Isnin, 13 Oktober 2025

BERJAYAKAH MISI DAMAI ISRAEL GAZA?

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono

Gaza. Sejauh manakah gencatan senjata dan perdamaian Israel dan Hamas di bumi Gaza sehingga hari ini ?, adakah benar benar Israel mengekalkan perdamaian dengan Hamas dan Palestin sepanjang zaman atau sebaliknya.

       Ada juga mempersoalkan mengapa Israel masih lagi membedil dikawasan Gaza Selatan walaupun dalam pasca perdamaian dan gencatan senjata, sungguhpun kesungguhan perdamaian disokong negara negara Arab serta Amerika Syarikat namun ramai yang mengharapkan agar Israel tidak baling batu sembunyi tangan.

       Selain dari itu dalam langkah memasuk pelbagai bantuan makanan, perubatan, khemah pakaian dari seluruh dunia ramai yang mencadangkan polis dan tentera negara yang berhampiran Arab perlu membantu, warga Palestin di Gaza dan Rafah menolak penglibatan Israel bagi mengawal bantuan yang diurus NGO dari seluruh dunia yang langsung tidak memiliki perikemanusiaan bagi pengagihan bantuan berkenaan. 

     Palestin yakin negara Arab boleh sama sama mengurus pelbagai bantuan dari negara negara luar yang bertekad membantu Gaza dan Rafah kearah memulihkan kehancuran Gaza dan Rafah oleh perbuatan rejim zionis Israel, campur tangan Israel tidak lagi diperlukan dibumi Gaza dan Rafah dalam pelan damai dan gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang dihoskan oleh Amerika Syarikat serta disokong oleh seluruh negara maju.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan