Sabah. Pemain politik sudah memulakan langkah mema
Sabah mempunyai 73 kerusi dipertandingkan manakala 6 kerusi pula adalah lantikan selepas terbentuk kerajaan yang baharu, persoalan nya pelbagai jenama parti dan latarbelakang calon calon yang menawarkan diri mahu bertanding didalam pilihan raya negeri diseluruh Sabah tahun ini.
Dilaporkan terlalu banyak jenama parti yang menawarkan diri mahu bertanding dalam pilihan raya sehingga rakyat pengundi ada yang tidak ingat jenama parti mereka, ada juga pemimpin parti politik yang memilih orang tertentu sahaja dilayan panggilan tanpa turun padang melawat ke perkampungan luar bandar terutama yang berkedudukan jauh.
Antara suara pengundi luar bandar yang sempat ditemui kru Media Terkini harian Malaysia bagi merungkai selepas tarikh pilihan raya diumum hari ini, tidak dinafikan ada golongan calon yang menemui rakyat pengundi dibandar pekan mahupun perkamoungan namun bilangan nya terlalu sedikit ujar mereka.
Kru Media Terkini Malaysia juga cuba menghubungi golongan politik yang menawarkan diri mahu menjadi calon namun langsung tidak berjawab, malah mungkin golongan terlibat menyedari sukar mendapat undi didalam pilihan raya negeri tahun ini atau terlalu taksub memperolehi kemenangan yang besar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor


Tiada ulasan:
Catat Ulasan