Jumaat, 17 Oktober 2025

KENAIKAN BERAS TEMPATAN MEMBEBANKANKAN

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk berpendapatan rendah meminta kerajaan membatalkan hasrat menaik harga  beras tempatan berikutan kos sara hidup terlalu tinggi sehingga masa kini.

       Jika kerajaan mengiktiraf  cadangan kenaikan harga RM3.60 sekilo bagi beras tempatan ianya bakal mencecah RM36.00 bagi 10 kilogram, jika ianya bertukar tangan sehingga 3 agent pasti nya harga mampu mencecah harga sehingga RM44.00 sampai ketangan rakyat termiskin khususnya diluar bandar.

       Ini didedahkan penduduk termiskin yang meminta hasrat menaik harga beras tempatan dibatalkan demi meringankan bebanan orang orang miskin bukan sahaja di Semananjung Malaysia malah turut melibatkan Sarawak dan Sabah,  warga miskin faham masaalah penanam padi namun kerajaan boleh mencari jalan lain bagi membantu penanam padi namun orang miskin yang berpendapatan rendah siapa pula mampu membantu jelas warga miskin.

      Keluhan penduduk miskin yang melihat hasrat kerajaan Malaysia menaik harga beras tempatan sehingga RM3.60 sekilogram entah berapa pula harga selepas 3 agent bertukar tangan keluar bandar, sudah pasti mencecah angka yang tertingga akibat jauh perjalanan serta kos pengangkutan yang mereka pergunakan setiap penghantaran beras disegenap pelusuk luar bandar bagi peniaga setempat.

      Keluhan warga miskin ini wajar didengar oleh pemimpin kerajaan supaya hidup seharian mereka tidak terbeban bersama keluarga dalam masa panjang, tambahan lagi beras bagi Sarawak dan Sabah sememangnya dilaporkan harga lebih tinggi berbanding di Semananjung Malaysia sudah pasti amat membebankan warga setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan