Jumaat, 10 Oktober 2025

ADA BERKEMPEN UNTUK JAWATAN?

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Sabah. Ramai berkempen memenangkan seseorang calon 
dalam PRN  dilaporkan semata mata mempertahankan sesuatu jawatan yang mereka pegang sejak sekian lama dan perolehi semula jika calon dibantu memenangi PRN kini.

        Ini menjadi bahan bualan rakyat jelata yang kerap bersama kumpulan terlibat sehingga mereka tidak sedar diperakukan rakyat yang mahu kekal diberi jawatan nya dalam lantikan politik, golongan terlibat akan melakukan kempen senyap memberi kemenangan calon yang rapat dengan mereka agar senang berbincang mendapat semula jawatan lantikan politik.

        Antara berita panas politik Sabah dalam pilihan raya kali ini dimana seluruh rakyat jelata yang tidak berkaitan memburu jawatan lantikan memilih calon yang sentiasa kerap berjumpa orang kampung, bukan caĺon terjun yang tidak pernah meninjau rakyat diluar bandar sepanjang lima tahun sebelum pilihan raya apa tak lagi berjumpa rakyat hanya golongan terdekat sahaja tanpa menghirau yang kurang dikenali.

       Ini disuarakan beberapa aktivis politik yang ditemui bagi menerangkan isu politik dalam PRN 2025 tanpa disedari rakyat pengundi dan perlu diperhalusi oleh semua rakyat pengundi, bayangkan lah calon yang dikempen golongan yang hanya mahu mempertahankan jawatan menang tanpa matlamat memajukan ekonomi rakyat dan pembangunan setempat apa jadi kawasan terlibat tegas mereka.

       Semua ini perlu diteliti rakyat jelata berikutan kumpulan yang mempertahankan jawatan lantikan politik mula bergerak mempengaruhi rakyat mengundi calon yang rapat dengan mereka, semua rakyat pengundi harus bijak memilih tanpa terpengaruh dengan kata kata pujukan orang yang berusaha memenangkan calon kenalan mereka agar dilantik semula dalam jawatan selepas menang pilihan raya.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan