggunakan laman sosial persendirian mereka berbanding akbar akbar yang didaftarkan jenama rasmi khususnya bagi Sabah, tidak hairan lah ada orang politik tertentu sengaja tidak menjawab panggilan Akbar Akbar yang telah didaftarkan entah mengapa ianya boleh terjadi dalam zaman IT masa kini.
Apapun rakyat jelata harus memahami sebenar orang politik dalam 73 kerusi Dun Sabah yang mana sanggup datang kerumah orang miskin dengan bantuan iklas tanpa dipohon, jika semuanya sekadar datang dengan ungkapan manis air liur lebih baik dan patah balik semula kekawasan mewah dalam bandar agar tidak melihat orang susah dan miskin tegar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Sembilan herba terpilih didalam minuman ini yang berkhasiat tinggi keatas setiap penggunanya setiap masa terutama yang berkerja keras setiap
Produk COSLO yang mula dipasarkan sejak tahun 2005 terus unggul sehingga kehari ini dan mendapat langganan yang meluas.
Semua tempahan boleh dibuat kepada Lenny Noor Abdullah @ George, Williem Anak Lagau, Norsham Haji Tukirin, Basron Kirwan ditalian Media Press Malaysia. Tel 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.
TEMPAHAN DILUAR WAKTU PEJABAT TIDAK AKAN DILAYAN.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Bumi Gaza. Pelan damai dan gencatan senjata baru lebih semin
Alasan Israel langsung tidak masuk akal berikutan yang mati bergelimpangan adalah wanita dan kanak kecil yang berteduh dibawah runtuhan bangunan kediaman mereka, ada kah para pemimpin negara maju seluruh dunia hanya sekadar menonton kekejaman yang dilakukan Israel tanpa merujuk perlanggaran tersebut kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Israel juga kerap kali menutup sempadan bagi laluan penghantaran bantuan makanan, perubatan, pakaian sehingga masih ramai warga Gaza kebuluran, semua ini hanya ditonton seluruh dunia namun belum ada yang mampu menghukum zionis Israel sampai masa kini membuatkan Israel terus angkuh mengebom Gaza.
Pendedahan warga Palestin dibumi Gaza betapa zionis Israel terus mengganas dan membunuh penduduk Gaza tanpa perikemanusiaan walau tidak berkaitan dengan Hamas, warga Gaza juga bertanya apa pengertian Israel dengan Pelan Damai dan Gencatan Senjata jika mereka masih terus mengebom bumi Gaza sampai ramai yang terbunuh warga Palestin jelas mereka.
Satu harapan penduduk Gaza adalah bantuan pengaman bangsa bangsa bersatu dapat memasuki bumi mereka bagi melakukan kawalan yang lebih selamat berbanding cengkaman Israel, segala perilaku zionis Israel langsung tidak ditepati walaupun memeterai perjanjian pelan damai dan gencatan senjata sedangkan mereka yang melakukan pengeboman berulangkali tegas mereka.
Israel juga dilaporkan memiliki pemberontak upahan dipesisir sempadan tebing barat bagi mengganggu ketenteraman warga Palestin berhampiran, pemberontak upahan terlibat juga dibayar oleh zionis Israel setiap kali mereka melakukan kekacauan demi kelangsunan kerjaya dan kehidupan setiap keluarga mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Sabah. Ramai secara senyap orang politik berpindah sokongan yang dilapor mencari bangku jika parti lama tewas dalam pilihan raya kelak.
Kebanyakan orang politik terlibat juga langsung tidak kenal orang yang dibawa berbincang tu siapa dan dari mana melainkan matlamat ada untuk masa depan sendiri, mereka juga menjelaskan rakyat jelata kemudian baru fikir asalkan calon dibantu menang dahulu agar ada bangku khas untuk tempat cari makan sebaik calon menang jadi wakil rakyat.
Antara agenda politik dalam 73 kerusi Dun Sabah masing masing ada orang parti senyap berkempen untuk calon yang berada diparti lain berikutan parti asalnya tidak dicalonkan, ini lah agenda politik baru Sabah yang tidak disedari golongan pemimpin tertinggi mereka sampai keputusan pilihan raya mengejutkan parti lain yang menang.
Kru Media Terkini yang menjejaki agenda politik tersebut merasa hairan betapa ramai main politik sampai tiga rumah tanpa disedari warga pemimpin tertinggi mereka, jika kes serupa berkekalan sampai hari pengundian pada 29 November 2025 pasti banyak calon akan bertukar tanpa dapat dijangka parti parti yang besar jelas pengundi Sabah.
Apapun percaturan politik Sabah harus dipantau setiap calon bertanding supaya tidak berlaku main 3 hingga 4 rumah pada setiap kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, kelalaian setiap calon dan jentera pemimpin mereka diperingkat bawahan hanya mampu merugikan jika terus terbiar jentera parti main dua hingga tiga rumah sampai masa mengundi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Bumi Gaza. Dalam pelan damai dan genca
Mujur lah para pejuang Hamas tidak menyerahkan semua persenjataan mereka demi mempertahankan diri dari segala ancaman musuh, jika tidak majoriti semua pejuang Hamas akan tumbang seperti rakyat Palestin yang sudah tidak ada tempat berlindung dari segala serangan Israel.
Warga Palestin di Gaza mempersoalkan dimana Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu tidak mampu menghalang kezaliman Israel, setiap serangan dilakukan adalah akan menghalang bantuan makanan serta perubatan memasuki Gaza sehingga tamat serangan mereka.
Kejadian seumpama menyebabkan krisis kelaparan dan ketiadaan ubat ubatan bantuan terhadap para pesakit kronik terus memberi tekanan, selain dariitu kekejaman dan kezaliman Israel terus berleluasa tanpa ada sedikit rasa simpati dengan semua mangsa serangan mereka dipelusuk Gaza.
Para pemimpin seluruh dunia didalam Bangsa Bangsa Bersatu perlu bersama memberi tekanan keatas Israel yang terus melanggar gencatan senjata tidak ditunai, gangguan pelan Damai dan gencatan senjata sengaja Israel langgar demi memusnahkan rakyat Palestin yang berlindung dibumi Gaza sampai selamanya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Sabah. Silih berganti pemimpin parti politik tempatan
Perjuangan mereka hanya menyingkirkan parti politik yang berpusat di Semananjung Malaysia walaupun semua pemimpin parti berkenaan adalah anak watan Sabah, anehnya sampai masa kini terlalu banyak parti Sabahan diluluskan namun masih berlawanan sesama sendiri tanpa boleh bermaufakat dalam satu perjuangan demi pilihan rakyat Sabah.
Ini disuarakan oleh warga pengundi Sabah berhubung isu politik Sabah saling berlawanan sesama sendiri merebut 73 kerusi Dun yang dipertandingkan, bagi PN, PH dan BN tiga tunjang parti yang beroperasi seluruh negara tidak menjadi isu besar memandangkan semua pemimpin mereka yang diturunkan bertanding adalah Anak Sabah Sendiri ujarnya.
Menurut pengundi Sabah lagi, jika pada penamaan calon November ini calon terus melebihi dari sepuluh penjuru setiap dun pastinya orang politik berebut wakil rakyat dan kerajaan Sabah, namun rakyat pengundi masih terus sukar memilih yang mana calon dipangkah tanpa sebarang paksaan sejauh manakah upaya mereka membangun rakyat dalam kawasaan masing masing.
Apapun orang pengundi veteran muda sahaja jawapam dan pilihan mereka pilih yang mempunyai hubungan akrab dengan parti berasal dari Malaya demi ekonomi dan pembangunan, memisah tembok hubungan dengan kerajaan pusat hanya merugikan rakyat Sabah didalam jangkamasa panjang jika pengundi tidak bijak memangkah.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Kuala Lumpur. Gejala menyamar mengutip derma tanpa kelulusan serta meminta sedekah dimerat tempat setiap hari cukup mengganggu emosi rakyat sejagat.
Kejadian serupa bukan sahaja di Semananjung Malaysia malah turut dikesan didalam negeri Sabah yang dilaporkan didalangi warga asing.
Sebilang pengutip derma di Semananjung Makaysia dilaporkan sudah ditangkap pihak berkuasa tempatan namun bagi negeri Sabah dilaporkan masih berkeliaran umpama kebal tidak kelihatan, ada juga warga Sabah yang dihubungi mendakwa tidak semua penduduk Sabah menyedari peminta sedekah berkenaan dipercayai orang asing malah ramai yang menghulur sahaja jelas mereka.
Jika ini lah yang berlaku warga Malaysia tidak menyedari pemungut derma palsu dan peminta sedekah warga asing dibiarkan sudah pasti mereka akan terus bersembunyi dalam negara ini, hanya kesedaran disamping tidak menyokong perbuatan seumpama sahaja mampu membendung kegiatan mereka dari terus berleluasa sepanjang masa dirantau ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Akbar ini juga yang bermula sejak 1998 dengan pelbagai jenama seperti, Kontaks. Media Misteri, Kugiran, Mingguan Misteri dan kini berwajah MEDIA TERKINI.
Sememangnya cabaran didalam industri penyiaran dan pengiklanan bukan satu perjalanan yang muda malah ianya memerlukan kecekalan hati, adakalanya wujud individu yang tidak kenal dengan jenama akbar ini jika promosi pengiklanan namun ada juga yang mengharap ruang penyiaran percuma.
Berpuluh tahun mengenali semua kru Media Terkini namun dalam industri pengiklanan ramai menjawab tidak tahu kewujudan akbar ini namun perlu ada kekuatan dalam diri, bayangkan lah sejak 1998 mula bersiaran sehingga 2016 berwajah baharu dalam siaran harian masih lagi semua lapisan peringkat tak tahu jika ditawar pengiklanan.
Hari ini tahun 2025 Media Terkini harian terus bersiaran didalam dan luar negara sebagai meneruskan legasi akbar berbahasa Melayu yang muda difahami, malah ianya diterajui warga Malaya, Sarawak dan Sabah disamping beberapa penulis undangan diluar negara yang kekal setia bersama akbar ini menyalurkan maklumat tepat dan shahi tatapan umum.
Media Terkini juga tidak lagi muda diperkotak katikkan golongan tidak bertanggongjawab membuat panggilan temu janji yang tidak berfaedah semata mata mengganggu tugasan harian, ada melakukan temujanji konon nya berurusan akbar ini namun sebaik sahaja kru menemui semuanya cerita kosong membuang masa tanpa manafaat yang dilakukan pada temujanji berkenaan.
Semua pelanggan akbar ini khususnya pengiklanan boleh terus menghubungi kami setiap hari waktu pejabat bagi membuat tempahan, tidak perlu lagi ada istilah tidak mengenali kewujudan Akbar Media Terkini jika benar benar ada kejujuran dan keiklasan didalam persahabatan dimuka bumi ini. Editor
MEDIA TERKINI boleh ditempah menerusi Jusupi Anak Kurdi, Norsham Haji Tukirin, Williem Anak Lagau, Helary Sukiono, Basron Kirwan dan Lenny Noor Abdullah @ George ditalian 01138554026 atau 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja. PANGGILAN DILUAR WAKTU PEJABAT TIDAK DILAYAN.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Sabah. Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri
Pelbagai parti menggerakan pemimpin mereka bertemu beberapa warga berpengaruh meraih undi dari rakyat setempat hampir setiap hari.Kebanyakan parti parti Sabahan memainkan kempen mereka mengajak warga bersatu menyokong parti mereka demi masa depan Sabah, malah ada juga warga keliru semua parti politik dinegeri ini adalah dipimpin oleh semua penduduk asli Sabah walau apa juga jenama parti tetap sahaja pimpinan warga Sabah.
Satu suara warga veteran Sabah mengapa ada orang politik tempatan Sabah tidak mahu parti semenanjung Malaysia berada dalam Sabah walau dipimpin Sabahan sendiri, sebaliknya PH dijadikan rakan kongsi terus bersama di Sabah manakala yang lain sebilangan dari mereka menolaknya walaupun kebanyakan rakyat jelata tidak bersikap serupa.
Para pemimpin kerajaan pusat datang melawat Sabah rakyat berbilang bangsa turut menyambut mereka tanpa ada rasa perbezaan politik bagi mereka, ini lah lumrah politik yang perlu diselami penduduk yang berwawasan agar tidak menimbulkan perbezaan selagi parti berkenaan dipimpin warga Sabah.
Antara jejak langkah Media Terkini Harian menyelusuri naluri warga desa di Sabah yang memiliki pandangan berbeza beza berhubung kefahaman politik mereka, adapun golongan yang menolak parti Malaya ialah mereka tidak menghayati siapa sebenar pemimpin yang menerajui parti berkenaan adakah warga Malaya atau anak watan Sabah.
Menurut orang lama dalam parti politik yang ditemui, lumrah para pemimpin parti politik saling meraih sokongan rakyat walau apapun hujahan mereka asalkan mendapat sorakan, sebaik selesai pilihan raya dan kerajaan negeri terbentuk tidak ada lagi istilah parti Malaya dan parti Sabah ia jelas pemimpin Sabah juga kerap ke Malaya ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Lubnan. Dalam tekanan Israel dan Amerika Syarikat yang
Ianya amat dirasai para pejuang Hamas bila mana dalam pasa pelan damai dan gencatan senjata israel terus membedil penempatan mereka di Gaza dan Lubnan, malah Israel disifatkan tidak memiliki kejujuran dalam segala perjanjian yang dimeterai sehingga disaksikan 4 negara Mesir, Amerika Syarikat, Qatar dan Turkiye.
Menurut warga Lubnan Hamas hampir hampir terperangkap menyerahkan semua senjata mereka kepada Palestin sedangkan Israel dan upahan mereka bagi menyerang Hamas masih berkeliaran di Gaza, tidak ramai pemimpin negara Islam berhampiran Gaza dan Lubnan sedar keatas perangkap Israel buat penghapusan para pejuang Hamas jika terus meletak semua senjata mereka di Gaza dan Lubnan ujar mereka.
Hamas tidak berupaya mempertahankan diri jika semua persenjataan mereka diserah kepada pemerintah Palestin seolah olah mereka mahu menyerah nyawa keatas Israel, bayangkan satu kezaliman dan kekejaman Israel buat warga Gaza dan para pejuang Hamas sanggup menekan menyerah persenjataan sedangkan Israel masih terus bertapak di Gaza ungkap rakyat Palestin.
Semua tekanan Israel wajar dikaji pemimpin negara negara Islam serantau agar membuat pembelaan segala keselamatan pejuang Hamas serta penduduk Gaza, jika tidak Pejuang Hamas akan kehilangan tanah air serta nyawa setiap keluarga mereka akibat serangan Israel sebaik persenjataan mereka lucutkan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Keningau. Perebutan kerusi Dun Liawan pada prn negeri hanya bersandar kepada reziki dan nasib setiap calon yang bertanding berdasarkan pandangan para warga pengundi setempat.
Para pemimpin parti politik setempat dilaporkan warga pengundi Dun Liawan semua berpengaruh dan memiliki pengikut tersendiri, namun langkah akhir mereka (yang terpilih calon) adakah sudah berbakti setiap warga kampung selepas prn ke 16 sampai masa kini pasti diminda pengundi.
Antara komen sebilangan pengundi Dun Liawan yang ditemui kru Media Terkini dalam jejak rakyat prn Sabah kali ke 17 dekat sini hari ini, ramai dilaporkan menawar diri mahu bertanding bagi kerusi Dun Liawan mewakili pelbagai jenama parti namun PGRS, BN, WARISAN, PKDM dan PN yang kerap jadi bualan rakyat.
Menurut pengundi Dun Liawan, semua pemimpin parti yang terlibat mahu menurunkan calon mempunyai penyokong tersendiri tidak termasuk parti parti kecil yang muncul tiba tiba, namun meraih kemenangan undi keseluruhan pengundi Dun tersebut bukan satu perkara muda memandangkan ramai orang kampung menonton segala percatoran mereka terhadap rakyat.
Apapun hanya orang kampung yang memastikan keupayaan calon mendampingi rakyat sepanjang 5 tahun setiap sekali pilihan raya negeri Sabah, keputusan hanya akan diketahui pada selepas pengundian 29 November 2025 siapakah memiliki kerusi Dun Liawan yang diidamkan setiap parti bertanding.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
1. Minggo
Dilarang menciplak, memuat turun atau mencetak bahasa ini untuk tujuan lain tanpa kelulusan Media Terkini Malayasia.
Ruangan disusun oleh Lenny Noor Abdullah @ George. Semua penyertaan dalam ruangan ini boleh berhubung dengan penerbit ditalian 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja
SEMUA PANGGILAN DILUAR WAKTU PEJABAT TIDAK DILAYAN. EDITOR
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Lubnan. Masyarakat seluruh dunia terus melihat
Apakah sebenar agenda Zionis Israel
Kuala Lumpur. Penduduk berpendapatan rendah meminta kerajaan membatalkan hasrat menaik harga beras tempatan berikutan kos sara hidup terlalu tinggi sehingga masa kini.
Jika kerajaan mengiktiraf cadangan kenaikan harga RM3.60 sekilo bagi beras tempatan ianya bakal mencecah RM36.00 bagi 10 kilogram, jika ianya bertukar tangan sehingga 3 agent pasti nya harga mampu mencecah harga sehingga RM44.00 sampai ketangan rakyat termiskin khususnya diluar bandar.
Ini didedahkan penduduk termiskin yang meminta hasrat menaik harga beras tempatan dibatalkan demi meringankan bebanan orang orang miskin bukan sahaja di Semananjung Malaysia malah turut melibatkan Sarawak dan Sabah, warga miskin faham masaalah penanam padi namun kerajaan boleh mencari jalan lain bagi membantu penanam padi namun orang miskin yang berpendapatan rendah siapa pula mampu membantu jelas warga miskin.
Keluhan penduduk miskin yang melihat hasrat kerajaan Malaysia menaik harga beras tempatan sehingga RM3.60 sekilogram entah berapa pula harga selepas 3 agent bertukar tangan keluar bandar, sudah pasti mencecah angka yang tertingga akibat jauh perjalanan serta kos pengangkutan yang mereka pergunakan setiap penghantaran beras disegenap pelusuk luar bandar bagi peniaga setempat.
Keluhan warga miskin ini wajar didengar oleh pemimpin kerajaan supaya hidup seharian mereka tidak terbeban bersama keluarga dalam masa panjang, tambahan lagi beras bagi Sarawak dan Sabah sememangnya dilaporkan harga lebih tinggi berbanding di Semananjung Malaysia sudah pasti amat membebankan warga setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Parlimen Tuaran. Pemimpin parti politik kawasan Dun Tampaluri terus menawarkan diri menjadi calon yang terbaik untuk pengundi kawasan tersebut dengan pelbagai jenama parti yang diwakili, ia menyebabkan rakyat juga dilaporkan berpuak puak memihak kepada calon yang mesra dengan mereka tanpa mengutamakan wawasan dan agenda masa yang terbaik untuk kawasan terlibat.
Ini didedahkan warga pengundi berkelompok bagi kawasan kerusi Dun N.14 Tampaluri dengan ramalan mereka boleh mencapai 11 calon pada pilihan raya november 2025, rakyat pengundi Dun Tampaluri juga mengaku sokongan politik mereka berkelompok mengikut calon dan parti yang diwakili siapa juga yang lebih mesra rakyat setempat tegas mereka.
Antara parti besar yang dilaporkan mengambil bahagian calon adalah GRS, WARISAN, PKDM, BN, BEBAS, dan mungkin dari UPKO disamping beberapa parti kecil Sabahan yang mengagungkan Sabah untuk Sabah, ini lah yang dipercayai menjadikan pengundi kawasan Dun Tampaluri dilaporkan berpuak puak sokongan rakyat mengikut hubungan calon calon yang menawarkan diri bertanding dalam prn Sabah pada November 2025.
Menurut sebilangan warga Tampaluri kerusi Dun tersebut terus menjadi idaman pelbagai parti untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini bagi meraih sokongan pengundi demi memenangi pilihan raya, namun terlalu sukar mendapat maklumat golongan pemimpin yang berusaha menjadi calon berikutan mereka lebih bergerak berkumpulan meraih sokongan pengundi dikawasan kawasan terpilih ujar mereka.
Sehingga berita ini ditulis kelompok para penyokong calon calon yang berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya negeri bagi kawasan Tampaluri terus menggerak jentera masing masing dalam masa masa teepilih, siapapun yang mencuba nasib menjadi calon bagi kawasan Dun Tampaluri dilaporkan bebas namun hendak menang bukan muda berikutan rakyat pengundi juga sudah bijak memilih calon pilihan mereka yang lebih prihatin semua warga.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
(Langkah Pilihan Raya)
Parlimen Sepanggar. Sejak diumum penamaan calon 16 November 2025 semalam politik negeri ini mulai bergerak mencari pilihan setiap orang politik yang bertanding mahu menjadi wakil rakyat.
Kerusi Dun N. 16 Kerambunai terus memanas berikutan pelbagai parti mula memilih mahu bertanding dikawasan tersebut walau ada yang tidak pernah muncul sebelum ini, penyandang wakil rakyat dun tersebut pada prn 16 adalah YB. Datuk Haji Yakub Khan mewakili Umno BN yang dilaporkan penduduk sekitar mesra rakyat semua kaum tanpa pilih kasih setiap kali turun padang kelapangan.
Malah warga kampung kawasan Dun Kerambunai juga mendedahkan sepanjang Datuk Haji Yakub Khan menjadi wakil rakyat Kerambunai tidak pernah melupakan warga kampung, namun sebaik sahaja tersingkir dari kerajaan negeri pimpinan GRS beliau terus bergerak solo cuba memulihkan hubungan semua lapisan rakyat dalam kerusi Dun Kerambunai sehingga lah Dun Sabah bubar 16 Oktober 2025.
Gerak langkah semua parti mula kelihatan memilih menjadi calon Dun Kerambunai yang mungkin dianggarkan lebih 8 penjuru setakat hari ini masing masing dengan agenda perjuangan mereka, semua kemunculan calon pelbagai parti bertanding bagi kerusi Dun Kerambunai adalah demokrasi terbaik namun bergantung pada rakyat berbilang bangsa dan agama bagi memilih yang terbaik.
Orang orang kampung kini bijak memilih calon yang terus bersama rakyat tanpa memilih untuk ditemui apa tak lagi merungkai kehidupan mereka, tidak dinafikan ada juga orang kampung mendedahkan orang politik baru bila masuk kampung hanya berbual orang tertentu sahaja tanpa menghiraukan warga sekeliling.
Menurut warga kampung Dun Kerambunai, menjadi wakil rakyat bagi mereka adalah kemesraan semua rakyat jelata disamping keprihatinan sepanjang masa, bukan nya memilih orang tertentu yang didampingi tanpa mengambil kira perasaan rakyat yang diketepikan setiap kali menemui mereka dalam apa juga majlis yang diadakan.
Apapun rakyat Dun Kerambunai yakin mereka masih mampu memilih seseorang wakil rakyat yang tidak lupa orang kampung sepanjang masa disamping mesra rakyat tidak pernah pudar, prn ke 17 tidak akan dipersiakan bagi memilih calon yang tidak mesra rakyat apa tak lagi tidak pernah masuk kampung merungkai kehidupan semua rakyat tanpa ada yang tersisih ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang