Sabah. Pilihan raya negeri Sabah kali ini cukup pan
Kebanyakan parti parti kecil lebih kehadapan menonjolkan keupayaan mereka meletak calon didalam prn Sabah kali ke 17 walaupun jarang ditemui warga kampung dalam 73 dun Sabah, warga kampung juga terkilan bagaimana parti parti kecil ini mendakwa rakyat Sabah menyokong mereka sedangkan ada parti yang tidak kenal jumlah kampung dalam dun yang mereka tandingi.
Ini didedahkan beberapa bekas penyokong politik terdahulu yang kini hanya memerhati telatah orang baru dalam politik masa kini yang hanya menggunakan seorang dua broker politik, broker politik ini diberi kepercayaan mencari seorang dua orang dari setiap kampung yang berkerja dibandar dan pekan bertahun tahun tanpa perlu melawat kampung tegas mereka.
Penyokong Politik Terdahulu juga terkilan bagaimana sebilangan politik Sabah begitu berani mengaku rakyat negeri ini menyokong mereka tanpa mengenali perkampungan setempat, malah ada juga bakal calon yang angkuh dimedia media sosial persendirian mendapat sokongan rakyat jelata sedangkan rakyat yang menghubungi mereka langsung tidak berjawab ujar mereka.
Menurut Penyokong Parti Terdahulu dalam negara Malaysia, mungkin prn ke 17 dalam negeri Sabah bakal bertembung 5 hingga 12 calon dalam satu dewan undangan negeri Sabah, kebanyakan parti kecil yang ghairah mahu bertanding dalam pilihan raya negeri tahun 2025 tidak akan menjawab telipon rakyat yang tidak dikenali apa tak lagi orang luar menghubungi mereka.
Sehingga berita ini ditulis Penyokong Parti Terdahulu menyarankan setiap rakyat Sabah diluar bandar agar menjauhi calon politik yang susah dihubungi dan tidak datang membantu mereka, malah ada juga orang politik yang timbul bermusim dilaporkan berlagak pemurah namun jika tewas dalam pilihan raya pasti golongan terlibat akan senyap tanpa dapat dihubungi umum oleh rakyat setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan